Kajian menunjukkan urutan perineum dari minggu ke 35
mengurangkan koyakan pada bahagian perineum yang perlu dijahit. Kebanyakan
wanita yang mengamalkan teknik ini juga melaporkan tiada berlaku kesakitan
bahagian perineum dalam masa 3 bulan selepas bersalin.
Urutan perineum ialah urutan yang dibuat pada
bahagianvagina. Perineum adalah bahagian yang terletak di antara lubang vagina
dan lubang dubur. Urutan ini boleh dimulakan seawall minggu ke 34 kehamilan.
Urutan ini boleh dilakukan oleh anda sendiri atau pasangan. Lakukannya jika
anda berasa gembira untuk melakukannya dan bukannya terpaksa :)
Masa yang paling sesuai untuk melakukannya ialah selepas
mandi kerana selepas mandi, bahagian perineum lebih lembut dan selesa untk
disentuh. Gunakan minyak urutan organic seperti minyak zaitun atau minyak
kelapa dara untuk melakukan urutan.
Kedudukan yang sesuai seperti menyandar pada bantal di atas
katil atau sofa dengan lutut dibengkokkan atau duduk di tandas.
Dapatkan kedudukan yang selesa, relaks dan di tempat di mana
anda rasa selamat dan tidak terganggu.
Teknik Urutan Perineum
1.
Sapukan jari dengan minyak.
2.
Letakkan satu atau dua ibu jari ke dalam dinding
vagina.
3.
Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4.
Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari
dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5.
Urut selama mana yang anda mahu tetapi
sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6.
Selepas selesai urutan, buat kemutan pada
vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan
selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi
lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.
Peringatan: Urutan ini tidak dibenarkan jika anda
mempunyai jangkitan atau penyakit pada bahagian vagina. Jika anda merasa sakit
semasa urutan, hentikan segera urutan dan lakukan semula pada masa yang lain.
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment