Bayi
anda mengeluar atau memuntahkan semula makanan yang dimakannya, anda jangan
bimbang. Sebagai ibubapa anda harus tahu apa puncanya. Masalahnya mungkin
berkaitan dengan mulut kerana anak mungkin mempunyai masalah untuk menelan
sehingga tidak menyukai makanan tersebut.
Jika
ini puncanya, anda tidak perlu bimbang. Masalah sedemikian tidak berlarutan.
Biasanya berlaku di peringkat awal bayi mengenal makanan semi pepejal dan
pepejal yang anda berikan kepadanya. Jika bayi memuntahkan semula makanan
setelah beberapa ketika makan, misalnya setengah jam, ia mungkin disebabkan
masalah penghadaman makanan yang anda berikan kepadanya.
Berikut
beberapa sebab bayi memuntahkan semula makanannya:
✔ Tidak Boleh Menelan Dengan Baik
Biasanya di peringkat awal bayi mengenal
makanan semi pepejal dan pepejal, bayi mungkin tidak mampu untuk menelan dengan
baik. Oleh itu, jika anda ingin memperkenalkannya dengan makanan, letakkan di
hujung lidahnya, bayi akan menjulurkan lidah untuk menelannya. Namun tidak
bermakna makanan itu sudah ditelan sepenuhnya, mungkin ia akan dikeluarkan
semula.
✔ Diberi Makan Secara Paksa
Ada
ketikanya , bayi kecewa kerana tidak boleh menelan sehingga menangis. JIka anda
terus memberinya secara paksaan, mungkin dia akan memuntahkan semula
makanannya. Keupayaan bayi untuk menelan makanan akan berlaku secara
semulajadi, bergantung kepada keupayaan bayi, biasanya bermula seawal usia 6
bulan.
✔ Bayi Belum Mampu Menelan Dengan
Baik
Bila
bayi belum mampu menelan dengan baik makanan semi pepejal dan pepejalnya, ia
boleh diatasi dengan cara mencairkan sedikit makanannya itu sehingga mudah
menelannya. Contohnya, jika bubur nasi agak ekat, ia boleh dicairkan dengan
mengisarkan bubur tersebut dan menambah sedikit sup.
Sebaiknya
lakukan secara berperingkat-peringkat, misalnya pada permulaan, anda
memberikannya denganbubur nasi dikisar selama 2 minit untuk selama 2 minggu,
selepas itu dikisar 1 minit, makin lama makin kurang masa anda mengisar
makanannya dan akhir sekali dia mula serasi dengan bubur nasi yang hanya
disediakan secara merebusnya sahaja, tidak perlu dikisar lagi.
✔ Tak Kenal Dengan Makanannya
Jika bayi tidak kenal atau tidak suka makanannya,
sudah tentu dia akan menolak dengan cara memuntahkannya semula kerana sebelum
ini makanan yang diterimanya dalam bentuk cairan. Tiba-tiba diberikan makanan
lain seperti bubur nasi, sudah tentu ditolak. Jika ini reaksinya, cairkan
sedikit makanannya itu. Jangan memaksa bayi makan makanannya kerana ia boleh
menyebabkan dia trauma sehingga setiapkali melihat mangkuk makanan dia akan
menangis dan takut disuapkan makanan.
Anda harus melatih bayi menerima makanan
pepejal, sehingga dia mengenal makanan pepejal. Bila usia menjangkau setahun ke
atas, bayi tidak bergantung sepenuhnya kepada susu sebagai sumber makanannya,
ia tidak mencukupi. Anda jangan jemu memperkenalkan makanan pepejal, sekali
menolak, esok lusa cuba lagi. Jika mencapai usia setahun. Ajak anak duduk
bersama ketika anda dan ahli keluarga lain sedang makan di meja makan. Jangan
diberikannya makanan kecuali dia meminta. Asalkan tidak pedas, berikan saja.
Jangan melarang.
✔ Rasa Yang Berbeza
Ada bayi menolak bubur nasi kerana rasa yang
pelbagai. Jangan lupa, sepanjang 6 bulan pertama, bayi hanya kenal rasa manis.
Bila diberi bubur nasi rasanya tawar tidak sama dengan rasa susu, dengan
sendirinya bayi menolak. Usahakan supaya bayi mengenal rasa, variasikan rasa
makanan, misalnya tambahkan glukosa dalam bubur nasinya, atau kicap manis.
Kemudaina, perlaha-lahan tukar kepada pelbagai variasi rasa lainnya.
✔ Terlalu Kenyang
Muntah juga mungkin disebabkan bayi terlalu
kenyang dengan makanan atau minuman.
No comments:
Post a Comment