1-
Anak berada dalam keadaan selesa
Pangku bayi anda semasa memberinya makan.
Tinggikan sedikit bahagian kepala supaya dia dapat makan dengan lebih selesa.
Untuk menjaga kebersihan pakaian bayi, gunakanlah bib.
2-
Makanan yang sesuai
Makanan pertama yang anda perkenalkan kepada
bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa. Biasanya pada
peringkat permulaan, bayi akan lebih senang menerima bubur nasi kerana tekstur
dan rasa yang seakan susu.
3-
Tidak terlalu panas
Makanan bayi tidak terlalu panas dan tidak
pula terlalu sejuk. Cukuplah sekadar suam-suam. Selain itu, jangan suapkan
terlalu banyak makanan pada satu-satu masa. Beri anak anda makan sedikit demi
sedikit. Cara ini akan memudahkan anak untuk belajar menelan makanan dan dalam
masa yang sama belajar makan menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu.
Pertama kali memberi anak makan memang
memerlukan kesabaran yang tinggi. Anak anda tidak akan mudah menerima makanan
yang diberi. Mungkin sebab dia belum biasa untuk makan. Jadi, ambillah masa
yang secukupnya.
5-
Jaga kebersihan
Pastikan semua peralatan yang digunakan
termasuklah makanannya bersih daripada sebarang kekotoran untuk mengelakkan
bayi anda sakit perut. Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak berasa
serik untuk makan. Ingat, memberi anak makan adalah untuk menjadikan mereka
lebih sihat dan bukan untuk mendapat penyakit.
Ramai berpendapat, waktu terbaik untuk
memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun daripada tidur pada waktu pagi.
Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika ini biasanya bayi akan berasa
lapar. Agar bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat, beri mereka minum
sedikit susu dahulu sebelum meneruskannya dengan memberi makan.
Tambahan:
Masa terbaik untuk memberikan anak makan
buat kali pertama ialah pada waktu pagi ataupun tengahari. Anda dinasihatkan
agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yang
alah terhadap sesetengah jenis makanan. Jika hal ini berlaku pada waktu siang,
mudahlah bagi anda untuk membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.
No comments:
Post a Comment