Monday, June 30, 2014

Kurangkan Sakit Ketika Bersalin



Memang tidak semua wanita bertuah dan dapat melahirkan anak tanpa masalah. Setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Bahkan bagi seorang ibu, pengalaman melahirkan setiap anak juga tidak serupa. Kesakitan ketika melahirkan anak menyebabkan ada sesetengah wanita serik untuk hamil lagi. Sebenarnya ada pelbagai kaedah untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Antaranya kaedah teknik pernafasan (dikenal juga sebagai Lamaze) untuk melegakan ketegangan otot pelvis, suntikan ubat-ubatan, sedutan gas Entonox dan juga kaedah epidural.

Kaedah teknik pernafasan (kaedah Lamaze) merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang dilakukan kebanyakan ibu ketika mengandung seperti diajar dalam kelas antenatal. Lebih baik jika suami turut mempelajari kaedah ini. Kesakitan bersalin juga disebabkan ketegangan pada otot pelvis dan kaedah ini membolehkan otot pelvis menjadi tidak tegang dan seterusnya dapat mengurangkan kesakitan. Sebahagian wanita hanya memerlukan kaedah ini untuk mengurangkan kesakitan dan ia lebih bersifat semula jadi.

Ubat-ubatan Suntikan ubat opiod iaitu yang sama kumpulan dengan morfin atau pethidin diberi ketika sakit bersalin dan menghalang otak daripada merangsang deria kesakitan. Bagaimanapun, ubat opiod ini boleh menyebabkan seseorang ibu merasa khayal dan mengantuk. Malah, bayi yang lahir juga mungkin boleh mendapat kesannya dan biasanya bayi diberi ubat antidot iaitu naloxone sejurus selepas dilahirkan. Sedutan gas Entonox (campuran gas oksigen dan nitrus oksida) memberi kesan sama, iaitu menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak, tetapi ia juga boleh menyebabkan wanita mengantuk dan kurang cergas ketika bersalin. 

Epidural

Penggunaan suntikan epidural adalah bertujuan mengelakkan kesakitan terutamanya ketika puan memilih cara tersebut untuk bersalin tanpa kesakitan. Suntikan epidural diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda hendak bersalin. Epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak. 

Suntikan epidural ini mempunyai kebaikan seperti dapat menahan kesakitan pada fasa pertama dan kedua kelahiran, tidak memberi kesan mengantuk pada ibu, memberi bius untuk kelahiran secara forceps atau vakum, jahitan episiotomi dan meneruskan khidmat bius jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean. Ia juga menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas. Epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan ibu yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi. 

Bagaimanapun, epidural tidak menjamin 100 peratus dapat mengurangkan kesakitan kerana kadangkala faktor posisi ketika pemberian epidural dan abnormaliti pada struktur tulang belakang yang bengkok (kifosis dan skoliosis) menyebabkan kesukaran mendapat posisi jarum epidural di kawasan lumbar tulang belakang.

Kebanyakan wanita yang memilih suntikan epidural menyatakan ia memberi kelegaan kesakitan. Hampir semua yang pernah diberi suntikan epidural ingin melakukannya sekali lagi pada masa depan. Kajian membuktikan epidural tiada kesan sampingan jangka panjang.

Rungutan atau dakwaan bahawa suntikan epidural menyebabkan sakit belakang atau sakit pinggang kemudian hari adalah tidak benar. Ini kerana selepas bersalin normal tanpa epidural pun, sakit belakang tetap wujud disebabkan faktor berat badan, regangan pada kulit dan otot, serta postur ketika mengandung. Kaedah epidural sama sekali tidak menyebabkan masalah atau penyakit pada organ buah pinggang seseorang.

Kesan sampingan yang biasa dialami adalah tidak selesa akBiasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara. Selain itu, ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air kecil dengan sendiri (mungkin memerlukan tiub kencing) buat sementara waktu. Biasanya pakar bius memberi ubat bius epidural berdos rendah yang berkesan untuk mengelak masalah ini. 

Pernafasan

Adalah elok jika puan dan suami berpeluang mempelajari teknik pernafasan yang betul. Teknik ini dapat membantu puan semasa proses bersalin nanti. Lebih baik jika menarik nafas panjang apabila merasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil meneran. Ini akan mengelakkan daripada mencederakan tekak dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat. Ia juga penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat. 
ibat kekebasan pada bahagian bawah badan. 
Kedudukan bayi songsang sebenarnya adalah normal pada peringkat awal kehamilan, 20 peratus ibu yang mengandung, biasanya akan mengandungkan bayi songsang pada peringkat awal. Kedudukan bayi songsang tersebut biasanya akan berubah pada peringkat pertengahan kandungan. Proses peralihan kedudukan kandungan ini akan berlaku secara automatik pada minggu ke-28 hingga minggu ke-32 usia kandungan.

Sumber: bidanbersalin.blogspot.com

Panduan Menyusukan Bayi Ketika Berpuasa



Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian.

Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.

FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.

Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.

Susu Kering

Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.

Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.

Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa! Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang refleks pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.

Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.

Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.

Dehidrasi

Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.

Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri.

Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh mencuba meminum air bergaram untuk mengatasi dehidrasi. Cara membuatnya ialah campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk. Untuk mendapat rasa yang lebih enak, letakkan sedikit perasa ke dalam minuman ini.

PANDUAN PEMAKANAN


1) Minum Air Mencukupi

Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum 2-3 liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2) Jangan Abai Sahur

Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3) Makan Kurma Ketika Berbuka

Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.

Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4) Banyakkan Buah Dan Sayur

Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5) Ambil Lebih Lemak Sihat

Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6) Amalkan Madu

Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7) Elakkan Minuman Bikarbonat

Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Sumber: ummirdinacong.blogspot.com

Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam


Nama adalah doa kepada seseorang, maka ibu bapa menjadi pemegang amanah yang besar untuk menamakan cahaya mata mereka. Nama hendaklah memiliki makna yang bagus. Janganlah memberikan nama hanya mengikut perasaan, asalkan indah dan sedap didengar tanpa mengetahui makna yang tersirat atau maksud sebenarnya.
Jika nama tersebut buruk dan memalukan, maka ibubapa boleh dikira berlaku zalim dan derhaka pada si anak.
Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.
Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama panggilan ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘penzina’ atau pun nama ‘wathi’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.
Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya :
1. Balqis – ketua jin
2. Qistina/Kistina – penghulu jin
3. Najwa – bisikan
4. Zaqwan/Zaquan – anak jin
5. Haikal/Haiqal – tengkorak
6. Badrisha/Badlisha/Herisha
Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.
Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda :
A
  • Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
  • Abkam Tidak celik, buta
  • Afinah Yang bodoh
  • Amah Hamba suruhan perempuan
  • Asiah Wanita yang derhaka
  • Asyar Paling jahat
  • Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
  • Aznie Aku berzina
B
  • Baghiah Yang zalim, jahat
  • Bahimah Binatang
  • Bakiah Yang menangis, merengek
  • Balidah Yang bodoh, bebal
  • Baqarah Lembu Betina
  • Batilah Yang batil, tidak benar
D
  • Dabbah Binatang
  • Dahisyah Goncang, stress
  • Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
  • Dami’ah Yang mengalir air matanya
  • Daniyah Yang lemah dan hina
  • Darakah Kedudukan yang rendah
F
  • Faji’ah Kecelakaan
  • Fajirah Yang jahat, yang berdosa
  • Fasidah Yang rosak, yang binasa
  • Fasiqah Yang jahat, si fasik
  • Fasyilah Gagal, kalah
G
  • Ghafilah Yang lalai, yang leka
  • Ghaibah Hilang
  • Ghailah Kecelakaan, bencana
  • Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
  • Ghasibah Perampas, perompak
  • Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
H
  • Haqidah Yang dengki
  • Hasidah Yang hasad
  • Hazinah Yang sedih
  • Huzn Kesedihan
J
  • Jafiah Yang tidak suka berkawan
  • Jariah Hamba suruhan perempuan
K
  • Kafirah Yang kafir, yang ingkar
  • Kaibah Yang sedih
  • Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
  • Kazibah Pendusta, pembohong
  • Khabithah Yang jahat, yang keji
  • Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
  • Khamrah Arak
  • Khasirah Yang rugi
  • Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa
L
  • Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
  • Lahab Bara api
  • Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
  • La’imah Yang tercela
  • Lainah Yang terkutuk
M
  • Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
  • Majusiah Agama menyembah api atau matahari
  • Maridah Yang menderhaka
  • Munafikah Yang munafik
  • Musibah Celaka, bencana, kemalangan
N
  • Najisah Yang najis dan kotor
  • Nariah Api
  • Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami
Q
  • Qabihah Yang buruk, hodoh
  • Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
  • Qatilah Pembunuh
  • Qazurah Kejahatan, perzinaan
R
  • Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
  • Razani Kepala zakar lelaki
  • Razi’ah Kecelakaan, musibah
  • Razilah Yang keji dan hina
S
  • Safih Insan Manusia bodoh
  • Safilah Yang rendah dan hina
  • Sahiah Yang pelupa
  • Sharrul / Sharru Jahat
  • Sakirah Pemabuk
  • Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
  • Syafihah Yang bodoh
  • Syani’ah Yang buruk
  • Syaqiyah Yang menderita
  • Syaridah Yang diusir
  • Syariqah Pencuri
  • Syarisah Yang buruk akhlak
  • Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
  • Syatimah Maki hamun
T
  • Tafihah Karut
  • Talifah Yang rosak, yang binasa
  • Talihah Yang tidak baik
  • Tarbiyah Yang papa kedana
  • Tarikah Anak dara tua
W
  • Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
  • Wahimah Yang lemah
  • Wahinah Penakut
  • Wailah Bencana, keburukan
  • Wajilah Penakut
  • Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
  • Waqihah Yang kurang sopan dan malu
  • Wasikhah Yang kotor
  • Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
  • Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
  • Wathy / Wathi Bersetubuh
Y
  • Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
  • Yaisah Yang berputus asa
Z
  • Zalijah Kebinasaan
  • Zalilah Yang hina
  • Zalimah Yang zalim
  • Zaniyah Penzina, pelacur
  • Zufafah Racun pembunuh
Wallahualam.
Semoga memberi manfaat kepada semua.
Sumber: um-fabolous.blogspot.com

Sunday, June 29, 2014

Tips Memukul Anak


Islam tidak melarang hukuman berbentuk pukulan sama sekali. Namun biarlah ia kena dengan caranya. Bahkan Rasulullah s.a.w. sendiri ada mengesyorkannya, yang bermaksud:
“ Perintahkan anak-anakmu supaya mendirikan solat bermula pada usia mereka tujuh athun. Pukullah mereka sekiranya enggan bersolat setelah berumur 10 tahun” (Riwayat Abu Daud)

 Tidak menggunakan hukuman ini kecuali jika tiada cara lain lagi.

 Jangan memukul ketika marah. Tarik nafas dalam-dalam, hadrikan kewarasan dahulu.

 Jangan sesekali memukul di muka dan ini termasuklah segala bentuk hukuman seperti mencubit di pipi. Tidak memukul di bahagian yang menyakitkan seperti wajah, kepala dan dada.

✔ Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan, tetapi untuk memberi peringatan dan  pengajaran.

 Sebahagian orang berpendapat tidak boleh memukul anak yang berumur bawah 10 tahun. Mereka mengkiaskan dengan hadis di atas.

 Memukul tidak melebihi 3 kali. Juga dikiaskan dengan tindakan Nabi yang mengulangi sesuatu sebanyak 3 kali.

Sumber: mamapeduli.info



Friday, June 27, 2014

Penyakit Mata Pada Bayi Baru Lahir


Penjagaan mata biasa

Semasa pemeriksaan bayi yang pertama selepas kelahiran, doktor akan memeriksa mata bayi anda untuk :
 Penyakit kongenital
✔ Jangkitan mata
 Penglihatan
Dalam penjagaan mata harian anda hendaklah membersihkan disekeliling mata bayi anda dengan kain lembab yang bersih dan jangan gunakan sabun kerana ini akan memedihkan mata.

Pendarahan Sub-Konjuktiva

Jika anda melihat dengan dekat pada bahagian putih di mata anda, anda hanya akan dapat melihat beberapa saluran darah yang halus. Sekiranya satu daripada saluran darah ini pecah, darah akan mengalir keluar kebahagian putih mata. Ini dinamakan Pendarahan Sub-Konjuktiva yang biasanya terjadi semasa kelahiran. Sekiranya ini berlaku maka :
 Tiada rawatan diperlukan.
✔ Ia tidak akan merosakkan mata.
 Darah yang ada biasanya akan hilang dalam masa dua minggu.

Masalah biasa yang terjadi di kalangan bayi biasanya adalah :
 Konjuktivitis
 Penghalangan saluran air mata tersumbat

Konjuktivitis

Konjuktivitis bermaksud kemerahan yang berlaku pada lapisan konjuktiva iaitu bahagian putih mata dan bahagian dalam kelopak mata.Ini mungkin berlaku disebabkan oleh jangkitan, saluran air mata tersumbat atau kerengsaan, contoh : terkena bahan kimia


Bagi bayi, jangkitan kuman biasanya disebabkan oleh bakteria seperti Neisseria gonnorhea (gonorrheal infection) atau oleh Chlamydia trachomatis. Kedua-dua didapati semasa proses kelahiran daripada ibu yang mendapat jangkitan.

Simptom-simptom dan tanda-tanda

 Keluar cecair kekuningan daripada mata
✔ Kelopak mata melekat dengan nanah terutamanya selepas tidur
 Tahi mata yang sudah kering di bahagian atas pipi
✔ Bahagian putih mata mungkin bertukar kemerahan atau merah jambu
 Kelopak mata membengkak

Konjuktivitis ini boleh menjadi lebih parah sekiranya berlaku jangkitan pada gonorrhea dan berkemungkinan memberi kesan kepada penglihatan bayi. Oleh itu adalah penting untuk membawa bayi anda dengan segera untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Rawatan untuk Konjuktivitis Gonococcol
Sekiranya tahi mata atau lain-lain tanda muncul dalam beberapa jam atau hari selepas kelahiran, bayi anda akan dianggap mendapat jangkitan gonorrheal sehingga keputusan ujian didapati. Rawatan yang diberikan adalah:
 Membersihkan mata setiap jam dengan titisan mata dan titisan antibiotik mata sehingga tahi mata berkurangan dan mata kurang kemerahan.
 Diberikan suntikan antibiotik melalui saluran vena.
 Ibu bapa (dan semua pasangan seks ibu bapa yang boleh dikesan) juga akan disiasat dan dirawat sebagai pesakit gonorrhea.
Rawatan untuk Konjuktivitis Chlamydia
Jenis Konjuktivitis ini biasanya bermula 5 hingga 12 hari selepas kelahiran.


Rawatan yang diberikan biasanya adalah :

Tip-tip untuk diingat :
 Oral antibiotik selama 14 hingga 21 hari untuk bayi dan ibu-bapa.
 Antibiotik titisan mata dan membersihkan mata.
✔ Bawa bayi anda berjumpa doktor secepat mungkin sekiranya tahi mata keluar dengan banyak dan tidak berkurangan.
 Bayi yang masih ada tahi mata dalam beberapa hari kelahiran hendaklah dibawa ke hospital dengan segera.
 Gunakanlah kain bersih atau tuala yang berasingan untuk bayi kerana ia boleh berjangkit.
 Jangan gunakan titisan mata yang lama kecuali dengan arahan doktor.
Pencegahan
Titisan mata pencegahan, silver nitrate 1% telah tidak digunakan di Malaysia sejak beberapa tahun kerana pengurangan kes konjuktivitis gonoccocal dan terdapatnya antibiotik yang lain.

Saluran air mata (Nasolacrimal) terhalang

Bermakna saluran yang biasanya menyalurkan air mata dari mata ke hidung tersumbat/tersekat. Bayi yang baru lahir mempunyai kebolehan untuk merembeskan air mata jika termasuk debu atau bahan kimia tetapi biasanya tidak boleh merembeskan air mata kerana emosi hinggalah sehingga berumur antara 2 hingga 3 tahun. Ini menerangkan kenapa tercetusnya simptom pada umur yang agak lewat sungguhpun ianya bermula dari lahir.


Perkara ini berlaku kepada 2 hingga 6 peratus kelahiran baru. Kedua-dua belah mungkin tersumbat. Kebanyakan saluran air mata yang tersumbat ini akan terbuka secara spontan apabila berumur satu tahun.

Air mata yang kerap mengalir juga boleh menjadi tanda kepada 'glaucoma' kongenital (sejak lahir) dan ini akan mengakibatkan sensitif kepada cahaya dan pembesaran kepada mata yang terlibat.

Tanda-tanda dan simptom

 Air mata keluar berterusan yang mana biasanya dalam beberapa minggu selepas lahir.Keluar air mata dibahagian lebih bawah kelopak mata dan pipi.

✔ Bahagian putih mata pada permulaannya tidak kelihatan kemerahan atau pink sehingga jangkitan bermula.

 Terdapat risiko jangkitan mata (Konjuktivitis) kerana kelemahan sistem saliran.

✔ Jika jangkitan tidak dirawat, jarangkali ia akan merebak sehingga ke sekeliling bahagian mata atau pipi.

Rawatan
Rawatan diperlukan segera jika:
 Kelopak mata menjadi sangat merah atau membengkak
 Muncul benjol kemerahan di bahagian bawah sudut kelopak mata.
Berjumpa doktor sekiranya:
✔ Terdapat tanda dan simptom (konjutiva), seperti keluar cecair kekuningan
 Jika air mata berterusan keluar selepas berumur setahun, dapatkan rawatan daripada ophthalmologist (Pakar Mata).
 Sekiranya bayi mudah terganggu dengan cahaya atau sebelah mata lebih besar seperti di glaucoma kongenital.

Sumber: www.myhealth.gov.my