Friday, February 13, 2015

Milk Booster Semulajadi


Setiap ibu menyusu pasti mahukan penyusuan sehingga 2 tahun atau paling kurang penyusuan eksklusif selama 6 bulan namun masalah biasa yang berlaku ialah susu mereka tiada atau susu tidak cukup.
Tahukan anda bahawa, tiada istilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita sendiri masih tidak cukup ilmu mengenai penyusuan. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk menjayakan penyusuan ini.
Selain daripada suplemen menyusu yang sedia ada di pasaran, ada juga makanan alami yang boleh menjadi milk booster ibu menyusu. Pemakanan ysng sihat ini boleh membantu ibu mendapatkan susu yang melimpah ruah dan berkhasiat.




1. Kurma

Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu.

2. Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed

Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

3. Lobak putih

Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

4. Kacang soya

Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu.

5. Buah longan kering

Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

6. Pucuk betik/Betik muda

Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

7. Halba/Fenugreek

Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

8. Jantung pisang

Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

9. Daun cekur manis/pucuk manis

Boleh dimasukkan dalam sajian masak lemak atau tumis air.

10. Minum banyak air

Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah  meminum air kosong dengan banyak supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

11. Pemakanan seimbang

Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.
Tanamkan dalam diri dan minda, susu saya cukup untuk anak syurga saya. Pastikan diri berada dalam keadaan sihat, bertenaga selalu dan tiada tekanan. Sentiasalah berfikiran positif.
Jika anda bekerja selalulah mengepam susu untuk anak. Semakin anda kuat mengepam, semakin banyak susu akan keluar bertepatan dengan konsep demand and supply.
Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.
Selamat menjayakan penyusuan!

Sumber : www.ibudoakan.com

No comments:

Post a Comment