Saturday, March 14, 2015

11 Tips Cara Menjaga Luka Bersalin Normal


Bagi yang sudah melalui saat-saat bersalin normal pasti telah merasai sendiri pengalaman menjaga luka episiotomi ketika berpantang. Luka bersalin normal akan cepat sembuh jika penjagaannya betul & ibu-ibu sentiasa menitikberatkan kebersihan diri. Namun, yang pertama kali melalui detik bersalin dan berpantang pasti tertanya-tanya cara untuk menjaga luka bersalin normal (luka episiotomi) agar cepat sembuh tanpa bermasalah.

Penting ibu-ibu menjaga kebersihkan bagi mengelakkan jangkitan di bahagian luka bersalin.

Ibu-ibu boleh mengamalkan tips ini :-

1. Pad ais

Sebaik saja melahirkan, letakkan pad ais pada luka. Ia bukan saja menggalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letakkan pada luka 10 min, 3-4jam sekali.

2. Pastikan kawasan perineum bersih

Darah nifas & air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh menggunakan air biasa atau lebih baik lagi menggunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan ke belakang untuk mengelakkan cemaran najis. Semasa kencing, cuba duduk secara mencangkung (squat) & siram air suam semasa kencing.

3. Pastikan ia kering

Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3jam sekali & biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh menggunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali-sekala.

4. Jangan duduk atau berbaring terlalu lama

Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

5. Semasa buang air besar

Tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk emngurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit & mengelakkan jahitan terbuka. 

6. Dapatkan pil penahan sakit sekiranya sakit

Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.

7. Elak dari sembelit

Pastikan minum air secukupnya untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakkan sekiranya luka anda teruk.

8. Sitz bath

Amalkan sitz bath dengan merendam punggung anda dalam besen berisi air garam. Ia mengurangkan sakit & membersih luka sehingga vagina.

9. Senaman pelvic floor

Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan menggalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

10. Pastikan tiada jangkitan kuman

Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan & pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

11. Jangan percaya pada mitos

Minum seperti minum air banyak boleh menyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3hari bersalin badan secara semulajadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil & ini akan membuatkan badan kekurangan air secara mendadak, mejurus kepada masalah sembelit & kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh & masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.


Selamat berpantang! ;)


Sumber : www.portal.alamhamil.com


No comments:

Post a Comment