Pemakanan
yang betul sangat penting untuk memastikan perkembangan janin di dalam
kandungan. Janin di dalam kandungan bergantung sepenuhnya kepada ibu mereka
untuk bekalan makanan berkhasiat.
Wanita
hamil digalakkan tidak mengikut perasaan makan tanpa memikirkan kebaikan atau
keburukan jenis makanan yang diambil. Penting untuk memastikan makanan yang
diambil memenuhi semua keperluan tenaga, protein, vitamin dan garam mineral.
Digalakkan
bagi wanita hamil makan makanan semulajadi dengan tahap minimum jika ia sudah
diproses. Hal ini untuk memastikan tiada bahan sintetik yang berlebihan di
dalam tubuh yang mengakibatkan kelemahan sistem tubuh seterusnya tidak dapat
berjalan dengan baik.
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah
saw, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.
Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung dari Segi Perubatan,
Fiqhiyah dan Perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong
mencengkam Rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat Rahim pada
bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.
Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ Rahim serta
berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Manakala hasil kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain,
Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan
bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal
badan, lesu dan barah usu besar. Selain itu, membantu merangsangkan selera
makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,
kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut. Ini adalah antara kajian
sains yang telah dibuat berdasarkan perincian kelebihan buah kurma tersebut.
Sekiranya terpaksa keluar makan dan makanannya meragukan,
ambil sesudu kecil madu asli (tidak guna sudu besi) sebelum keluar rumah atau
dalam 15 minit sebelum makan makanan tersebut. Kalau keadaan yang terpaksa,
mintalah perlindungan Allah swt kerana Allahlah yang paling mengetahui keadaan
kita dan dalam keadaan terpaksa, janganlah kita mengambil lebih dari yang
perlu.
Ingatlah Allah swt itu sangat mengetahui apa yang kamu
sembunyikan dalam hati-hati kamu. Selalulah bertaubat sekiranyan kita insan
yang suka mengikut hawa nafsu dalam kehidupan seharian kita. Selalulah memilih
untuk merendah diri dengan sesiapa sahaja.
Islam ini sangat indah dan sangat selari dengan fitrah baik
dalam diri manusia. Kemodenan hari ini adalah tidak seimbang dan menyebabkan
manusia berada dalam keadaan tekanan yang melampau dan mencetuskan pelbagai
konflik dalaman yang akhirnya menyebabkan manusia menjadi lemah jiwa dan mencetuskan
pelbagai konflik dalaman yang akhirnya menyebabkan manusia menjadi lemah jiwa
dan lemah fizikal akibat penyakit.
“Ya Allah, berkatilah usaha aku. Peliharalah anakku selama
dia dalam kandunganku Ya Allah. Sihatkan dia Ya Allah. Engkaulah yang
menyembuhkan. Tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu Ya Allah”
No comments:
Post a Comment