Soalan:
Saya ada terbaca mengenai nipple confusion atau kekeliruan puting. Kebanyakan kawan-kawan mengatakan masalah ini timbul selepas ibu kembali bekerja. Soalan saya ialah:
a)Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kekeliruan puting payudara dan puting botol susu?
b)Apakah kesan kekeliruan ini terhadap psikologi, perkembangan dan pertumbuhan bayi?
Sekiranya ibu sudah mula memerah susu ibu, bila masa atau pada usia yang terbaik untuk mulai memperkenalkan penggunaan botol susu supaya bayi tidak mengalami masalah kekeliruan dan ibu tidak mengalami masalah untuk meninggalkan bayi apabila mula bekerja nanti.
Jawapan:
Nipple confusion iaitu kekeliruan puting ialah masalah yang sering dihadapi oleh bayi-bayi yang menyusu susu badan. Masalah kekeliruan puting bermaksud bayi tidak dapat menyesuaikan diri dengan puting lain selain dari puting yang biasa digunakan sama ada puting payu dara atau puting tiruan. Misalnya, jika bayi disusukan sepenuhnya dengan susu badan, maka bayi akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan puting tiruan.
Ada juga sesetengah bayi yang apabila disusukan dengan menggunakan botol menerusi puting tiruan tidak pandai untuk menghisap secara terus dari badan ibunya. Masalah kekeliruan puting ini tidak menimbulkan sebarang masalah dari segi psikologi dan tumbesarannya. Dalam keadaan ini sesetengah bayi terutamanya yang hanya mahu penyusuan terus susu badan dari ibunya akan mengalami penurunan berat badan mungkin kerana mereka kurang minum jika diberikan menerusi botol. Sebulan sebelum mula bekerja, ibu-ibu disarankan untuk mengajar si manja menyusu menggunakan botol. Ini untuk persediaan untuk memudahkan pekerjaan dan boleh mengelakkan masalah kekeliruan puting.
Sumber: www.pama.karangkraf.com
No comments:
Post a Comment