Meneran? Pasti yang terbayang di benak ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasai cara meneran yang baik dan betul.
Waktu Mula Meneran
Waktu Mula Meneran
Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10 cm) iaitu ketika kepala janin sudah pun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.
Posisi Meneran Yang Tepat
Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka. Kedua tangan memeluk peha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada di sebelah kiri ataupun kanan.
Cara Meneran
Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta para ibu untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.
Bagaimanapun, ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.
Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran 'di leher' dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.
Teknik & Cara Meneran Semasa Bersalin
1. Angkat kepala, dagu cecah dada.
2. Mata pandang perut.
3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali).
4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat.
5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.
6. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran seperti mahu membuang air besar. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas. Kemudian sambung teran, tiap kontraksi cuba 3 kali. Semasa kontraksi anda teran kerana waktu tu baby pun gerak sama jadi jangan buang masa..ada kontraksi terus teran seperti teknik di atas, jika sekiranya tiada kontraksi relaks...
7. Baca Bismillah, selawat.
8. Tips Tambahan: Kongsi tips ni dengan suami supaya dapat mengingatkan anda.
** Apa yang paling penting, hari-hari sebelum bersalin tu kena banyak berjalan kaki..itu senaman dan terbukti berkesan supaya senang melahirkan baby nanti. Kurang bergerak semasa mengandung menyukarkan proses bersalin.
No comments:
Post a Comment