Memilih mainan untuk bayi sebenarnya antara faktor yang boleh membantu perkembangan mereka, jika ia dilakukan dengan betul. Bagi bayi, mainan bukanlah sekadar satu bentuk hiburan sahaja.
Seawal usia 1 tahun, mainan mendorong perkembangan dan pembelajaran bayi untuk mengenal dunia. Jadi, mainan yang sesuai dengan umur bayi dan mampu merangsang fungsi kognitif, fizikal dan perkembangan sosial bayi adalah jauh lebih baik daripada mainan yang sekadar memberikan hiburan.
6 Bulan Pertama
✔ Rattles (Mainan kerincing)
✔ Rantai dan gegelang plastik
✔ Plush toys yang berbunyi atau mempunyai bahagian bertekstur
✔Bola, bongkah dan mainan bertekstur
✔ Teething rings (Gegelang gigit) dan Teething toys (Mainan pertumbuhan gigi)
✔ Cermin yang tidak pecah dan buku kain
6 hingga 12 Bulan
✔ Alat muzik asas
✔ Susunan bentuk
✔ Pop up toys
✔ Bongkah lembut
✔ Mainan tarik
✔ Mainan tekan yang mengeluarkan bunyi
✔ Telefon tangan plastik
✔ Mainan ‘timbunan’ seperti nesting cups dan stacking toys
Tummy time itu penting
Pada 6 bulan pertama kelahiran bayi anda, mainan terbaik adalah yang merangsang perkembangan deria rasa dan pergerakan mereka. Bayi lebih tertarik kepada mainan yang berwarna hitam dan putih atau yang berwarna cerah dan garang. Mainan yang bertekstur pula sesuai apabila bayi anda mula mencapai dan memasukkan barang ke mulut mereka.
Antara pilihan mainan terbaik untuk bayi 6 bulan ke bawah:
Pada usia ini, mainan yang merangsang kordinasi sebab dan akibat, dan juga kordinasi tangan dan mata adalah pilihan yang terbaik. Apa saja yang mempunyai butang, menghasilkan bunyi, boleh dijatuhkan, disusun, dibuka atau ditutup akan menarik minat anak anda. Antaranya:
Semasa bermain dengan bayi anda, adalah sangat penting untuk anda luangkan masa juga untuktummy time. Bayi perlu juga meluangkan masa dengan meniarap bagi menggalakkan perkembangan otot dan untuk mengelakkan bahagian kepala mereka menjadi rata.
Semasa memilih mainan untuk bayi anda, adalah penting untuk diingati bahawa mainan yang elok adalah yang melibatkan interaksi dengan anak anda; bukan mainan untuk ditonton semata-mata. Lebih banyak mainan itu bergerak sendiri, lebih kurang interaksi bayi anda dengan mainan tersebut.
Semasa usia 1 tahun ini bayi anda akan belajar pelbagai kemahiran baru. Bermain dengan mainan yang sesuai dengan usia mereka akan membantu mereka memupuk kemahiran tersebut dan seterusnya membantu anak anda membesar dengan baik.
Sumber: keluargabaru.com
Untuk tempahan mainan:
No comments:
Post a Comment