Friday, April 3, 2015

Bahaya Penggunaan Baby Carrier / Seat Yang Tidak Sesuai Pada Bayi - Hip Dysplasia

Apa itu Hip Dysplasia:



Menurut Wikipedia:

"Hip Dysplasia is an abnormal formation of the hip socket that, in its more severe form, can eventually cause crippling lameness and painful arthritis of the joints. It is a genetic (polygenic) trait that is affected by environmental factors."


Secara ringkasnya, ianya adalah pembentukan sendi pinggul yang tidak normal dan dalam keadaan yang lebih serius, boleh mengakibatkan arthritis yang amat menyakitkan. Sendi pinggul sepatutnya berada di dalam soket tetapi bagi yang mengalami dysplasia, sendi tersebut tidak betul2 berada di dalam soket. Risiko berlakunya hip dysplasia adalah paling tinggi semasa bayi baru lahir sehingga berumur enam bulan. Selepas enam bulan, tulang dan sendi bayi sudah bertambah kuat dan keras maka risiko hip dysplasia menjadi semakin rendah.



Perbezaan sendi yang normal dan dysplactic serta arthritis

Bahaya Hip Dysplasia



Perlu ditekankan bahawa hip dysplasia ini berlaku semasa bayi dengan keadaan tulang dan sendi yang masih lembut. Ianya bersifat kekal dan akan mengakibatkan arthritis yang teruk apabila bayi itu dewasa kelak. Kedudukan sendi pinggul yang tidak betul akan menyebabkan kesakitan yang teramat apabila bergerak dan berjalan. Ia juga boleh mengakibatkan posture kaki dan peha bayi yang tidak seimbang.

Kaki bayi menjadi tidak setara akibat hip dysplasia


Bagaimana baby carrier (pengendong bayi) mengakibatkan hip dysplasia?



Posisi pinggul yang paling tidak sihat adalah apabila kaki dan peha yang tergantung dan dirapatkan. Posisi yang betul dan selamat ialah bayi harus berada dalam keadaan terkangkang atau "W" di mana lutut harus setara atau lebih tinggi dari punggung. 




Bagaimana mengelak hip dysplasia dari berlaku:



Ibu bapa harus memilih baby carrier dan kerusi yang sesuai untuk bayi bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku kepada anak tersayang. Mahal tidak semestinya selamat bukan, pilihlah baby carrier yang selamat, Paling penting, baby carrier tersebut haruslah menyokong peha dan pinggul bayi. Antara pilihan yang selamat ialah:


  • Mei Tai
  • Soft Structured Carrier (SSC)
  • Wrap
  • Sling (apabila dipakai dengan betul)


Pemilihan car seat yang sesuai juga penting. Kerusi haruslah luas untuk membolehkan kaki bayi berada dalam posisi "frog leg". Jangan beli car set yang sempit dan mengongkong kaki bayi.



Selain itu, cara memakai ring sling juga haruslah betul utuk mengelak hip dysplasia.



Tanda2 berlakunya Hip Dysplasia



 Ibu bapa harus memberikan perhatian kepada tanda2 di bawah atau boleh juga bawa kepada pakar untuk pemeriksaan:



  • “Asymmetry - Punggung yang tidak simetri. Berdasarkan gambar di atas kita boleh lihat garisan punggung bayi dan lipatan yang tidak setara atara kiri dan kanan
  • Hip Click- Anda akan mendengar sendi pinggul bayi yang berbunyi bila bergerak tetapi ini mungkin juga bukan tanda hip dysplasia. 
  • Pergerakan kaki yang terhad - Ibu bapa mungkin sukar mengenakan lampin atau seluar kepada bayi kerana kaki bayi yang sukar dibuka
  • Kesakitan - Kesakitan jarang berlaku semasa bayi yang mengalami hip dysplasia tetapi akan mula dialami semasa remaja dan dewasa.
  • Tempang - Ini biasanya hanya dikesan apabila bayi mula berjalan. Hip dysplasia sebabkan kedudukan pinggul yang tidak sama tinggi dan akibatkan bayi tempang bila berjalan.



Sumber : www.ummitiqah.blogspot.com








Thursday, April 2, 2015

Merangsang Kepintaran Bayi

Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran. Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.
Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).
Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:

1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

2. Bercakap-cakap dengannya. Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. La ma-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.

3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.
Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. Jelirkan lidah. Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.

5. Hasilkan buku binatang. Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.
Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.

6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. Tunjukkan perbezaan. Pegang dua keping gambar beberapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada).
Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8. Berkongsi pandangan. Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mempelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

11. Beri kata kunci. Jika anda berkata; “Ibu nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.

12. Beri kejutan. Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.

13. Sediakan banyak tisu. Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.

14. Baca buku berulang kali. Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta membantunya mempelajari bahasa.

15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

16. Main dengan warna. Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.

17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

18. Jangan lupa rehat. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

Saturday, March 14, 2015

11 Tips Cara Menjaga Luka Bersalin Normal


Bagi yang sudah melalui saat-saat bersalin normal pasti telah merasai sendiri pengalaman menjaga luka episiotomi ketika berpantang. Luka bersalin normal akan cepat sembuh jika penjagaannya betul & ibu-ibu sentiasa menitikberatkan kebersihan diri. Namun, yang pertama kali melalui detik bersalin dan berpantang pasti tertanya-tanya cara untuk menjaga luka bersalin normal (luka episiotomi) agar cepat sembuh tanpa bermasalah.

Penting ibu-ibu menjaga kebersihkan bagi mengelakkan jangkitan di bahagian luka bersalin.

Ibu-ibu boleh mengamalkan tips ini :-

1. Pad ais

Sebaik saja melahirkan, letakkan pad ais pada luka. Ia bukan saja menggalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letakkan pada luka 10 min, 3-4jam sekali.

2. Pastikan kawasan perineum bersih

Darah nifas & air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh menggunakan air biasa atau lebih baik lagi menggunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan ke belakang untuk mengelakkan cemaran najis. Semasa kencing, cuba duduk secara mencangkung (squat) & siram air suam semasa kencing.

3. Pastikan ia kering

Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3jam sekali & biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh menggunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali-sekala.

4. Jangan duduk atau berbaring terlalu lama

Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

5. Semasa buang air besar

Tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk emngurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit & mengelakkan jahitan terbuka. 

6. Dapatkan pil penahan sakit sekiranya sakit

Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.

7. Elak dari sembelit

Pastikan minum air secukupnya untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakkan sekiranya luka anda teruk.

8. Sitz bath

Amalkan sitz bath dengan merendam punggung anda dalam besen berisi air garam. Ia mengurangkan sakit & membersih luka sehingga vagina.

9. Senaman pelvic floor

Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan menggalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

10. Pastikan tiada jangkitan kuman

Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan & pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

11. Jangan percaya pada mitos

Minum seperti minum air banyak boleh menyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3hari bersalin badan secara semulajadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil & ini akan membuatkan badan kekurangan air secara mendadak, mejurus kepada masalah sembelit & kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh & masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.


Selamat berpantang! ;)


Sumber : www.portal.alamhamil.com


Friday, March 13, 2015

Teknik Perahan Susu Menggunakan Tangan


Saya ingin mengajar Teknik Memerah Susu menggunakan tangan

Jujurnya saya hanya tau teknik ini semasa di dalam kelas
Sebelum ini sumpah saya tak pandai perah guna tangan

Kan dalam entri sebelum ni saya kata nak buat model payudara shanteks2 kan
Sudahnya saya hanya gunakan model yang lama dan tambah rantai kunci
Supaya model payudara ini boleh jadi keychain..hihihi


Mengapa perlu memerah menggunakan tangan?


1. Mungkin ibu tak sangka akan berjauhan dengan bayi selepas melahirkan kerana sebarang kes kecemasan

2. Ibu belum membeli pam

3. Breast terasa penuh dan bengkak

4. Ingin menambahkan production susu (Perah 3 jam sekali)

5. Pam yang dibeli ibu tidak sesuai dan menyakitkan payudara ibu

6. Ibu ingin menyapu sedikit susu pada nipple bagi kes nipple crack

7. Ibu terlupa bawa pam atau aksesori ke ofis (Tiada alasan tidak mengepam lagi ye..hihi)

Cara-caranya :

STEP 1 : Letakkan jari anda dalam bentuk C di bahagian luar aerola
Hati hati daripada terlalu rapat dengan nipple
Bagi ibu yang mempunyai aerola yang agak besar,
Agak agak letakkan jari anda di mana mulut bayi anda berada setiap kali menghisap susu

STEP 2 : Tekan inwards ke dalam bahagian tulang dada anda


STEP 3 : Picit ke bahagian dalam nipple
Buat 5 ke 10 kali perahan 


STEP 4 : Dan buat pusingan membulat sekeliling luar aerola anda


Masa diambil 15 ke 20 minit sebelah breast
Dimana sehingga breast rasa kosong

Nota : Anda tidak perlu menumbuk2 breast, mahupun memicit mana mana bahagian lain breast kerana dibimbangi akan mencederakan tisu payudara dan menyebabkan blocked duct. 


Tangan anda mengampu payudara dan bukannya ‘memicit’ payudara kerana konsepnya mudah

Dimana bahagian yang terlibat dan dihisap bayi semasa feeding time
Disitulah bahagian yang perlu dipicit bagi mengeluarkan susu


Selamat mencuba! ;)



Sumber : www.lunafamily.my








Monday, February 16, 2015

Aktiviti Main Pasir Untuk Rangsang Minda Anak

Bagaimana aktiviti main pasir bantu perkembangan anak


1. Meransang motor halus

aktiviti bagus untuk anak
Menggengam, menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir  membantu membina otot kasar dan otot halus. Anak- anak boleh berlari, melompat, berguling, menggali. Dan jika di pantai pula anak-anak boleh belajar berjalan di pasir yang kering ataupun basah.

2. Menjadikan deria lebih peka

Pasir adalah bahan deria yang sempurna untuk kanak-kanak yang suka kepada sentuhan. Kanak-kanak mahu menyentuh segala-galanya dan sentiasa mencari input sentuhan.  Dengan pasir anak- anak akan menyentuh, memerah, dan bermain dengan gembiranya.

3. Menulis dan melukis

Sebelum kanak-kanak cukup bersedia menggunakan pensil untuk belajar menulis, mereka perlu diberi peluang untuk mengamalkan kemahiran melukis dan pra-penulisan mereka dalam bahan pelbagai deria. Bermain pasir adalah jawapannya.
Kanak-kanak boleh menggunakan jari atau alat-alat kecil untuk menulis dan melukis. Ini boleh memberikan mereka beberapa input deria tambahan dan membantu mereka mengamalkan genggaman pensil mereka tanpa menggunakan pensil.

4. Pemikiran kreatif

pasir ajaib
Pasir boleh dimain dengan pelbagai cara dan gaya. Caranya tidak terhad seperti bermain bola yang hanya menyepak dan baling. Apabila bermain pasir, anak terdedah dengan cara bermain yang tidak terhad dan disini penjanaan idea kreatif itu berlaku. Setelah adanya idea, ada pula perlaksanaan bagaimana nak jadikan idea itu berlaku.
Di sini lah kenapa terapi pasir sangat bagus untuk kanak- kanak  autisme. Dengan memberikan kanak-kanak itu sebesen pasir bersama-sama dengan beberapa alat, bahan-bahan untuk acuan atau bangunan, anda memberikan anak bahawa peluang untuk menjana idea kreatif.

5. Aktiviti ceria

Bermain pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan anak. Boleh main macam-macam permainan dengan pasir ni. Acuan yang ada boleh bina kreativiti anak seperti bina highway/trek untuk kereta mainan, buat bangunan, buat tempat tinggal binatang – binatang.
Kesan : anak2 dapat mengenali/merasai ciri-ciri pasir, bina konsep fahami isipadu dan dapat belajar untuk handle alatan yg digunakan (fine motor).

6.  Dari segi perkembangan bahasa dan juga sosial

Tanam mainan dalam pasir dapat bina kefahaman walaupun kita tak nampak objek tersebut, namun sebenarnya objek itu ada di situ. Ia juga membantu dalam memisahkan anak- anak dengan ibu bapa dalam tempoh tertentu dengan rasa selamat masih ada dalam diri anak2. Contoh tanam dinasour: anak- anak boleh berangan menjadi arkeologist.

Sumber : www.ibudoakan.com

Friday, February 13, 2015

Milk Booster Semulajadi


Setiap ibu menyusu pasti mahukan penyusuan sehingga 2 tahun atau paling kurang penyusuan eksklusif selama 6 bulan namun masalah biasa yang berlaku ialah susu mereka tiada atau susu tidak cukup.
Tahukan anda bahawa, tiada istilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita sendiri masih tidak cukup ilmu mengenai penyusuan. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk menjayakan penyusuan ini.
Selain daripada suplemen menyusu yang sedia ada di pasaran, ada juga makanan alami yang boleh menjadi milk booster ibu menyusu. Pemakanan ysng sihat ini boleh membantu ibu mendapatkan susu yang melimpah ruah dan berkhasiat.




1. Kurma

Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu.

2. Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed

Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

3. Lobak putih

Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

4. Kacang soya

Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu.

5. Buah longan kering

Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

6. Pucuk betik/Betik muda

Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

7. Halba/Fenugreek

Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

8. Jantung pisang

Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

9. Daun cekur manis/pucuk manis

Boleh dimasukkan dalam sajian masak lemak atau tumis air.

10. Minum banyak air

Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah  meminum air kosong dengan banyak supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

11. Pemakanan seimbang

Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.
Tanamkan dalam diri dan minda, susu saya cukup untuk anak syurga saya. Pastikan diri berada dalam keadaan sihat, bertenaga selalu dan tiada tekanan. Sentiasalah berfikiran positif.
Jika anda bekerja selalulah mengepam susu untuk anak. Semakin anda kuat mengepam, semakin banyak susu akan keluar bertepatan dengan konsep demand and supply.
Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.
Selamat menjayakan penyusuan!

Sumber : www.ibudoakan.com

Thursday, February 12, 2015

Mengapa Bakal Ibu Overdue


Overdue atau bahasa ringkasnya terlebih tarikh jangkaan bersalin mungkin berlaku kepada sesiapa sahaja yang bakal bergelar ibu.

Sebenarnya apa sebab seseorang bakal ibu itu bersalin lebih daripada tarikh yang dijangkakan oleh doktor? Antara faktor yang menyebabkan seseorang itu overdue adalah:

*Sejarah keluarga

Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang. Jika ibu dan nenek anda pernah overdue, lebih daripada dua minggu tanpa ada apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diindius bagi membolehkan anda memulakan proses kelahiran.

*Saiz kepala

Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan tubuh anda tidak menghasilkan hormon oksitosin yang dapat memulakan kelahiran.

*Tiada kontraksi

Ada kalanya kehamilan anda boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim tidak mengecut seperti yang sepatutnya. Oleh kerana itulah, proses kelahiran tidak dapat dimulakan.

Biasanya apabila overdue, ibu perlu menjalani proses indius. Apakah indius?

Indius dilakukan kerana kebanyakan doktor khiatir dengan risiko kematian bayi yang tidak dijangka ketika dia masih berada dalam kandungan. Walau bagaimanapun kadarnya sangat kecil. Atas sebab inilah doktor mengambil keputusan indius kebanyakan wanita yang terlebih hari bersalin bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk.

Sumber : www.pama.karangkraf.com

Wednesday, February 11, 2015

Waktu Makan Yang Tepat


Apabila mencapai umur 2 tahun, anak anda boleh makan di meja dan mengambil makanan yang sama seperti ahli keluarga lain. Tetapi pastikan dia makan mengikut waktu dan berikan hidangan tambahan jika dia berasa lapar. Makan mengikut waktu dan apa yang anda sediakan untuk setiap hidangan amat penting.

Sarapan pagi

  • Ia adalah hidangan permulaan hari dan memberikan tenaga yang diperlukan si kecil.
  • Kanak-kanak yang makan sarapan pagi lebih cerdas, cergas dan mempunyai daya ingatan yang lebih baik.
Cadangan hidangan:
  • Bijirin sarapan pagi
  • Telur hancur bersama roti bakar
  • Apam kukus / balik
  • Pau kacang / daging
  • Nasi goreng dengan telur
  • Thosai dengan telur
*Nota: sentiasa berikan susu atau minuman bermalt yang berkhasiat kepada anak anda sebagai sarapan pagi.

Makan tengah hari / Makan malam

  • Hidangan-hidangan ini menambahkan tenaga dan nutrien serta membantu anak anda mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Cadangan hidangan:
  • Nasi goreng
  • Pai ayam
  • Makaroni dengan keju
  • Mi sup dengan ayam tanpa lemak serta sayur-sayuran
  • Sandwic daging dan sayur-sayuran

Hidangan mesra kanak-kanak

  • Kurma ayam
  • Ikan masak pindang
  • Nasi ayam dengan salad
  • Bebola ikan digoreng ringkas dengan sayur-sayuran.
  • Tofu / kentang masak masam manis

Sumber : www.pama.karangkraf.com