“Doktor, anak saya
sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..”
Itu adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada
ketika bekerja di klinik atau menjawab soalan-soalan di Facebook.
Saya sering memberitahu ibu bapa bahawa sembelit bukanlah
penyakit dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak
buang air besar.
Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada
tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.
Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu
menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang air besar.
Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan
meneran ketika sedang membuang air besar. Selain it, najis mereka kelihatan
kering, keras, berbiji-biji seperti biji kacang. Kentut dan najis juga mungkin
berbau lebih busuk.
Kekerapan membuang air besar juga berkurangan kurang dari
najis tiga kali dalam seminggu. Bayi atau kanak-kanak itu tidak mempunyai
selera untuk makan dan perut menjadi kembung.
Seringkali juga saya ditanya mengenai punca berlaku
sembelit. Antara punca utama berlakunya sembelit ialah susu formula. Bayi yang
diberikan susu formula mudah mendapat sembelit berbanding bayi yang diberikan
susu ibu kerana susu formula sukar dihadamkan dan diserap masuk ke dalam usus.
Begitu juga jika bayi yang mula diberikan makanan separuh pejal
juga mudah sembelit. Usus mereka yang tidak matang belum dapat berfungsi
sepenuhnya dengan baik. Jadi pastikan makanan separuh pepejal yang hendak
diberikan adalah makanan yang lembut dan mudah dihadam. Banyak kandungan air
dalam makanan itu ketika menyediakannya.
Bagi mengelakkan dehidrasi yang berterusan, selalunya tubuh akan
menyerap lebih banyak air dari najis bagi menampung kekurangan air dalam badan.
Ini menyebabkan najis menjadi lebih kering dan keras, akhirnya menyebabkan
najis disimpan lebih lama dalam usus besar dan menyebabkan sembelit.
Saya
tidak menafikan ada beberapa kes dimana punca sembelit disebabkan oleh penyakit
kecacatan semasa lahir (congenital disease) yang disebut Hirschprung’s Disease apabila lubang dubur agak ketat dan sukar
membuang air besar. Begitu juga jika lubang dubur tidak dibentuk dengan
sempurna seperti dalam kes penyakit anorcetal
malformation, spinal bifida dan cystic
fibrosis.
Bagi
bayi atau kanak-kanak yang sering mengalami sembelit, saya cadangkan dibawa
untuk pemeriksaan doktor agar penyakit kecacatan semasa lhir seperti Hirchprung’s Disease dapat dikenalpasti
dengan lebih awal.
Penyakit-penyakit
seperti ini mungkin memerlukan rawatan yang lebih agresif seperti pembedahan,
jika tidak masalah sembelit akan berulang sehingga adakalanya mereka tidak
boleh membuang air besar untuk beberapa bulan dan menyebabkan abdomen mereka
kembung.
Bagi
ibubapa yang mahu mengelakkan pemberian ubat, saya cadangkan melakukan
beberapa cara:
* Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Ini akan merangsangkan pergerakan najis dalam usus.
* Jika bayi yang berusia lebih enam bulan ke atas dan menyusu
susu formula, boleh berikan makanan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar
dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang berpatutan dan minta
nasihat doktor. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan mereka dan
memudahkan mereka buang najis dengan lebih mudah.
* Bagi kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boelh
diberikan air buah-buahah seperti tembikai atau air mineral suam dalam kadar
yang berpatutan. Memberikan jus betik yang dikisarkan juga sangat baik untuk
mereka kerana selain mempunyai banyak serat, betik juga mengandungi bahan
semulajadi yang dapat merangsang pergerakan usus.
Jika ibubapa telah mencuba langkah-langkah tersebut
tetapi tidak berjaya, maka bolehlah menggunakan ubat-ubat yang diberikan
doktor.
Antara ubat yang selamat digunakan untuk bayi enam
bulan ke atas ialah Lactulose,
kecuali bagi mereka yang mempunyai masalah galactose
intolerant. Lactulose dijual
sebagai ubat ‘over the counter’ iaitu pembeliannya tidak
memerlukan preskripsi.
Lactulose
boleh diambil sebanyak dua atau tiga kali sehari dan selalunya mengambil masa
empat jam untuk mendapat kesannya.
Bagi
kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas, ubat Lactulose 3.1-3.7g/5ml oral solution
diberikan 5-10ml dua kali sehari.
Bagi bayi berumur 11 bulan hingga 5 tahun, ubat Lactulose
3.1-3.7g/5ml oral solution diberikan 2.5-5ml dua kali sehari.
Bagi bayi berumur kurang dari setahun, perlukan pendapat
ahli farmasi atau doktor kerana dosenya bergantung kepada berat bayi itu. Tanda
sembelit bayi atau kanak-kanak itu telah pulih apabila mereka mengeluarkan
najis yang lembut 2 atau 3 kali sehari.
Bagi ubat-ubat lain yang lebih ‘kuat’ memerlukan pandangan
doktor sebelum diberikan. Jika masalah sembelit masih tidak reda, dapatkan
nasihat doktor.
Wallahu a’lam.
Sumber:
No comments:
Post a Comment