Jom kita tengok exercise mulut untuk anak-anak kita yang ada
speech problem atau belum dapat sebut bunyi-bunyi (speech sounds) dengan betul.
Exercise ini boleh membantu memperkuatkan otot mulut anak-anak disamping
mengatasi masalah drooling (air liur meleleh).
1. Tiup buih belon (bubbles).
2. Tiup belon, pelbagai wisel dan juga alat muzik seperti flute dan harmonica.
3. Main tiup kapas dengan mulut dan juga straw besar (straw cendol).
4. Makan yogurt, bubur, puding lembut, nestum dengan straw. Straw besar, straw kecil, straw spiral.
5. Mengunyah tiub plastik (pastikan non-toxic ye) atau beli teething toy. Sesetengah occupational therapist cadang letak objek ini di dalam peti sejuk sekejap. Lagi uuumppphh! Kunyah-kunyah, gigit-gigit!
Exercise di atas juga dikenali sebagai oral-motor therapy. Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment