Thursday, February 12, 2015

Mengapa Bakal Ibu Overdue


Overdue atau bahasa ringkasnya terlebih tarikh jangkaan bersalin mungkin berlaku kepada sesiapa sahaja yang bakal bergelar ibu.

Sebenarnya apa sebab seseorang bakal ibu itu bersalin lebih daripada tarikh yang dijangkakan oleh doktor? Antara faktor yang menyebabkan seseorang itu overdue adalah:

*Sejarah keluarga

Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang. Jika ibu dan nenek anda pernah overdue, lebih daripada dua minggu tanpa ada apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diindius bagi membolehkan anda memulakan proses kelahiran.

*Saiz kepala

Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan tubuh anda tidak menghasilkan hormon oksitosin yang dapat memulakan kelahiran.

*Tiada kontraksi

Ada kalanya kehamilan anda boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim tidak mengecut seperti yang sepatutnya. Oleh kerana itulah, proses kelahiran tidak dapat dimulakan.

Biasanya apabila overdue, ibu perlu menjalani proses indius. Apakah indius?

Indius dilakukan kerana kebanyakan doktor khiatir dengan risiko kematian bayi yang tidak dijangka ketika dia masih berada dalam kandungan. Walau bagaimanapun kadarnya sangat kecil. Atas sebab inilah doktor mengambil keputusan indius kebanyakan wanita yang terlebih hari bersalin bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk.

Sumber : www.pama.karangkraf.com

No comments:

Post a Comment