Hari ini saya nak kongsikan cara sendawakan bayi selepas
menyusu. Tak kisahlah sama ada bayi anda menyusu badan ataupun susu formula,
semua bayi perlu disendawakan selepas menyusu untuk mengelakkan bayi tersedak
susu.
Jadi ibu-ibu di luar sana, terutamanya ibu-ibu yang baru
melahirkan atau bakal menjadi ibu perlu mempelajari dan mengetahui apakah cara
untuk menyendawakan bayi anda nanti ya.
Sendawakan bayi selepas menyusu Nampak macam perkara biasa
dan sering dipandang ringan oleh segelintir daripada kita padahal sekarang ini
dah banyak sangat kes-kes tersedak susu sehingga menyebabkan kematian (bayi
lemas tak boleh bernafas sebab tersedak susu).
Biasanya terdapat 3 cara asas yang diamalkan oleh kebanyakan
orang atau ibubapa. Korang boleh terus rujuk pada gambar kat atas dan baca
penerangan untuk setiap cara tersebut kat bawah ni.
3 Petua atau Cara Sendawakan Bayi
Cara Pertama:
1.
Letakkan bayi di atas riba.
2.
Pegang dada bayi menggunakan tanga anda.
3.
Pegangkan dagu bayi menggunakan ibu jari dan jari
telunjuk.
4.
Pegang kaki bayi dengan lembut jika perlu.
Cara kedua:
1.
Tiarap bayi di atas riba.
2.
Biarkan perut bayi di atas peha anda.
3.
Tinggikan kepala bayi lebih dari badannya biar
seketika sampai sendawa.
Cara ketiga:
1.
Letakkan dagu bayi di bahu anda.
2.
Tepuk belakang bayi perlahan-lahan sampai
mengeluarkan sendawa.
Sumber: www.mamapeduli.info
No comments:
Post a Comment