Friday, October 31, 2014

Ubat batuk & selsema tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 2 tahun

 
Q:  Doktor, anak saya berumur setahun dan sering juga mengalami masalah batuk dan selsema. Adakala berserta demam dan adakala tanpa demam. Biasanya, doktor memberi ubat batuk dan selsema. Baru-baru ini, saya berkunjung ke klinik kesihatan namun diberitahu oleh doktor bahawa ubat batuk dan selsema tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak kurang dari 2 tahun kerana kesan sampingan. Apakah ini benar? (Rozila)
 
A:  Kanak-kanak seringkali mengalami batuk dan selsema, dan ia membawa kebimbangan di kalangan ibubapa. Gejala batuk atau selsema ini bukan sahaja boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak selesa sepanjang hari malah kadang-kadang boleh mengganggu tidur. Ibubapa, dengan niat yang baik, ingin mengubati batuk atau selsema ini. 
 
Sebenarnya, batuk adalah satu tindakbalas badan untuk membantu mengeluarkan kahak daripada saluran pernafasan. Kebiasaannya, batuk dan selsema yang dialami adalah ringan dan kebanyakan kanak-kanak akan sembuh sendiri tanpa rawatan dalam purata tempoh 10 hari. Seseorang kanak-kanak boleh mendapat demam selsema dan batuk sebanyak 3-8 kali setahun, terutamanya mereka yang bersekolah, terdedah kepada jangkitan oleh orang dewasa atau kanak-kanak lain, serta terdedah kepada asap rokok.
 
Untuk bayi dan kanak-kanak yang lebih kecil, perlu diketahui bahawa batuk dan selsema tersebut mungkin adalah gejala kepada penyakit yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru (pneumonia). Sekiranya, keadaan kanak-kanak semakin bertambah teruk atau didapati berterusan lebih lama daripada yang dijangkakan, sila bawa untuk pemeriksaan oleh doctor.
 
Selain daripada jangkitan, gejala batuk juga mungkin disebabkan penyakit yang lain, contohnya penyakit asma. Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa ubat-ubat batuk dan selsema sebenarnya tidak berkesan untuk mengubati gejala-gejala bagi golongan kanak-kanak.
 
Malah lebih merisaukan, telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. Ubat batuk yang mengandungi ubat narkotik, seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.
 
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007. Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun; kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.
 
Rawatan tanpa ubat yang disyorkan adalah:
 
1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.
Nasal saline drops tidak mengandungi bahan ubat dan ia boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ia boleh diberi mengikuti keperluan, pada kebiasaan sebelum penyusuan.
 
2. Teh limau madu yang suam
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
 
3. Pengambilan cecair yang lebih
Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.
 
4. Rehat yang mencukupi
Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.
 
(answered by Dr Yap Hsiao Ling)
 
 


Thursday, October 30, 2014

Beza Cara Papa & Mama

 
Dalam mendidik anak-anak, papa dan mama memainkan peranan masing-masing dalam cara yang berbeza. Biasanya jika papa terkenal dengan karektor garang dan tegas, mama pula lebih kepada pendekatan lembut dan psikologi.
Bagaikan ada faktor ‘chemistry’ antara keduanya, nyata perbezaan cara mendidik itu yang membuatkan peranan papa dan mama saling memerlukan antara satu sama lain dalam menghadapi kerenah dan perilaku anak-anak yang membesar.
 
Biarpun papa terkenal dengan karektor tegas dan garang namun tidak bermakna papa tidak boleh menjalin hubungan yang erat dengan anak-anak. Mari kita perhatikan apakah kebiasaan karektor papa saat mendidik anak-anak.
 
*Papa lebih kepada bentuk fizikal
 
Cara papa membina ikatan erat dengan anak iaitu dengan cara bermain dan bergurau senda. Papa gemar mendukung, menimang dan pelbagai lagi aktiviti lasak dengan anak. Kedengaran seperti kasar tetapi itulah cara papa dan ia amat disukai oleh anak-anak. Semakin anak membesar, semakin banyak aktiviti fizikal papa lakukan bersama anak. Misalnya, bermain bola sepak, laying-layang, berbasikal dan lain-lain.  Sementara, mama lebih terkenal dengan kebolehan memberikan kata-kata pujukan yang membuatkan anak berasa tenang dan bahagia.
 
*Papa lebih cerewet
 
Waktu anak berusia bayi, papa cenderung untuk segera memujuk anak yang sedang menangis. Memujuk dengan kata-kata sayang memang kepakaran papa. Ia seakan tidak mahu si anak berasa sedih. Sementara mama pula lebih kepada sentuhan dan membelai bayi.
 
*Papa hebat mengajar anak berdikari
 
Karektor pemimpin dalam diri seorang papa membuatkan dia gemar mendidik si anak belajar berdikari. Kadang kala cara dan sentuhannya nampak kasar dan kurang kasihan kepada si anak. Hakikatnya papa mahu anak pandai berdikari, bijak mengendalikan emosi dan berani menerima kekalahan. Ketegasan yang ada dalam diri papa membuatkan dia kelihatan sanggup membiarkan si anak menangis kecewa dalam mempelajari sesuatu kebolehan. Namun sebenarnya dia melakukan semua itu supaya anak membesar sebagai anak yang cekal dan berkeyakinan tinggi.
 
 


Wednesday, October 29, 2014

Mengapa Bayi Enggan Menyusu?

 
Adakalanya bayi meragam tidak mahu minum susu ibu. Dia menolak penyusuan walaupun dilakukan pada waktu yang rutin. Mengapa terjadi hal demikian? Sebenarnya bayi yang tidak mahu menyusu badan bukan menolak terus susu ibu, tetapi dia sedang memberitahui anda tentang masalah yang dihadapinya. Jadi, anda perlu menyiasat dan mengenal pasti apakah masalah tersebut.
 
Beberapa sebab bayi biasa menolak penyusuan:
 
 1. Bayi tidak melekap dengan betul dan isi puting payu dara ibu yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Jika berhadapan dengan situasi ini, perbetulkan posisi pelekapan bayi atau dapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan untuk mengatasi masalah ini.
 
 2. Bayi menghadapi masalah sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).
 
 3. Ini merupakan reaksi bayi disebabkan jeritan spontan anda apabila dia menggigit puting payu dara anda.
 
 4. Bayi mempunyai jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu.
 
 5. Bayi dijangkiti selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkannya bernafas semasa menyusu.
 
 6. Jika bayi kerap diberi campuran susu formula dan menyebabkan pengurangan bekalan susu ibu.
 
 7. Terlalu banyak gangguan, bunyi bising atau terhenti ketika menyusu.
 
 8. Rutin bayi terganggu disebabkan berpindah rumah atau ibu kembali bekerja.
 
 9. Bayi berpisah dengan ibu untuk jangkamasa yang lama.
 
Walaupun perlakuan bayi menolak penyusuan ini merungsingkan ibu tetapi ia boleh diatasi dengan kesabaran dan kasih sayang dari ibu sendiri. Pastikan anda tidak berputus asa lalu mengambil keputusan menghentikan penyusuan susu ibu.
 
Semasa proses menyelesaikan masalah ini, ibu hendaklah memerah keluar susu dengan tangan atau pam setiap beberapa jam (sama kerap seperti bayi menyusu dulu). Ini dapat mengelakkan daripada berlaku  masalah mastitis dan mengekalkan bekalan susu yang cukup.
 
Cara menangani masalah ini:
 
 1. Cuba berikan payu dara anda semasa bayi sedang tidur atau semasa dia paling mengantuk. Kebanyakan bayi yang menolak penyusuan susu ibu ketika berjaya akan menyusu semasa mereka mengantuk.
 
 2. Bawa bayi berjumpa doktor untuk mengetahui sama ada bayi mempunyai sebarang penyakit (seperti jangkitan telinga atau jangkitan kandida).
 
 3. Ubah posisi penyusuan anda.
 
 4. Susukan bayi sambil bergerak. Ada bayi lebih suka menyusu apabila dibuai atau dibawa berjalan berbanding disusukan semasa sedang duduk atau berdiri.
 
 5. Carilah bilik yang sunyi untuk menyusukan bayi. Biasanya, bayi yang berusia enam hingga sembilan bulan bertindak untuk menolak penyusuan disebabkan dia terangsang untuk meneroka dunia yang baharu dikenali. Bayi pada usia ini mudah mengalih perhatian kepada perkara lain dan selalunya lebih suka untuk "hisap main-main" di payu dara ibu dan tidak mahu menyusu dengan sempurna. Gunakanlah bilik yang agak gelap, sunyi dan jauh daripada bunyi radio atau televisyen semasa menyusukan bayi anda.
 
 6. Berikan sentuhan kulit dengan kulit yang kerap. Kain atau alat pendukung bayi boleh membantu anda berkedudukan rapat dengan bayi semasa tidak menyusunya.
 
Sebenarnya, tidak mungkin bayi yang berusia di bawah satu tahun yang terdahulunya menyusu dengan baik sudah mahu bercerai susu. Carilah punca dan jalan penyelesaian.
 


Tuesday, October 28, 2014

Petua Sembuhkan Luka Bersalin

 
Luka yang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin memang membuatkan rasa tidak selesa. Tidak sabra rasanya hendak sembuh dan menjalani rutin harian seperti biasa. Selain mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, anda boleh juga mencuba petua tradisional yang dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan ceoat dan selamat diamalkan.
1.       Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahgian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehingga luka sembuh.
2.       Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersaa nasi atau dibuat sup.
3.       Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
4.       Campurkan biji manjakani, ahlia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
5.       Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
 


Saturday, October 25, 2014

Amalan2 Islam semasa Mengandung & Tips didik Anak Pintar

“All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"

- R. Buckminster Fuller -
 
 
Siapa lagi yang berperanan mendidik anak2 kita? Jawapannya bukanlah guru atau ustaz/uztazah semata2, tapi kita sebagai ibu bapa yang memainkan peranan yang paling penting.

Dalam pendidikan dan tumbesaran sihat anak-anak atau dengan kata lain, kita lah boleh menjana kepintaran mereka. Ddan ia harus bermula dari kandungan hingga remaja.

Banyak panduan untuk melahirkan ibu bapa yang cemerlang dan panduan mendidik anak pintar. Malah e book dan kelas2/ seminar turut diadakan.
Mari kita berkongsi antara tips bagi mendidik anak pintar, yang secara umumnya, kita boleh kategori kepada beberapa kumpulan:
 
1. Pendedahan suasana yang sihat ketika dalam kandungan lagi

- antara surah yang boleh diamalkan adalah: Surah Luqman dan surah Al Imram ayat 38
- selain itu, aspek kesihatan
ibu yang sedang mengandung juga amat penting kerana kandungan nutrient ibu antara faktor merangsang tumbesaran sihat janin

2. Rangsangan ketika anak berusia 0-6 tahun

 3. Pengajaran dan Pembelajaran ketika anak bersekolah atau di universiti

Hah. Terlalu umum bukan. Ya kerana mendidik anak bukanlah semudah yang disangka, tapi insya Allah dengan panduan ilmu dan pengalaman orang tua Insya Allah kita boleh Berjaya.

Jom lihat antara tips mudah lain mendapatkan anak yang pintar sihat dalam aspek seharian kita:
1. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting

- Si kecil perlu didedahkan kepada amalam pemakanan sihat
untuk mendapat kehidupan yang aktif dan baik sehingga dia meningkat dewasa.

- Mengamalkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran segar boleh menjadikan kulit tidak kering dan rambut kelihatan segar.

- Gantikan air kordial dengan jus buah segar yang diproses sendiri.

- Melalui cara ini anda dapat mengawal pengambilan kandungan gula dan menggalakkan pengambilan serat bermula sejak anak masih kecil lagi.

2. Penjagaan kebersihan diri, bilik tidur dan ruang sosial kanak2
- Kebersihan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki perlu diberi perhatian.

- Penting untuk mengelakkan berlaku sebarang risiko masalah kulit.
3. Penjagaan sudut emosi dan aspek psikologi anak2 yang sedang membesar
- Kanak-kanak pintar cerdas dikatakan mengalami perkembangan yang tidak sama perkembangan fizikal, di mana intelek, emosi dan sosialnya tidak sekata dan setara dengan usia.

- Inilah sebabnya aspek emosi dan psikologi anak2 amat penting untuk dititik beratkan, bukan sekadar aspek intelek ilmu sahaja.

4. Teladan dari para ilmuan/ cendekiawan Islam

- Semasa mengandung, buat amalan2 islam yang disarankan.

- Latih anak agar berdisiplin dan menepati masa. malah terapkan nilai2 murni Islam dalam aspek seharian.

- Berikan perubahan sedikit demi sedikit. Kemahiran-kemahiran baru perlu dikenalkan secara berperingkat bagi merangsang minda anak untuk terus aktif.

- Makanan2 kesihatan dalam Islam seperti kurma, badam dan madu juga boleh diamalkan.

- Merapatkan diri anak2 dengan solat berjemaah dan keindahan ayat2 al Quran dan panduan hadis.

5. Ini pula antara doa yang boleh kita amalkan:
 
 

Anak Saya Kembung Perut

 
Q: Anak saya hampir 2 bulan kebanyakan kanak-kanak mengalami kembung, begitu juga anak saya. Soalan saya, apakah cara yang betul untuk menghilangkan kembung ?
Jika menggunakan kaedah urutan,dibahagian manakah harus dilakukan urutan itu??
Ada yang mengatakan mengetuk dengan sisi tangan di belakang bayi dapat menghalangkannya, tetapi kaedah ini seperti menyakitkan walaupun bayi saya tdak menangis. ( Ibu Hana )

A: Salam sejahtera Ibu Hana,
Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berumur kurang daripada 6 bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen ( abdominal cavity ) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen ( usus, perut, hati, limpa,pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
 
Adakah kembung perut normal ?
 
Biasanya kita mengaitkan kembung perut dengan masalah ‘colic’, iaitu keadaan di mana bayi akan menangis untuk beberapa jam tanpa henti, kelihatan sangat tidak selesa tanpa sebab yang spesifik, dan kemudian akan kembali normal selepas itu. Ini berlaku untuk beberapa kali dalam seminggu dan semakin bayi membesar, kejadian ini semakin kurang, dan bayi membesar dan menyusu dengan baik.  Sekiranya demikian, ibu-bapa tidak perlu gelisah mengenai masalah ini.
 
Sebab-sebab perut kembung:-
 
1)     Cara menyusu dengan botol yang tidak betul – terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai ( terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan menyebabkan perut kembung. Bayi juga seharusnya disendawakan ( burp the baby ) selepas menyusu.
2)     Bayi menangis terlalu banyak, terlalu aktif kerana ‘overstimulation’ pada hari tertentu boleh menyebabkan kembung perut
3)     Penghadaman susu yang kurang sesuai, menghasilkan banyak gas
 
Adakah urutan berkesan ?
 
 
Ini bergantung kepada sama ada bayi juga menangis dan kurang selesa semasa kembung perut. Urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut (gentle back and tummy rubs) dan teknik urutan seperti ‘infant massaging’ boleh membantu bayi relaks dan kembali selesa.
 
Masalah serius yang perlu dipertimbangkan
 
Namun, apabila berhadapan dengan bayi yang kembung perut, kita perlu memastikan ia bukan kerana disebabkan oleh masalah yang serius. Walaupun abdomen(perut) bayi adalah kelihatan kembung, ia sepatutnya lembut. Sekiranya rasa sangat kembung dan keras, ini kemungkinan besar menunjukkan masalah usus.
 
Kembung perut seperti ini adalah tidak normal, menunjukkan kulit yang bersinar, dan urat-urat darah jelas kelihatan
 
Pemeriksaan doktor yang teliti adalah penting untuk mengesan masalah-masalah seperti:-
 
1. Masalah usus tersumbat/terbelit ( intestinal obstruction ). Bayi juga muntah selalu, dan tidak buang air besar ataupun kentut untuk jangka masa yang lama.
 
2. Masalah usus besar yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana masalah saraf (Hirschprung’s disease) – bayi juga sembelit dalam masalah ini.
 
3. Alahan susu – sekiranya bayi adalah alahan kepada protein susu lembu ataupun laktosa (cow’s milk protein allergy / lactose intolerance), ia boleh menyebabkan kembung perut dan cirit-birit. Berat bayi juga tidak naik dan mengalami dehidrasi. Susu yang berdasarkan formula khas yang sesuai perlu dicari.
 
4. Masalah organ lain seperti hati yang bengkak, limpa yang bengkak, masalah buah pinggang, dan saluran air kencing boleh menyebabkan abdomen kelihatan kembung.
 
Cara-cara lain yang membantu semasa ‘colic’
 
1) Mendukung bayi anda semasa menangis, ataupun membedungkan dia dan diletakkan di dalam kot bayi, dalam suasana bilik yang sunyi dan gelap. Jangan keterlaluan merangsangkan bayi semasa menangis (overstimulate)
 
2) Ubatan seperti ‘simeticone drops’ dicampurkan dalam susu  – menolong untuk membebaskan gas yang terhasil semasa penghadaman susu
 
3)   Cara alternatif/tradisional – sapu minyak ‘essential oil’. Ada juga yang menggunakan ‘gripe water’ yang mengandungi sodium bikarbonat yang dipercayai boleh melegakan. Namun, ia masih dijual sebagai ubat tradisional yang tidak melalui kajian terperinci untuk membuktikan keberkesanannya. Ia tidak diiktiraf oleh FDA sebagai ubat khusus untuk ‘colic’.  
 
4)   Cuba tukar formula susu sekiranya syaki ada alahan susu
 
Kesimpulan
  • Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normal walaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan dan terdapat cara-cara untuk mengatasinya. Masalah ini sepatutnya akan hilang apabila bayi semakin membesar.
  • Namun, adalah sangat penting kita tidak terlewat mendapatkan perhatian doktor sekiranya masalah kembung perut adalah disebabkan oleh penyakit yang serius.
  • Tanda-tanda yang merisaukan adalah seperti kurang berat badan, muntah-muntah, cirit-birit, najis berdarah, perut kembung sehingga sangat keras dan bayi kelihatan sangat lemah dan tidak sihat.
( answered by Dr Foo Chee Hoe )
 
 
 
 


Friday, October 24, 2014

Petua Mudah Menambahkan Susu Badan

 
Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.
1.       Kerap menyusu
Semakin kerap ibu meyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24jam akan merangsang hormone prolactin yang menghasilkan lebih banyak susu.
2.       Amalan tradisi
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain).
3.       Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas tertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.
4.       Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatan penghasilan susu.
5.       Posisi yang betul
Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.
 
 


Thursday, October 23, 2014

Cara Menghilangkan Stretch Mark

 
Rekahan kulit atau dikenali juga sebagai stretch mark merupakan parut kecil yang terjadi dipermukaan kulit akibat dari kesan regangan kulit. Kesan rekahan ini selalunya mencacatkan penampilan dan juga kelicinan kulit kerana ia kadangkala boleh kelihatan dengan jelas. Faktor yang menyebabkan stretchmark antaranya ialah kehamilan dan juga akibat daripada kegemukan dan kenaikan berat badan yang menyebabkan kulit meregang.
 
Kesan rekahan kulit biasanya terjadi dibahagian perut (kebanyakkannya disebabkan oleh kehamilan), di buah dada, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya dibahagian lengan. Walaupun ada yang berjaya menghilangkan kesan regangan kulit, dan ada juga yang berjaya mengurangkan kesan rekahan itu dari terlalu menonjol di permukaan kulit, cara terbaik dan termurah adalah melalui pencegahan dari awal. Juga, menghilangkan tanda regangan atau strectmark ini tidak semudah mencegahnya dari berlaku.
 
1. Sekiranya bercadang untuk mengandung, mulakan dari sekarang dengan cara menyapu losyen dibahagian perut, punggung dan paha. Tujuannya dalah untuk memberi kesan keanjalan dan kelembapan kepada kulit. Ini juga membantu mencegah kulit dari menjadi kering dan merekah akibat dari regangan yang dialami sewaktu didalam tempoh kehamilan nanti.
 
2. Seelok-eloknya gunakan losyen yang mengandungi minyak kelapa atau aloe vera. Juga losyen yang dibuat dari bahan semulajadi dan tidak mengeringkan kulit.
 
3. Waktu terbaik untuk menyapu losyen ialah setiap kali selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat, tegang dan juga untuk awet muda… Ye lah, kalau kulit kita sentiasa lembap dan anjal, pasti lambat berkedut bukan?
 
4. Elakkan pengambilan minuman berkafen dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Sebaliknya, gantikan dengan air mineral bagi membantu melembabkan kulit anda.
 
5. Banyakkan mengambil buah-buahan, minuman yogurt dan susu segar
 
Bagi mereka yang telah bersalin dan mempunyai stretchmark, cuba lakukan begini :
 
1. Setiap kali sebelum menyapu gel pengempis perut atau campuran kapur dan air limau nipis, sapukan dulu losyen di perut. Losyen tersbut bukan sahaja membantu mempercepatkan tanda hitam diperut hilang, ia juga membantu melembabkan kulit.
 
2. Minum air suam atau air panas mengikut kuantiti yang disyorkan iaitu 2 liter sehari. Oh ya… saya tau. Ada diantara kita yang terpaksa bertekak dengan ibu atau ibu mertua yang sangat tegas tentang soal berpantang sehinggakan tidak boleh minum air masak dengan banyak sewaktu didalam pantang bersalin. Namun begitu, perlu saya ingatkan, kesannya agak tidak bagus kerana bukan sahaja boleh mengurangkan pengeluaran susu badan tapi juga menyebabkan kulit anda menjadi kering akibat kekurangan air selain dari masalah sembelit. Saya syorkan mencuba meminum air halia bara sewaktu didalam pantang. Ia bukan sahaja menghilangkan dahaga, tapi juga memanaskan badan dan membantu membanyakkan susu .
 
3. Mengambil supplemen untuk kulit seperti vitamin A, C dan E. Walau apa sekali pun, cara terbaik adalah melalui pencegahan. Nasihat saya pada bakal ibu, cuba luangkan sedikit masa anda untuk menyapu losyen diperut dan bahagian lain badan yang mudah mengalami regangan untuk mengelakkan stretchmark dari berlaku.
Jika terasa gatal diperut, paha, pinggul dan punggung terutama sewaktu didalam tempoh hamil, jangan sekali-kali menggarunya. Sebaliknya ambil losyen dan sapu ditempat yang terasa gatal. Ingatlah… mecegah lebih mudah dari menghilangkannya kerana untuk menghilangkan stretchmark, peratus kejayaannya amat kecil sekali.

Jenis Ikan Larangan Buat Ibu Berpantang

 
Jangan makan ikan masin atau ikan kering keranan makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu Perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bias atau bentan pada pintu rahim.
 
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit sera menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru atau tongkol dan makanan laut seperit udang, sotong, kerang dan lain-lain.
 
 
Ikan yang disyorkan dalam pantang ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
 
 
 


Wednesday, October 22, 2014

19 Tips Untuk Kempiskan Perut Selepas Bersalin

 
Pilihan 1:
 
Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal, titiskan beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin yang lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang
waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas bersalin. 
 
Pilihan 2:
 
Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
Pilihan 3:
 
Ambil sedikit beras dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya. Kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.
 
Pilihan 4:
 
Ambil halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
 
Pilihan 5:
 
Ambil lengkuas padi/helang/ ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.
 
Pilihan 6:
 
Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.
 
Pilihan 7:
 
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.
 
Pilihan 8:
 
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
 
Pilihan 9:
 
Ambil lada hitam lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus, campur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian, bengkung kuat atau ketat.
 
Pilihan 10:
 
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.
 
Pilihan 11: 
 
Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.
 
Pilihan 12:
 
Campurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehinnga nampak perubuhannya.
 
Pilihan 13: 
 
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
 
Pilihan 14: 
 
Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.
 
Pilihan 15: 
 
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Pilihan 16: 
 
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
 
Pilihan 17: 
 
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam - 3 jam kemudiannya. 
 
Pilihan 18: 
 
Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut. 
 
Pilihan 19: 
 
Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.
 

InsyaAllah. Selamat mencuba ;)
 
 
 
 


Monday, October 20, 2014

Manfaat Aktiviti Kraft Kepada Anak-Anak

 
 

Untuk aktiviti hujung minggu, selain ke taman permainan dan shopping complex, apa kata mommy and daddy cuba buat aktiviti kraft dengan anak-anak pula. Mesti mereka seronok!
Nak tahu apa manfaat aktiviti ini pada anak-anak? :)
 

1) Bilateral coordination

 
Aktiviti kraft seperti menggunting, mewarna, menampal, kebanyakkannya memerlukan penggunaan kedua-dua belah tangan. Kemahiran ini penting apabila anak-anak semakin membesar, contohnya untuk menaip, mengikat tali kasut, melakukan kerja-kerja lain .
 

2) Fine motor coordination


 
Aktiviti memotong, menggunting, menampal, melukis ini juga sangat bagus untuk melatih motor halus mereka

3) Self regulation


Aktiviti kraft sangat memerlukan kesabaran dan ketelitian. Malah kadang-kala hasil akhir tidak seperti yang diharapkan. Ini boleh menjadi pengajaran buat anak-anak yang tidak semua yang kita mahu akan berlaku, but it's okay! :)
 

4) Self-esteem booster


Apabila mereka berjaya mencipta sesuatu, mereka pasti merasa bangga dengan hasil kerja mereka. Ini bagus untuk meningkatkan keyakinan diri mereka!

5) Bonding and fun!


Apa yang lebih menyeronokkan selain dapat melakukan aktiviti bersama-sama ibu bapa dan adik beradik? Ia pasti menjadi memori yang berharga buat anak-anak apabila mereka besar nanti :)
 
Selamat beraktiviti ye! ;)
 
Sumber: shaznurstationary.blogspot.com


Saturday, October 18, 2014

Petua Ubati Anak Nakal & Malas

 
Jika anda merasakan anak punya sikap negatif ini maka berikut usaha yang boleh anda lakukan:-

 1. Bangun ketika azan Subuh
 
2. Teruskan berwuduk dan menunaikan solat sunat
 
 3. Selepas itu, bacalah surah al-Fatihah sebanyak 21 kali di hadapan sebotol air minuman yang di buka penutupnya

 4. Berdoalah pada Allah dan mintalah apa yang dihajatkan dengan menyebut nama penuh mereka

 5. Selepas itu, teruskan untuk solat subuh

 6. Sekiranya kehabisan air maka ulangi langkah yang sama cuma bacaan al-Fatihah perlu ditambah sebanyak 41 kali bagi pengulangan kedua dan 70 kali untuk pengulangan ketiga.