Resepi Bayi

RESEPI PURI KELEDEK MANIS

 
Rasa lemak manis ubi keledek memang melazatkan. Selain membuat puri buah-buahan dan sayur-sayuran, anda boleh cuba beri bayi merasai kesedapan ubi keledek. Ia sesuai untuk bayi berusia lapan bulan ke atas.
 
Ubi keledek kaya dengan vitamin B6, vitamin C, vitamin D, zat besi, magnesium, kalium dan kandungan karetenoid yang penting untuk tumbesaran yang sihat.
 

Bahan-bahan:

2 biji keledek saiz sederhana
3 sudu besar susu ibu
1 sudu kecil serbuk kayu manis
 

Cara menyediakan:

  1. Kupas dan bersihkan ubi keledek.
  1. Potong kecil dan rebus ubi keledek sehingga empuk.
  1. Kisar ubi keledek sehingga halus menjadi puri.
  1. Campur susu ibu dan serbuk kayu manis.
  1. Siap untuk diberi kepada bayi.
 
Anda juga boleh bekukan puri keledek dalam bekas kiub makanan bayi sebagai stok.
 
 
 
 

RESEPI PURI BUAH-BUAHAN UNTUK BAYI 6-8 BULAN

 Puri Epal

Tempoh penyediaan: 10 minit
 
Bahan-bahan:
 
1. Sebiji epal fuji
2. Air secukupnya
 
Cara penyediaan:
 
1. Ambil sepotong buah epal. Cuci, buangkan kulit dan cincang seperti dadu.
2. Kemudian, rebus bersama sedikit air.
3. Biarkan mendidih sehingga buah menjadi lembut.
4. Selepas itu, ambil epal yang telah direbus dan kisar sehingga halus.
 

Puri Blueberi

Tempoh penyediaan: 10 minit
Bahan-bahan:
1. ½ cawan buah blueberi
2. Air secukupnya
Cara penyediaan: 
1. Didihkan air. Tambah blueberi dan biarkan mendidih hingga 15 minit atau lembut.
2. Asingkan air rebusan dan blueberi. Kisar blueberi sehingga menjadi puri.
3. Jika perlu boleh tambahkan lebihan air rebusan ke dalam puri.

Puri Kurma

Tempoh penyediaan: 20 minit
Bahan-bahan:
1. Kurma jenis lembut
2. Air secukupnya
Cara penyediaan:
1. Buang biji Kurma dan buang kulit kurma sekali.
2. Steam kurma 15 minit supaya kurma menjadi lebih lembut.
3. Blend kurma sampai halus.

Puri Pir

Tempoh penyediaan: 10 minit
Bahan-bahan:
1. 1 biji pir masak
2. Air secukupnya
Cara penyediaan:
1. Kupas kulit buah pir dan potong kecil.
2. Kukus potongan pir selama 10 minit atau sehingga lembut.
3. Kisar potongan pir selama sehingga tiada lagi ketulan.
Nota:
Anda digalakkan mencuba dahulu makanan yang disediakan sebelum memberikan kepada bayi anda. Sila pastikan suhu puri tersebut sesuai untuk bayi anda. Jika anda membuat puri yang banyak untuk stok sehari, pastikan tiada perubahan pada rasa dan warna puri tersebut. Hal ini penting untuk keselamatan anak anda.
Selain itu, puri yang disediakan boleh diperbaiki dari sudut rasa dan kelikatan yang anda rasakan sesuai. Sebagai contoh, jika anda mahukan puri yang pekat, anda boleh tambah bijirin bayi dan jika anda mahu mencairkannya, anda boleh mencampurkannya dengan susu.
 
Selamat mencuba! :)
-

 

 
 
 


No comments:

Post a Comment