Saturday, August 30, 2014

Persediaan Penyusuan Sejak Hamil

 
Adakah anda sedang hamil? Tahukah anda tentang kebaikan penyusuan susu ibu? Jika anda sememangnya merancang untuk menyusukan anak dengan susu ibu, ia adalah pilihan bijak yang terbaik. Jika tidak, sebaiknya anda banyak membaca ilmu penyusuan kerana pasti ia akan mengubah fikiran anda.
 
Seharusnya persediaan penyusuan sudah bermula sejak anda disahkan hamil lagi. Ia sebagai persiapan rapi supaya proses penyusuan berjalan lancar. Berikut adalah beberapa persediaan yang boleh dilakukan oleh bakal ibu.
  1. Kumpul maklumat
Cari sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan susu ibu. Anda boleh menambah ilmu menerusi kelas, bahan bercetak, laman web, blog, forum dan sebagainya.
 
  1. Sertai komuniti
Di Malaysia terdapat banyak komuniti susu ibu yang bermatlamat menyokong para ibu menyusu agar lebih yakin untuk menyusukan si manja.
 
  1. Nombor telefon
Kaunselor laktasi sangat diperlukan sewaktu anda mengalami masalah berkaitan penyusuan susu ibu terutamanya pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi.
 
  1. Pemakanan sihat
Amalan semasa hamil membantu pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu tubuh. Ini memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sebaik bayi dilahirkan. Pada masa yang sama, pastikan keperluan kalsium dan protein dalam tubuh mencukupi.
 
  1. Pilihan hospital
Pilih hospital yang menyokong penyusuan susu ibu.  Sebelum melahirkan bayi, berbincang dengan doktor yang memeriksa anda tentang niat untuk menyusukan bayi sebaik dilahirkan.
 
  1. Kelengkapan penyusuan
Persediaan peralatan penyusuan susu ibu adalah penting dalam memastikan proses penyusuan susu ibu berjalan lancar terutamanya bagi ibu yang berkerjaya. Antaranya pam payu dara, coli penyusuan, pelapik payu dara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, kain pelindung penyusuan dan lain-lain. Sebaiknya beli alatan tersebut sebelum bersalin kerana anda tidak dapat menjangka apa yang berlaku selepas kelahiran bayi.
 
  1. Kebersihan puting
Bersihkan puting payu dara setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam untuk mencucinya. Elakkan menyapu sabun di bahagian puting. Langkah ini sangat penting terutamanya di trimester terakhir kerana kolostrum sudah mula terhasil. Jika tidak dibersihkan, ia dikhuatiri tersumbat. Anda digalakkan menarik dan mengurut puting perlahan-lahan atau menyikat kedua-dua belah payu dara menggunakan sikat secara perlahan-lahan.
 
  1. Pasang niat
Sejak awal lagi pasang niat untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Setelah azam ditanam, jangan lupa untuk suburkannya dengan motivasi menerusi pembacaan, perkongsian pengalaman dan sebagainya.
 
 


Cara Sendawakan Bayi Selepas Menyusu

 
Hari ini saya nak kongsikan cara sendawakan bayi selepas menyusu. Tak kisahlah sama ada bayi anda menyusu badan ataupun susu formula, semua bayi perlu disendawakan selepas menyusu untuk mengelakkan bayi tersedak susu.
Jadi ibu-ibu di luar sana, terutamanya ibu-ibu yang baru melahirkan atau bakal menjadi ibu perlu mempelajari dan mengetahui apakah cara untuk menyendawakan bayi anda nanti ya.
Sendawakan bayi selepas menyusu Nampak macam perkara biasa dan sering dipandang ringan oleh segelintir daripada kita padahal sekarang ini dah banyak sangat kes-kes tersedak susu sehingga menyebabkan kematian (bayi lemas tak boleh bernafas sebab tersedak susu).
Biasanya terdapat 3 cara asas yang diamalkan oleh kebanyakan orang atau ibubapa. Korang boleh terus rujuk pada gambar kat atas dan baca penerangan untuk setiap cara tersebut kat bawah ni.
 

3 Petua atau Cara Sendawakan Bayi

 
Cara Pertama:
 
 
1.       Letakkan bayi di atas riba.
2.       Pegang dada bayi menggunakan tanga anda.
3.       Pegangkan dagu bayi menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
4.       Pegang kaki bayi dengan lembut jika perlu.
Cara kedua:
 
 
 
1.       Tiarap bayi di atas riba.
2.       Biarkan perut bayi di atas peha anda.
3.       Tinggikan kepala bayi lebih dari badannya biar seketika sampai sendawa.
 
Cara ketiga:
 
 
1.       Letakkan dagu bayi di bahu anda.
2.       Tepuk belakang bayi perlahan-lahan sampai mengeluarkan sendawa.
 
 


Friday, August 29, 2014

Risau Bayi Keliru Puting

 
 

Soalan:

Saya ada terbaca mengenai nipple confusion atau kekeliruan puting. Kebanyakan kawan-kawan mengatakan masalah ini timbul selepas ibu kembali bekerja. Soalan saya ialah:
 
a)Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kekeliruan puting payudara dan puting botol susu?
 
b)Apakah kesan kekeliruan ini terhadap psikologi, perkembangan dan pertumbuhan bayi?
 
Sekiranya ibu sudah mula memerah susu ibu, bila masa atau pada usia yang terbaik untuk mulai memperkenalkan penggunaan botol susu supaya bayi tidak mengalami masalah kekeliruan dan ibu tidak mengalami masalah untuk meninggalkan bayi apabila mula bekerja nanti.
 

Jawapan:

Nipple confusion iaitu kekeliruan puting ialah masalah yang sering dihadapi oleh bayi-bayi yang menyusu susu badan. Masalah kekeliruan puting bermaksud bayi tidak dapat menyesuaikan diri dengan puting lain selain dari puting yang biasa digunakan sama ada puting payu dara atau puting tiruan. Misalnya, jika bayi disusukan sepenuhnya dengan susu badan, maka bayi akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan puting tiruan.
 
Ada juga sesetengah bayi yang apabila disusukan dengan menggunakan botol menerusi puting tiruan tidak pandai untuk menghisap secara terus dari badan ibunya. Masalah kekeliruan puting ini tidak menimbulkan sebarang masalah dari segi psikologi dan tumbesarannya.  Dalam keadaan ini sesetengah bayi terutamanya yang hanya mahu penyusuan terus susu badan dari ibunya akan mengalami penurunan berat  badan mungkin kerana mereka kurang minum jika diberikan menerusi botol. Sebulan sebelum mula bekerja, ibu-ibu disarankan untuk mengajar si manja menyusu menggunakan botol. Ini untuk persediaan untuk memudahkan pekerjaan dan boleh mengelakkan masalah kekeliruan puting.
  
 


Tip Agar Disayangi Suami

 
Sebagai isteri, tentu sahaja kita mahu menjadi orang yang paling disayangi dan dicintai oleh suami. Cinta dan kasih sayang perlu dibajai sentiasa agar ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Sudah tentu ia memerlukan usaha dan inisiatif daripada pihak isteri sendiri.
 
Isteri perlu bijak menarik perhatian suami supaya diri terus menjadi fokus utama biarpun suami sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Gunakan tip berikut sebagai senjata ampuh anda bergelar isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumah tangga.
  1. Sentiasa pastikan diri berhias sepanjang masa bersama suami
Seorang isteri hendaknya berhias untuk suaminya kerana setiap kali isteri berhias untuk suami ia akan lebih membuatkan suami rasa cinta kepadanya. Bahkan salah satu cirri isteri yang baik adalah yang menyenangkan suami ketika dipandang. Ia termasuk hal menjaga kebersihan badan, menyikat rambut, memakai wangian, memakai pakaian yang menarik dan lain-lain lagi.
 
  1. Pandai bergurau senda dengan suami
Suami pasti bahagia apabila mempunyai isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda dan sering tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.
 
  1. Sentiasa mendahulukan suami, menghormati pandangannya
Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteri. Dalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu. Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan.
 
  1. Minta izin
Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa.
 
  1. Bersikap sederhana
Jadilah isteri yang bersikap sederhana dalam apa jua perkara. Jangan keterlaluan meminta itu dan ini kepada suami apatah lagi jika melebihi kemampuan suami.
 
  1. Memanjakan suami
Suami amat suka dimanjai oleh orang yang dia cintai. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai. Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.
 
  1. Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan
Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.
 
  1. Hormat hak peribadi suami
Jangan terlalu busybody seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan ssebagainya.
 
  1. Jangan sesekali membanding-bandingkan suami anda dengan lelaki lain
Lelaki paling rasa tercabar sekiranya isteri gemar membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ye!
 
  1. Sentiasa menjaga maruah suami
Tidak kira di mana anda berada atau dengan siapa anda bersama pastikan maruah suami sentiasa terpelihara.
 
  1. Menyokong suami
Tidak kira di waktu susah atau senangnya. Memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.
 
  1. Mencintai suami sepenuh hati
 
 

Thursday, August 28, 2014

Teknik Menghukum Anak

 
Masa kanak-kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia. Masa ini merupakan tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa, apakah dia akan menjadi manusia baik atau sebaliknya, adakah dia akan jadi ‘terror’ atau ‘terrorist’?
Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu, memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan. Tapi kalau tak jalan juga, iaitu jenis yang tak makan saman, cara memberi hukuman dapat diterapkan.
Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang permberian hukuman dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak negative.
Di bawah ini disenaraikan cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.

1.       Pandangan mata yang sinis

Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.

2.       Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus)

Sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.

3.       Puji oranglain depan dia

Tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.

4.       Buat-buat macam tak pedulikan si anak

Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi prehatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahallah..) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesaahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.

5.       Tidak memberikan sesuatu yang disukainya

Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya.

6.       Putuskan hubungan

Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya.

7.       Beri ancaman

Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebt tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.

8.       Memulas telinga

Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullualh s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a. dia berkata: Aku telah diutuskan oleh ibuku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasululluah s.a.w., baginda memulas telingaku sambal berkata “Wahai penipu”.

9.       Memukul sebagai alternatif terakhir

Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukun lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.
Demikian jga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Maksudnya: “Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun”
Sumber: www.mamapeduli.info