Friday, June 27, 2014

Bahaya Botol SUSU BPA


Apakah BPA?

  • BPA bermaksud Bisphenol A, bahan yang dimasukkan ke dalam semua produk polycarbonate (plastic), seperti botol susu bayi, cawan sippy, mainan bayi dan lain-lain.
  • BPA juga boleh didapati dalam lapisan beberapa tin susu formula bayi. Ia adalah bahan kimia yang popular kerana ia tahan lama dan tahan haba.

Adakah botol susu BPA membahayakan anak anda?

  • Kajian menunjukkan pendedahan jangka panjang botol susu bayi polycarbonate yang mengandungi biphenol-A (BPA) mungkin boleh menjejaskan kesiahatan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak. Ibu bapa sering memanaskan botol pada suhu yang tinggi atau gelombang mikro untuk membasmi kuman. Akan tetapi, bayi anda boleh menelan kuantiti kecil BPA yang dikeluarkan oleh botol polycarbonate jika botol telah dipanaskan pada suhu yang tinggi.
  •  Sesetengah kajian menunjukkan bahawa BPA adalah selamat dalm dos yang disyorkan. Akan tetapi, kebanyakan kajian menunjukkan bahawa BPA meningkatkan risiko kesihatan yang negative kepada manusia walaupun dos yang rendah.

 Bagaimanakah botol susu BPA boleh menjejaskan anak anda?

  • Kajian menunjukkan BPA adalah bahan gangguan hormone yang meniru hormone estrogen. Bahan kimia ini mendorong “palsu” estrogen menjejaskan badan bayi anda dai segi keseimbangan hormone yang diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat. Pendedahan kepada BPA yang tinggi boleh dikaitkan dengan perkembangan system pembiakan bayi lelaki dan permulaan awal baligh bagi bayi perempuan. BPA boleh meningkatkan risiko kanser payudara, ovary atau kanser prostate pada lewat usia. BPA boleh menjadi factor risiko untuk gangguan hiperaktif (ADHD) dan boleh menjejaskan aktiviti kimia otak, walaupun dalam dos yang rendah. Disebabkan berat badan yang rendah, system organ yang tidak matang dan kadar metabolic yang tinggi, kanak-kanak dan bayi lebih senang terjejas kepada kesan negative BPA.

  Bagaimanakah botol susu BPA boleh menjejaskan bayi dalam kandungan?

  • Beberapa kajian menunjukkan pendedahan BPA boleh memberi kesan negative pada system saraf janin. Janin akan terdedah kepada BPA dimana ibu hamil memanaskan makanan dalam bekas polycarbonate atau minuman dari botol air yang dibuat dengan BPA. BPA juga telah dikaitkan boleh meneingkatkan risiko keguguran.

 Apakah langkah-langkah penggunaan dan pemilihan botol susu?

  • Anda dinasihati memilih botol kaca. Kaca tidak mengandungi mana-mana plastic. Jadi ia tidak mempunyai apa-apa bahan kimia yang kontroversi.
  • Menggunakan jag berisi air panas atau pemanas susu botol yang khas untuk memanaskan botol polycarbonate anda.
  • Memilih botol susu BPA FREE walaupun harganya adalah lebih mahal berbanding botol susu mengandungi BPA.
  • Memilih botol susu plastic yang boleh dikitar semula. Kebanyakan produk polycarbonate tidak dikitar semula. Jika botol susu plastic boleh dikitar semula, ia dianggap plastic “selamat”. Terdapat logo kitar semula yang boleh dikesan di bahagian bawah botol, mempunyai segi tiga yang diperbuat daripada tiga anak panah.
  • Perhatikan nombor kitar semula. Elakkan membeli botol susu plastic bertanda “7” atau “PC”, yang mungkin masih mengandungi BPA. Anda harus membeli botol susu bayi yang mempunyai nombor 1, 2, 4 atau 5 di dalam segitiga di bahagian bawah botol yang dikatakan lebih selamat.


Untuk tempahan botol susu BPA FREE:

Whatsapp/SMS 012-7095517


·          



No comments:

Post a Comment