“Mama, Aiman terkencing atas katil” Adoi, bila dengar si
kecil mmberitahu ayat tersebut sebaik bangun dari tidur, rasa macam nak
menjeritpun ada. Macam mana agaknya hendak mendidik anak supaya jangan kencing
malam atas katil?
Kencing malam atau ‘bedwetting’ ialah kencing tidak
disengajakan pada waktu malam di atas katil dikalangan kanak-kanak berusia
empat hingga enam tahun.
Masalah kencing malam atau istilah perubatannya ‘enuresis’
adalah perkara normal bagi kanak-kanak. Biasanya selepas kanak-kanak berumur
lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Bagaimanapun dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu
kencing malam tanpa sebab yang pasti, ia dinamakan sebagai ‘primary enuresis’.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali
iaitu apabila kanak-kanak terlalu aktif bermain di siang hari menyebabkan dia
penat, ada masalah emosi seperti sedih dan marah atau waktu tidur yang berubah,
ia dinamakan ‘secondary enuresis’.
Namun jika berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, ia satu
penyakit yang mesti dirawat kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf
tunjuan, jangkitan kuman pada air kencing, diabetes atau buah pinggang.
Apakah punca kencing malam?
Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa factor utama berkait
rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai
kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretic
(ADH) ketika tidur.
Kurang
penghasilan hormon yang dipanggil ‘vassopressin’ semasa tidur. ‘Vassopressin
adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kecing di waktu malam.
Tips mengatasi
✔ Percaya
atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam dikalangan kanak-kanak
adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam
Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan ia adalah antara
rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik.
✔ Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.
✔ Ajar
anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
✔ Sekiranya
sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air
kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan
terbiasa dengan rutin ini.
✔ Jika
anak tidur sendirian di bilik mereka, pastikan laluan ke bilik air diterangi
lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.
✔ Jangan
marah atau memalukan mereka akan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja
melakukan perkara itu. Sebaliknya beri sokongan kepada mereka.
✔ Beritahu
anak mengapa mereka tidak boleh baung air di atas katil. Ajar mereka tentang
kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
✔ Cara psikologi seperti system ganjaran dan penghargaan
mungkin dapat membantu. Setiapkali mereka Berjaya tidak kencing malam, berikan
pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.
Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau, alas tilam dengan plastic
atau pad yang lebar seperit yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak
langsung, mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing
malam.
✔ Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah
hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan
kesabaran. Jadi berilah masa dan peluang kepada anak.
Sumber: mamapeduli.info
Whatsapp/SMS 012-7095517
No comments:
Post a Comment