Hari ini mari kita berbincang mengenai pendidikan seks untuk
anak-anak. Bagaimana cara menangani anak-anak yang bercakap mengenai the bird and the bees mereka.
Saya selalu dihujani dengan soalan-soalan berkaitan topik ini.
Anak Kecil
Ada ibu bapa yang bimbang bila mendapati anak kecil mereka
yang masih berusia tiga ke lima tahun bercerita mengenai bahagian sulit mereka,
dan mungkin berada di dalam bilik seorang diri, mereka cuba melihat badan
sendiri.
Jangan sesekali anda tersalah sangka merasakan anak anda
suka seks atau terkejut dengan perlakuan anak anda. Pada usia tiga tahun dank e
atas, seorang anak kecil mua berinat untuk mengetahui mengenai bentuk badan
mereka dengan lebih mendalam. Mereka akan bertanya banyak soalan yang berkait
dengan kegunaan setiap bahagian badan.
Mereka juga akan mula ertanya mengapa dirinya tidak sama
dengan ibu atau ayah atau adik-adiknya. Gunakanlan masa ini untuk menerangkan
seikhlas dan semudah yang boleh sambal memasukkan nilai-nilai yang positif.
Jangan sesekali menakut-nakutkan anak-anak anda.
Selepas usia ini, mungkin dia tidak lagi berminat untuk
bertanya buat seketika. Namun, bila anak anda sudah hamper baligh, bagi anak perempuan
dalam usia Sembilan ke 15 tahun, dia akan bertanya kembali mengenai pendidikan
seks ini. Mungkin kerana sudah besar dan sudah tahu malu, anak anda akan
melakukannya cara sembunyi-sembunyi.
Anak Remaja
Tenangkan hati anda jika terjumpa buku atau laman seb yang
anak anda lihat menunjukkan dia berminat dengan topik ini.
Apa yang patut anda buat bila anak remaja atau hamper remaja
anda mendekati topik ini menerusi laman web atau majalah-majalah?
Pertama, anda perlu tahu ini adalah naluri seorang individu
yang menjangkau umur baligh atau menjadi dewasa pastinya mempunyai perasaan
sukakan jantina lain. Perasaan ini memang akan wujud pada usia ini.
Ini adalah mekanisme yang Allah letakkan dalam manusia untuk
kemandirian manusia. Tidak ada salahnya perasaan itu, apa yang salah ialah apa
yang dia lakukan dengan perasaan itu.
Jika anda ternampak anak anda telah melihat majalah atau
membuat lukisan yang berkaitan dengan isu seks ini, maka jangan terus panic dan
menuduh anak anda dengan nama-nama yang tidak baik. Dekati anak anda.
Mungkin pengalaman saya boleh membantu anda semua yang
berhadapan dengan perkara ini.
Pernah suatu hari saya mendapati anak saya sedang melihat
gambar yang tidak baik. Nampak muka dia pucat bila saya terjumpa dirinya dalam
keadaan itu. Saya terus duduk di sebelahnya dan bertanya apa yang dia sedang
lihat.
Denagn malu-malu anak saya memberitahu apa yang dia lihat
dan baca. Sya terus pegang tangannya dan ucap tahniah kepadanya kerana dia
sudah ada perasaan kematangan diri.
Saya memberitahunya bahawa perasaan itu sememangnya akan
wujud bila sampai masanya. Oleh itu, saya memberitahunya bagaimana dia boleh
menangani perasaan itu dan apa yang dia boleh buat untuk mengatasi keinginan
untuk melepaskan perasaan itu dengan cara yang baik. Saya juga memberitahu
kesan buruk akibat melihat gambar sebegitu.
Saya tutup perkongsian dengannya lalu mencium pipinya dan
mengatakan, yang dia sekarang sedang menjadi seorang yang dewasa dan seharusnya
dia perlu mendekati Allah dan sekiranya ada apa-apa yang perlu ditanyakan, dia
perlu bertanya dengan saya untuk mendapatkan penjelasan yang baik. Dan sesekali
saya tidak akan merendah-rendahkan dirinya.
Sebenarnya, apabila anak-anak sudah sampai ke usia ini, biar
dia rapat dengan kita dan bertanya dengan kita soalan-soalan yang perlu jawapan
yang baik.
Jangan kita marah dan menyebabkan dia bertanya dengan
kawan-kawan yang sama-sama tak tah dan yang menakutkan, akan mengajak pula naka
kita untuk sama-sama mengetahuinya dengan cara melakukannya.
Yang penting, jangan memberi penjelasan kepada anak-anak
kita bahawa seks itu kotor. Seks bukan kotor malah ia adalah ibadah bila
dilakukan melalui lunas yang diredhai Allah.
Apabila kita memarahi anak-anak remaja dengan melihat atau
membaca sesuatu yang sepertinya hanya akan menyebabkan anda hilang peluang
untuk memberi panduan kepada mereka mengenai perkara yang sangat penting ini.
Topis pendidikan seks untuk anak-anak ini perlu ditangani
dengan bijak.
No comments:
Post a Comment