Tuesday, June 17, 2014

7 Tips Menjaga Anak Demam



1. Sukat suhu badan anak


Suhu badan yang normal ialah 36.7 C. Justeru, gunakan thermometer yang boleh didapati di kedai-kedai farmasi. Sebaiknya, setiap famili ada termometer ini. Sama ada jenis letak di dahi, di mulut atau di telinga. Terpulang kepada bajet dan keperluan. Alat ini penting dan perlu ada di rumah untuk kecemasan. Semasa anak demam, menjado tugas anda untuk sentiasa memeriksa suhu badan anak anda. Kawal suhu badan anak anda. Jika terlalu panas dan melebihi  39 C, ambil insiatif untuk turunkan suhu badan anak anda.

2. Tuam kepala dan badan anak


Jika suhu badan terlalu panas, ambil tuala dan rendamkan dalam air paip. Kemudian, tuam seluruh badan anak anda di bahagian kepala terutamanya. Kemudian tuam juga di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha dan celah kaki. Tuala yang dibuat tua itu perlu dicelup semula dengan air setelah digunakan. Jangan biar tuala itu di dahi terlalu lama. Jangan pakaikan baju tebal, Hanya pakaikan singlet dan kain nipis untuk menutup badannya. Jika masih juga panas, segera mandikan dia dengan air paip. Pastikan kepala anak anda sejuk sedikit dan tidak terlalu panas.
  

3. Guna daun bunga raya


Petua orang tua-tua hars dipercayai dan boleh diamalkan. Jika suhu badannya masih belum turun, pagi-pagi anda petik beberapa helai daun bunga raya, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit. Kemudian daun tersebut anda potong kecil-kecil. Tapis dan ambil lendir daun tersebut. Lendir daun bunga raya boleh menurunkan suhu panas badan. Celupkan tuala dalam lender daun itu, kemudian lumurkan di kepala dan seluruh badan anak anda. Buat selama 20-30 minit. InsyaAllah demam anak akan kebah.

4. Beri anak makan bubur


Anak yang demam tiada selera makan kerana tekak mereka sakit akibat suhu badan yang panas. Jangan sampai terjadi tonsillitis. Masakkan bubur kosong dan hanya letak sedikit garam sahaja. Pastikan dia masih mampu makan untuk sembuh dari demam. Berikan makanan yang lembut dan tidak menyakitkan tekaknya. Jika dia tidak makan, badan anak tidak cukup tenaga untuk melawan penyakitnya. Aiskrin vanila boleh juga diberikan kepada si kecil jika tekaknya sakit. Atas nasihat doctor, aiskrin vanila dapat melegakan rasa panas dan sakit tekak. Boleh cuba beri anak makan sayur jika anak suka.

5. Minum banyak air dan susu


Berikan anak air masak yang secukupnya. Ini kerana ketika demam, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan badannya mudah kekeringan air. Badan yang kekeringan air lebih lambat untuk sembuh dan ini akan membawa kepada masalah yang lain pula seperti ketidakseimbangan elektrolit (garam galian) di dalam badan dan kalau kekeringan air ini dibiarkan melarat, boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggang dan otak serta mungkin  boleh menyebabkan kematian. Jika anak anda minum susu formula, berikan susu formula yang selalu dia minum. Jika anak masih menyusu badan, berilah sekerap mungkin dia susu supaya panas badannya berkurang. Susu ibu juga penawar dan antibody melawan penyakit. Jika tekaknya sakit untuk minum, tampalkan ‘coolfever’ ditekaknya untuk kurangkan sakit tekak. Jus biah yang dicairkan, sup ayam atau daging, air nasi, air kelapa dan air barli juga boleh diberikan jika anak anda sudah besar.

6. Sentiasa di sisi anak


Anak yang tidak sihat, mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa berada di sisinya ketika dia tidak sihat. Tanya keperluannya, perasaannya & berbual-bual dengannya. Bacakan buku kegemarannya. Tonton bersama cerita kesukaannya. Apa yang dia masukan jika masih tidak keterlaluan segera beri kepadanya. Sentiasa memeluk dan mencium anak dan bisik di telinganya, ibu saying awak. Sihat cepat sayang. Nanti kita pergi jalan-jalan, bersiar & bermain. Beri semangat padanya. Pasti anak anda akan lebih cepat sembh dari sakitnya.

7. Berdoa pada Allah


Doa juga merupakan senjata utama dalam setiap masalah yang kita hadapi. Walau sejauh manapun kita ikhtiar, tetapi kita tidak memohon kepadaNya, samalah seperti kita tidak percaya kekuasaanNya. Sebagai umat Islam, kita haruslah memohon pertolongan kepada Allah untuk memudahkan segala urusan kita dalam membesarkan anak-anak. Berdoa agar diberikan kesihatan yang baik kepada keluarga. Tambah pula dengan membuat solat-solat sunat. InsyaAllah, Allah akan perkenankan doa hambaNya yang berserah dan hanya percaya kepadaNya. Allah hanya akan menguji hambaNya yang mampu menanggung ujian itu.

Untuk tempahan termometer:


Whatsapp/SMS 012-7095517

No comments:

Post a Comment