Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana
sayang dan untuk mendidik…
1.
Kita adalah orang matang, anak kita masih tak
matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
2.
Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah
orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
3.
Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak
tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita
faham dan selari dengan pandangan kita?
4.
Masih ingat teori ini?
·
Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu
berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelahan?
·
Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling
menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan,
atau di telefon?
Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu,
mereka memerlukan suara/nada yang kuat utuk berhubung. Masalahnya, makin
dijerit, makin berjauhan.
Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi
tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat.
Makin dibisik, makin terasa sayang.
Itulah keajaiban ciptaan Allah pada system badan manusia.
Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita,
perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?
Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, Tanya pula
diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka
berjauhan dengan kita?
Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham
dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?
Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah
anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan
tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.
Sumber: www.mamapeduli.info.com
No comments:
Post a Comment