Air Ketuban Pecah Ketika Mengandung - Apakah Ia?
Pemecahan pundi amnion diikuti dengan terpancutnya air. Memberi isyarat bahawa bayi anda bersedia untuk dilahirkan.
Air Ketuban Pecah Ketika Mengandung - Apakah Puncanya?
Air Ketuban Pecah Ketika Mengandung - Apakah Puncanya?
Tiada siapa yang tahu dengan pasti apakah yang meransang kimia tubuh untuk memulakan reaksi ini, tetapi pakar-pakar menyatakan kepada beberapa sebab yang rumit termasuk isyarat otak daripada janin.(Sedia atau tidak, saya datang mak!)
Apa yang perlu anda tahu?
Jangan terlalu bimbang jika anda mengalami air ketuban pecah ketika anda berada dalam masa melahirkan. Hanya sebilangan kecil mengalami ketuban pecah sebelum mereka berada dalam bilik bersalin. Jika air ketuban anda tidak pecah semasa berada di khlayak ramai, ia mungkin tidak datang sebagai "banjir memalukan" tetapi meleleh perlahan, cecair yang tidak berwarna atau berbau (jika cecair berwarna kekuningan dan berbau ammonia ia mungkin air kencing). Telefon doktor anda atau segera ke hospital tetapi harus diingat proses bersalin tidak akan berlaku serta-merta dan ia mungkin bermula selama 12 hingga 24 jam (anda tidak akan kehabisan cecair amnion dalam masa yang sama - badan anda terus menghasilkannya sehingga saat kelahiran). Dan jika kontaksi anda tidak bermula dengan sendirinya dalam masa 24 jam, doktor anda mungkin akan mendorong anda untuk memulakan proses bersalin.
Apa yang anda boleh lakukan tentangnya?
- Doktor anda mungkin telah memberi anda satu set arahan untuk anda ikuti apabila air ketuban anda pecah. Patuhinya. Jika anda tidak ingat arahan, atau ada keraguan tentangnya, telefon doktor tidak kira siang atau malam.
- Jika anda diarahkan untuk menunggu pengecutan dalam tempoh 12 jam akan datang atau lebih anda perlu menjaga diri dan bayi anda daripada jangkitan kerana perlindungan telah pecah. Gunakan pad maxi, bukannya tampons, untuk mengekalkan cecair amnion daripada membasahi pakaian anda, dan jaga kawasan faraj anda supaya sentiasa bersih. Apabila anda ke bilik air, berhati-hati terutamanya ketika mengelap dari depan ke belakang.
- Panggil doktor anda dengan segera jika cecair yang keluar kelihatan hijau atau coklat yang mungkin bermakna bayi anda ada "bowel movement" dalam rahim.
- Pundi omnion jarang pecah sebelum 37 minggu kehamilan anda, tapi panggil segera doktor anda jika anda fikir anda mengalaminya.
- Jika anda sesuatu dalam faraj anda, atau melihat mana-mana bahagian tali pusat pada pembukaan faraj, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Sumber: kesihatanibumengandung.blogspot.com
No comments:
Post a Comment