Tahukah anda perut bayi yang baru lahir hanya sebesar sebiji
guli? Jadi, kolestrum yang dihasilkan ibu melalui susu awal ibu adalah sangat
mencukupi walaupun kolestrum dihasilkan sedikit kerana menurut pakar laktasi
bertauliah, Puan Rita Rahayu, saiz perut si kecil hanya 5-7ml kapasitinya.
Sedangkan kolestrum ibu yang terhasil ialah antara 20-30ml. Bukankah ianya
lebih dari mencukupi? Ini juga menjelaskan mengapa bayi yang diberi susu
formula biasanya akan muntah dengan bayak kadangkala ada yang keluar melalui
hidung.
Selepas tiga hari, perut bayi akan membesar sedikit. Apabila
bayi masuk hari ke-3, besar perut bayi adalah sebesar bola ping pong sahaja
iaitu 45-60ml kapasiti dan pada ketika ini biasanya susu matang ibu sudah mula
terhasil. Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi baru lahir seharusnya tidak
timbul. Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yang diperlukan oleh
bayinya. Kuantiti susu ibu yang diminum oleh anak secara terus tidak semestinya
sama dengan kuantiti susu yang diperah.
Pada hari ke-10, saiz perut bayi sudah sebesar SEBIJI TEUR
AYAM dan ia mampu untuk terus mengembang. Pada masa ini, perut bayi dapat
menampung sebanyak 60-80ml susu pada satu-satu masa.
Tahukah anda bayi menangis bukan hanya kerana lapar? Banyak
sebab lain yang menyebabkab bayi menangis. Antaranya mungkin sebab persekitaran
yang panas atau terlalu sejuk, kembung perut, tidak selesa dengan sesuatu
keadaa, almpin basah dan anda perlu menukarnya.
** Jika sewaktu dalam pantang bayi anda sering menangis dan
selalu nak ‘mengempeng’, peluklah mereka. Belailah mereka. Mereka menangis
bukan semata-mata kerana lapar. Mereka inginkan perhatian anda. Jika berada di
payudara anda, mereka mendengar degupan jantung anda yang selama ini menjadi
peneman setia hidupnya di dalam Rahim anda. Mereka akan berasa tenang. Susukan
bayi anda sepenuhnya dengan susu in. InsyaAllah cukup untuk anak anda.
Untuk tempahan breast milk storage bottles/bags:
Whatsapp/SMS 012-7095517
No comments:
Post a Comment