Tidak mudah untuk melayan anak yang cerewet. Teritamanya
apabila tibanya waktu makan. Pelbagai ragam diberikan. Sesekali tentu anda
pernah berasa kecewa jika anak tersayang enggan makan makanan yang dihidangkan.
Sudah banyak peluh dikeluarkan tetapi si dia tetap cerewet. Meamng
mencabar sekiraya kita mempunyai anak yang cerewet dan memilih makanan ini.
Sebenarnya dalam menangani situasi begini, anda tidak boleh
keterlaluan mamaksa atau memarahinya kerana ia hanya akan membuatkan anak anda
terus menolak makanan tersebut. Bertenang, bersabar dan menjadi kreatif boleh
membantu si anak bertukar fikiran untuk mencuba makanan yang dihidang. Di sini
dikongsikan tips untuk mengatasinya.
Kanak-kanak tahu berapa banyak makanan ang diperlukan oleh
tubuh badan mereka untuk terus membesar dan sihat, jadi sebagai ibu sediakan
pelbagai jenis menu sihat tanpa rasa jemu untuk hidangan sekeluarga. Jadi semua
orang akan seronok menikmati masa makan.
·
Sediakan pelbagai menu makanan setiap kali masa
makan. Bersabar semasa melayan kerenah anak sebelum dia bersedia untuk
mencubanya. Setiap kali anda perkenalkan hidangan baru, hidangkan seperti biasa
di atas meja makan dan jangan terlalu menekankan tentang menu baur itu.
Sekiranya anda terus menghidangnya di dalam pinggan anak, dibimbangi dia berasa
tertekan. Sebaliknya jika dia lihat ahli keluarga makan dengan selamba beberapa
kali, tentu dia juga terbuka hati untuk mencuba makanan tersebut.
·
Hidangkan dalam saiz yang kecil. Mereka hanya
makan separuh daripada saiz orang dewasa. Contohnya, setengah cawan bijirin
atau yogurt, dua keeping daging, empat sudu besar sayur dan sepotong roti.
·
Jangan beri mereka terlalu banyak ilihan.
Contohnya, jika anda berkata “Sekarang waktu makan malam. Adik nak makan apa??
Anak anda mungkin akan memilih makanan yang hanya dia makan sahaja. Sebaliknya
anda berkata, “Ok ni hidangan makan malam kita.” Jadi dia perlu memilih makanan
yang dihidang sahaja.
·
Sesekali libatkan anak anda dalam proses
penyediaan makanan. Ia termasuk membeli-belah dan penyediaan makanan. Tentu
sahaja dia berasa lebih teruja untuk mencuba makanan tersebut.
·
Sentiasa mencari jalan bagaimana untuk
memastikan anak anda mendapat makanan yang berkhasiat dan dia seronok
memakannya. Misalnya, letakkan sedikit tuna atau kepingan daging di atas roti
bakar keju dan daging atau tofu dalam sos spagetinya.
3 Perkara Jangan Lakukan!
·
Elakkan memberi tekanan pada dirinya. Jangan
terlalu mendesak anak anda untuk menghabiskan apa yang ada dalam pinggannya dia
sudah tidak mahu.
·
Elakkan memberi rasuah. Ya, elakkan dengan
merasuah anak anda untuk makan dengan memberi ganjaran seperti gula-gula atau
apa sahaja. Ini akan menyebabkan anak anda mengambil kesempatan di kemudian
hari. Cara terbaik adalah dengan emberi bahagian yang sedikit kepada dirinya
untuk makan. Serta berikan peluang kepada dirinya untuk meminta tambahan
makanan.
·
Usah terlalu risau. Jangan berasa bersalah jika
anak anda tiadk menyukai atau tidak menghabiskan sesuatu. Selalu letakkan di
minda bahawa anak anda tidak akan berlapar melainka dirinya sakit. Jadi elakkan
diri daripada terlalu risau.
Sumber: www.mamapeduli.info
No comments:
Post a Comment