Tuesday, June 17, 2014

6 Tips Cepat Sembuh Luka Bersalin Caeser


Bagaimana nak memastikan luka bersalin caeser cepat sembuh dan tidak mengalami sebarang jangkitan, mahupun terbuka jahitan? Berikut ialah beberapa tips yang ibu boleh amalkan:

#1       Memastikan luka sentiasa kering

·         Mandi, pastikan luka dilap sehingga kering dengan kain yang lembut, bukannya tisu. Dari masa ke masa pula, pastinya ibu berpeluh. Pastikan kawasan luka sentiasa kering sama ada dari peluh atau air mandian.
·         Luka yang lembap akan menyebabkan  jangkitan mudah berlaku. Justeru, ibu perlu pastikan kawasan luka sentiasa kering agar luka cepat sembuh.

#2       Elakkan menyapu sebarang ubat tradisional pada kawasan luka pada 10 hari pertama bersalin

·         Minyak gamat atau minyak tradisional dikhuatiri akan melambatkan percantuman kulit di bahagian luka. Selepas luka bercantum, barulah anda boleh menggunakan sebarang ubat sapu yang anda rasa perlu.
·         Penggunaan sabun semasa mandi juga dilarang. Hanya gunakan air sahaja membasuh di bahagian luka.

#3       Elakkan aktiviti lasak pada seminggu pertama kelahiran

·         Aktiviti naik tangga mahupun membongkok perlu dielakkan bagi mengelakkan tekanan pada luka. Minta bantuan keluarga dalam menjalankan aktiviti seharian.

#4       Elakkan mengambil ubat tradisional sebarangan

·         Dapatkan nasihat doktor kerana bukan semua ubat tradisional sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan. Ada yang boleh mendatangkan kesan sampingan seperti memberi tekanan pada buah pinggang atau mengurangkan pengecutan otot rahim.

#5       Susukan bayi anda secara eksklusif

·         Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiapkali menyusu, badan akan mengeluarkan hormone oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.
·         Dapatkan bantuan dari jururawat dari hari pertama bersalin, bagaimana posisi menyusukan anak yang sesuai tanpa menjejaskan luka.

#6       Ambil makanan yang kaya dengan zat besi, multivitamin dan zinc

·         Zat besi penting kerana anda banyak kehilangan darah semasa pembedahan.
·         Multivitamin pula untuk membekalkan nutrisi dan zat penting pada tubuh, manakala zinc membantu menyembuhkan luka dengan cepat.





No comments:

Post a Comment