Friday, October 24, 2014

Petua Mudah Menambahkan Susu Badan

 
Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.
1.       Kerap menyusu
Semakin kerap ibu meyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24jam akan merangsang hormone prolactin yang menghasilkan lebih banyak susu.
2.       Amalan tradisi
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain).
3.       Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas tertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.
4.       Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatan penghasilan susu.
5.       Posisi yang betul
Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.
 
 


No comments:

Post a Comment