Untuk suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini:
Suami: Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada
isteri saya. Isteri saya gemuk.
Ustaz: Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu
ke? Tentu tidak bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding
kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan
kamu dari tubuhnya sendiri.
Suami: Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan
lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa untuk saya dan kadangkala dia
garang dengan saya.
Ustaz: Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk
dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia
sentiasa gembira bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua
masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu.
Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda
cintanya padamu.
Suami: Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan
simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya.
Ustaz: Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila
mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang
tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi
maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan
dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah
terfikir tentang maruah kamu?
Suami: Tapi ustaz..
Ustaz: Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna
untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang
tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalu bukan kerana dia
korbankan bentuk tubuhnya keran kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat
waris keturunan kamu. Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak
pernah kamu hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu
yang tidak layak mendapat isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri
dari kamu menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak-anakmu.
Sumber: www.siraplimau.com
No comments:
Post a Comment