Monday, October 13, 2014

Anak Sering Kembung Perut

 

Soalan:

Bayi saya baharu berusia tiga bulan dan kerap menangis. Ada yang memberitahu bayi saya mengalami kembung perut. Bagaimanakah cara yang betul untuk menghilangkan masalah kembung? Jika menggunakan kaedah urutan, di bahagian manakah harus dilakukkan urutan itu?
 

Jawapan:

Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berusia kurang daripada enam bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen (usus, perut, hati, limpa, pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
Antara punca masalah kembung perut adalah:
  1. Cara menyusu dengan botol (jika bayi menyusu susu formula) yang tidak betul iaitu terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai (terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan perut kembung. Bayi mesti disendawakan selepas menyusu.
       b.  Bayi terlalu kerap menangis, terlalu aktif kerana rangsangan berlebihan pada hari tertentu turut menyebabkan masalah kembung perut.
 
       c.  Penghadaman susu yang kurang sesuai menghasilkan banyak gas.
Kaedah urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut dan teknik urutan seperti infant massaging boleh membantu melegakan bayi dan dia kembali selesa.
 
Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normal walaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan dan ada cara untuk mengatasinya. Masalah ini sepatutnya akan hilang apabila bayi semakin membesar. Namun, jika masalah kembung perut disebabkan oleh penyakit yang serius, jangan berlengah untuk membawa bayi berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
 
 


No comments:

Post a Comment