Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

Mengapa Bakal Ibu Overdue


Overdue atau bahasa ringkasnya terlebih tarikh jangkaan bersalin mungkin berlaku kepada sesiapa sahaja yang bakal bergelar ibu.

Sebenarnya apa sebab seseorang bakal ibu itu bersalin lebih daripada tarikh yang dijangkakan oleh doktor? Antara faktor yang menyebabkan seseorang itu overdue adalah:

*Sejarah keluarga

Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang. Jika ibu dan nenek anda pernah overdue, lebih daripada dua minggu tanpa ada apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diindius bagi membolehkan anda memulakan proses kelahiran.

*Saiz kepala

Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan tubuh anda tidak menghasilkan hormon oksitosin yang dapat memulakan kelahiran.

*Tiada kontraksi

Ada kalanya kehamilan anda boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim tidak mengecut seperti yang sepatutnya. Oleh kerana itulah, proses kelahiran tidak dapat dimulakan.

Biasanya apabila overdue, ibu perlu menjalani proses indius. Apakah indius?

Indius dilakukan kerana kebanyakan doktor khiatir dengan risiko kematian bayi yang tidak dijangka ketika dia masih berada dalam kandungan. Walau bagaimanapun kadarnya sangat kecil. Atas sebab inilah doktor mengambil keputusan indius kebanyakan wanita yang terlebih hari bersalin bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk.

Sumber : www.pama.karangkraf.com

Wednesday, December 17, 2014

5 Tips Menyusu Semasa Hamil

 

Ketahui Fakta

Susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu gusar tentang nutrisi untuk anak kecilnya. Ianya masa yang sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan yang berkhasiat.

Penyusuan susu ibu masih diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua-dua pihak dan ianya masih menyumbang kepada nutrisi hariannya. Selain itu, penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan keguguran juga perlu diketahui oleh ibu. Dapatkan lebih informasi mengenainya daripada konsultan atau kaunselor laktasi anda.

Rasa Sakit Pada Puting

 Kebanyakan ibu rasa tidak selesa pada bahagian puting setiapkali sesi penyusuan. Ini kerana puting menjadi lebih 'fragile' dan membesar semasa mengandung demi persediaan untuk penyusuan anak di dalam kandungan. 

Ibu boleh mengalihkan perhatian daripada rasa sakit dengan cara melakukan perkara lain ketika menyusukan seperti membaca majalah atau menonton tv. Ketahui bahawa rasa sakit pada bahagian puting tersebut adalah untuk menjadikan puting lebih 'tough' untuk penyusuan bayi seterusnya.

Posisi yang selesa

Berikutan pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yang kurang mengizinkan, ibu perlu menyesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan. Posisi mengiring dan meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin membantu!

Nikmati Momen Penyusuan
Tangan kecil yang meraba perut anda semasa menyusu adalah antara momen indah sepanjang membesarkan si kecil. Berkomunikasi dengannya (walaupun ketika sedang menyusukan!) bahawa mama sedang mengandungkan adiknya di dalam perut supaya dia boleh mempunyai kawan bermain. Dia memahami setiap apa yang ibunya rasa bermula sejak dia berada didalam perut lagi!
 
Tanamkan Azam Untuk Tandem Nursing
Tandem Nursing ialah menyusukan anak ketika sedang hamil seterusnya menyusukan kedua duanya (atau mungkin lebih) selepas bayi lahir. Kelebihan tandem nursing ialah antaranya hubungan antara kedua dua anak yang lebih erat apabila mereka pernah berkongsi sesuatu yang ‘penting’ apatah lagi susu ibu! Selain itu, tandem nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yang lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam rumahnya. Dia tidak ketinggalan dalam apa apa jua aktiviti ibu dan bayi baru.
Tandem nursing selepas melahirkan turut membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu dimana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk ‘membantu’ ibu mengosongkan payudara.

Tips Pengekalan Susu Semasa Hamil
Tidak dinafikan terdapat perubahan pada kuantiti susu ibu semasa ibu mengandung. Bahagian dalam payudara ibu hamil mempunyai kurang keupayaan untuk menyimpan susu yang menyebabkan kuantitinya tidak lagi sebanyak sebelum itu.
Percaya pada rezeki, penyusuan susu ibu adalah lebih kepada kualiti berbanding kuantiti (pada usia anak melebihi 6 bulan).
Teruskan penyusuan susu ibu semasa anda bersama anak dan antara tips yang boleh digunakan ialah:
 
‘Sediakan Air Kosong Untuk Anak’
 
Komposisi susu ibu yang hamil yang mengandungi lebih sodium akan menyebabkan perubahan rasa iaitu sedikit masin yang menyebabkan anak berasa dahaga walaupun selepas menyusu.

Selamat meneruskan penyusuan semasa hamil kerana ianya bukan perkara yang bertentangan dengan penyusuan susu ibu. Rasa bahagia kerana kehamilan anda ‘ditemani’ si kecil juga adalah anugerah!
 
 







Sunday, December 14, 2014

Mengira Waktu Subur


Kehamilan adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Keinginan memiliki cahaya mata untuk melengkapkan rumah tangga yang dibina sangat tinggi.
Namun ada kalanya pasangan gagal hamil dalam tempoh masa yang dijangkakan. Kegagalan untuk hamil kadang kala disebabkan kesilapan menghitung waktu subur.

Kehamilan boleh terjadi apabila hubungan intim dilakukan pada masa ovulasi atau saat wanita sedang subur. Apabila sperma suami dipancut ke dalam rahim, ia akan berenang ke arah ovum (telur) si isteri.
 Hamil adalah saat di mana berlakunya persenyawaan antara telur dan sperma dalam rahim wanita sampai tempoh matang sembilan bulan untuk melahirkan seorang bayi.

Kekecewaan akibat kegagalan hamil ada kalanya menimbulkan tekanan yang mendalam kepada pasangan suami isteri. 
Sebenarnya banyak faktor yang membuatkan  mereka sukar untuk hamil bermula daripada masalah kesuburan, tahap psikologi, ketidakstabilan hormon dan lain-lain.
 Namun ada kalanya kehamilan tidak berjaya kerana mereka melakukan hubungan seksual pada masa yang tidak tepat. Pasangan tidak mengetahui, bila waktu subur wanita sehingga kesempatan untuk terjadi ovulasi semakin besar.

Mengetahui waktu subur sangat besar ertinya bagi mereka yang ingin hamil dan bagi yang ingin menunda kehamilan. Bagi yang menginginkan kehamilan, masa subur boleh dijadikan panduan untuk melakukan hubungan seksual kerana ketika ini ovulasi sedang terjadi sehingga peluang untuk hamil sangat besar. 
Sedangkan bagi yang mahu menunda kehamilan, masa subur merupakan masa yang harus dielakkan daripada melakukan hubungan seksual untuk mencegah terjadinya kehamilan.

Banyak cara dan kaedah yang dapat digunakan untuk mengetahui bila waktu subur tersebut, iaitu:

Sistem kalendar

Menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu :

Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang.

Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak  dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.

Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20.

Penggunaan alat

Banyak alatan atau software yang terdapat dipasaran dicipta untuk menghitung waktu subur.  Dalam alat tersebut anda hanya perlu memasukkan tarikh Hari Pertama Haid Terakhir (HPHT). Setelah itu akan muncul tarikh perkiraan waktu subur seseorang.

Sumber : www.pama.karangkraf.com

Saturday, October 25, 2014

Amalan2 Islam semasa Mengandung & Tips didik Anak Pintar

“All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"

- R. Buckminster Fuller -
 
 
Siapa lagi yang berperanan mendidik anak2 kita? Jawapannya bukanlah guru atau ustaz/uztazah semata2, tapi kita sebagai ibu bapa yang memainkan peranan yang paling penting.

Dalam pendidikan dan tumbesaran sihat anak-anak atau dengan kata lain, kita lah boleh menjana kepintaran mereka. Ddan ia harus bermula dari kandungan hingga remaja.

Banyak panduan untuk melahirkan ibu bapa yang cemerlang dan panduan mendidik anak pintar. Malah e book dan kelas2/ seminar turut diadakan.
Mari kita berkongsi antara tips bagi mendidik anak pintar, yang secara umumnya, kita boleh kategori kepada beberapa kumpulan:
 
1. Pendedahan suasana yang sihat ketika dalam kandungan lagi

- antara surah yang boleh diamalkan adalah: Surah Luqman dan surah Al Imram ayat 38
- selain itu, aspek kesihatan
ibu yang sedang mengandung juga amat penting kerana kandungan nutrient ibu antara faktor merangsang tumbesaran sihat janin

2. Rangsangan ketika anak berusia 0-6 tahun

 3. Pengajaran dan Pembelajaran ketika anak bersekolah atau di universiti

Hah. Terlalu umum bukan. Ya kerana mendidik anak bukanlah semudah yang disangka, tapi insya Allah dengan panduan ilmu dan pengalaman orang tua Insya Allah kita boleh Berjaya.

Jom lihat antara tips mudah lain mendapatkan anak yang pintar sihat dalam aspek seharian kita:
1. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting

- Si kecil perlu didedahkan kepada amalam pemakanan sihat
untuk mendapat kehidupan yang aktif dan baik sehingga dia meningkat dewasa.

- Mengamalkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran segar boleh menjadikan kulit tidak kering dan rambut kelihatan segar.

- Gantikan air kordial dengan jus buah segar yang diproses sendiri.

- Melalui cara ini anda dapat mengawal pengambilan kandungan gula dan menggalakkan pengambilan serat bermula sejak anak masih kecil lagi.

2. Penjagaan kebersihan diri, bilik tidur dan ruang sosial kanak2
- Kebersihan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki perlu diberi perhatian.

- Penting untuk mengelakkan berlaku sebarang risiko masalah kulit.
3. Penjagaan sudut emosi dan aspek psikologi anak2 yang sedang membesar
- Kanak-kanak pintar cerdas dikatakan mengalami perkembangan yang tidak sama perkembangan fizikal, di mana intelek, emosi dan sosialnya tidak sekata dan setara dengan usia.

- Inilah sebabnya aspek emosi dan psikologi anak2 amat penting untuk dititik beratkan, bukan sekadar aspek intelek ilmu sahaja.

4. Teladan dari para ilmuan/ cendekiawan Islam

- Semasa mengandung, buat amalan2 islam yang disarankan.

- Latih anak agar berdisiplin dan menepati masa. malah terapkan nilai2 murni Islam dalam aspek seharian.

- Berikan perubahan sedikit demi sedikit. Kemahiran-kemahiran baru perlu dikenalkan secara berperingkat bagi merangsang minda anak untuk terus aktif.

- Makanan2 kesihatan dalam Islam seperti kurma, badam dan madu juga boleh diamalkan.

- Merapatkan diri anak2 dengan solat berjemaah dan keindahan ayat2 al Quran dan panduan hadis.

5. Ini pula antara doa yang boleh kita amalkan:
 
 

Saturday, September 6, 2014

Mengurangkan Kemunculan Stretch Marks

 
Banyak perubahan sementara boleh berlaku di dalam dan kepada badan anda semasa mengandung, namun sebahagian besar daripada kesan-kesan ini hilang apabila bayi dilahirkan. Stretch mark, di sisi lain, kesan pada kulit anda dan kekal kelihatan untuk selama-lamanya. Ia pada mulanya akan muncul sebagai garisan merah jambu merah pada badan anda yang bertukar menjadi parut putih perak, tetapi dengan teknik-teknik pencegahan yang betul, anda mungkin boleh mengurangkan kemunculannya atau menghapuskan ia sepenuhnya.
 
Kawal Berat Anda
 
Stretch mark berlaku kerana berat badan yang telah diletakkan di atas terlalu cepat dan kulit anda tidak boleh berkembang dengan cukup pantas untuk menyokong saiz anda yang lebih besar. Dengan mengamalkan  kepada pemakanan yang sihat dan senaman yang tetap, anda boleh meletakkan berat bayi anda lebih perlahan dan mengelakkan berat tambahan yang tidak perlu.
Tanda-tanda boleh muncul pada paha, pinggul, punggung, perut, dada, dan lengan dan kadang-kadang anda tidak boleh mengawal di mana anda menambah berat badan. Dengan bayi yang semakin membesar dalam rahim anda, pengembangan di dalam abdomen anda tidak boleh dielakkan. Menyedari berat badan anda semakin meningkat dan mengambil langkah-langkah untuk melambatkan regangan kulit anda boleh membantu untuk mengurangkan tanda-tanda yang tidak diingini.
 
Pastikan kulit anda terhidrat
 
 Mengekalkan kulit anda lembut akan membolehkan ia untuk meregang dengan lebih selamat.  Menggunakan krim kulit yang mengandungi vitamin E dan alpha-hydroxy akan mengekalkan kulit lembut serta membantu dalam penyembuhan tanda yang mungkin telah terbentuk. Penggunaan losyen ini akan terus mengurangkan sisi mana-mana stretch mark yang berlaku supaya sentiasa menyapukannya walaupun berat badan anda telah berhenti.

Mengurut kulit anda
 
 Merangsang peredaran dalam kulit anda juga boleh membantu untuk mengurangkan koyakan daripada berat badan. Dengan membawa lebih banyak darah ke permukaan, kulit anda akan menjadi lebih sihat dan kurang berkemungkinan untuk membina tanda yang tidak diingini, jadi pastikan anda urut apabila mungkin. Regangan kulit anda juga boleh menjadi sensitif dan gatal kerana ia mengembang dan menggaru boleh menyebabkan stretch mark lebih-lebih lagi cuba untuk mengurut apabila anda berasa sebarang ketidakselesaan.

Ia akan menjadi lebih mudah untuk mencegah stretch mark sebelum ia berlaku daripada menentang untuk menyingkirkan yang telah terbentuk. Apa-apa tanda boleh dibantu dengan krim yang betul, tetapi stretch mark boleh berlaku sebelum mana-mana berat badan telah mula adalah langkah pertama dalam pencegahan.
 




Saturday, August 30, 2014

Persediaan Penyusuan Sejak Hamil

 
Adakah anda sedang hamil? Tahukah anda tentang kebaikan penyusuan susu ibu? Jika anda sememangnya merancang untuk menyusukan anak dengan susu ibu, ia adalah pilihan bijak yang terbaik. Jika tidak, sebaiknya anda banyak membaca ilmu penyusuan kerana pasti ia akan mengubah fikiran anda.
 
Seharusnya persediaan penyusuan sudah bermula sejak anda disahkan hamil lagi. Ia sebagai persiapan rapi supaya proses penyusuan berjalan lancar. Berikut adalah beberapa persediaan yang boleh dilakukan oleh bakal ibu.
  1. Kumpul maklumat
Cari sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan susu ibu. Anda boleh menambah ilmu menerusi kelas, bahan bercetak, laman web, blog, forum dan sebagainya.
 
  1. Sertai komuniti
Di Malaysia terdapat banyak komuniti susu ibu yang bermatlamat menyokong para ibu menyusu agar lebih yakin untuk menyusukan si manja.
 
  1. Nombor telefon
Kaunselor laktasi sangat diperlukan sewaktu anda mengalami masalah berkaitan penyusuan susu ibu terutamanya pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi.
 
  1. Pemakanan sihat
Amalan semasa hamil membantu pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu tubuh. Ini memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sebaik bayi dilahirkan. Pada masa yang sama, pastikan keperluan kalsium dan protein dalam tubuh mencukupi.
 
  1. Pilihan hospital
Pilih hospital yang menyokong penyusuan susu ibu.  Sebelum melahirkan bayi, berbincang dengan doktor yang memeriksa anda tentang niat untuk menyusukan bayi sebaik dilahirkan.
 
  1. Kelengkapan penyusuan
Persediaan peralatan penyusuan susu ibu adalah penting dalam memastikan proses penyusuan susu ibu berjalan lancar terutamanya bagi ibu yang berkerjaya. Antaranya pam payu dara, coli penyusuan, pelapik payu dara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, kain pelindung penyusuan dan lain-lain. Sebaiknya beli alatan tersebut sebelum bersalin kerana anda tidak dapat menjangka apa yang berlaku selepas kelahiran bayi.
 
  1. Kebersihan puting
Bersihkan puting payu dara setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam untuk mencucinya. Elakkan menyapu sabun di bahagian puting. Langkah ini sangat penting terutamanya di trimester terakhir kerana kolostrum sudah mula terhasil. Jika tidak dibersihkan, ia dikhuatiri tersumbat. Anda digalakkan menarik dan mengurut puting perlahan-lahan atau menyikat kedua-dua belah payu dara menggunakan sikat secara perlahan-lahan.
 
  1. Pasang niat
Sejak awal lagi pasang niat untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Setelah azam ditanam, jangan lupa untuk suburkannya dengan motivasi menerusi pembacaan, perkongsian pengalaman dan sebagainya.
 
 


Tuesday, August 26, 2014

Senarai Semak Barangan Bayi

Membuat persiapan menyambut orang baharu memang mengujakan. Rasa seperti hendak beli semua barang bayi yang dilihat tapi awas jangan sampai membeli barang yang tidak perlu. Bagi memastikan persiapan ibu dan bayi yang hendak dibeli,  buat senarai semak lengkap supaya tugas membeli belah anda menjadi lebih lancar dan mudah.
 

Keperluan Bayi

Pakaian
 
Sarung tangan
Sarung kaki
Topi bayi
Baju lengan panjang
Seluar panjang
Baju lengan pendek
Seluar pendek
Barut
Tuala muka
 
Lampin
 
Lampin kain
Lampin pakai buang
Tisu basah
Krim ruam lampin
 
Penjagaan diri
 
Tuala mandi
Sabun bayi
Syampu bayi
Besen bayi
Minyak bayi
Minyak telon
Sikat bayi
Pemotong kuku
 
Kelengkapan tidur
 
Bantal kepala
Bantal peluk
Tilam
Selimut
Katil bayi
Kelambu
 
Semoga senarai semak ini membantu anda merancang perbelanjaan menyambut si comel yang dinantikan.
 
 


Tuesday, August 19, 2014

Snek Sihat Ibu Mengandung

Ibu mengandung memang gemar mengunyah. Tetapi pastikan makanan yang dikunyah termasuk dalam kategori makanan yang sihat. Ada pelbagai jenis snek sihat yang boleh dikunyah sepanjang mengandung. Jangan sekali-kali makan snek tidak berkhasiat yang banyak kandungan bahan perisa.
 
Berikut beberapa idea snek sihat dan lazat mengikut trimester kehamilan.
 

Trimester pertama

Semasa trimester pertama, mungkin ada ibu yang langsung tidak lalu makan kerana masalah mabuk hamil. Jika ini berlaku, snek boleh membantu iaitu makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Ketika ini ibu hamil memerlukan lebih kalori dan folat.
 
Ambil makanan yang kaya dengan folat seperti membuat salad menggunakan daun bayam kecil, atau kukus asparagus yang dimakan dengan pencicah. Makan banyak buah oren. Anda juga boleh sentiasa menyimpan roti berserat tinggi supaya boleh makan bila-bila masa anda memerlukannya.
 
Selain dari itu ibu juga memerlukan vitamin A yang penting bagi perkembangan organ, sistem peredaran, pernafasan dan sistem saraf bayi. Dapatkan snek yang kaya dengan vitamin A dalam trimester pertama.
 
Telur dan keju adalah sumber yang baik selain vitamin A dalam sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna oren yang mengandungi betakarotina. Campur potongan buah mangga, pic dan betik ke dalam bijirin anda. Anda juga boleh membuat minuman smoothies. Sup daripada lobak merah, labu air dan keledek juga sangat berkhasiat.
 

Trimester kedua

Ketika ini ibu perlu lebih fokus mendapatkan kalsium yang cukup kerana gigi dan tulang bayi mula terbentuk. Kalsium dapat mengurangkan risiko mengalami tekanan darah tinggi. Produk tenusu membekalkan banyak kalsium yang mudah diserap oleh badan. Yogurt adalah snek yang mudah.
 
Sekiranya tidak boleh mengambil produk tenusu, boleh beralih pada produk soya yang diperkaya dengan kalsium. Buah tin kering dan badam juga mengandungi kalsium. Ia boleh dibawa ke mana-mana.
 
Satu lagi snek yang baik untuk bakal ibu ketika trimester ini adalah sardin dengan roti bakar. Sardin membekalkan kalsium, zat besi dan asid lemak omega 3. Asid lemak ini penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.
Satu lagi mineral penting bagi tulang ialah magnesium. Makanlah snek yang kaya dengan magnesium seperti segelas susu, sebiji kentang bakar atau segenggam biji-bijian.
 

Trimester ketiga

Memasuki trimester akhir kehamilan bermakna ibu memerlukan lebih banyak tenaga, vitamin C dan thiamin (vitamin B1). Tenaga tambahan yang diperlukan hanyalah 200 kalori sahaja. Sekeping roti bakar bijirin penuh dengan ekstrak yis dan sebiji tomato atau semangkuk sup cendawan dan buah oren mandarin sangat berkhasiat.
 
Vitamin C memainkan peranan dalam memastikan plasenta berkembang dan berfungsi dengan baik. Ia juga membantu lapisan dinding perut menyerap zat besi daripada makanan. Buah strawberi dan kiwi kaya dengan vitamin C. Ia mudah dibawa ke mana-mana dan boleh dibuat smoothie yang enak atau salad buah-buahan.
 
Vitamin C dalam sayur-sayuran boleh terhapus sekiranya dimasak terlalu lama. Brokoli dan bunga kubis atau lada benggala hanya perlu distim seketika dan enak dimakan dengan sos salad.
 
Sementara itu tingkatkan pengambilan vitamin B dengan mengambil bijirin sarapan pagi yang diperkaya dengan serat tetapi pilih yang rendah kandungan gula. Keperluan thiamin meningkat dalam trimester terakhir untuk membantu ibu mengeluarkan tenaga daripada makanan.
 
Kekacang, beras perang, sayur-sayuran hijau adalah sumber thiamin yang baik. Sediakan snek mudah diperbuat daripada sekeping roti bijian bakar dengan kacang panggang yang dapat membekalkan khasiat yang diperlukan.
 
 


Bila Kepala Bayi Turun?

Biasanya bila sudah masuk ke minggu-minggu akhir kehamilan, soalan yang kerap diajukan kepada ibu termasuklah “baby dah ‘turun’ belum?” Kadang kala ibu pun tidak tahu bagaimana keadaannya bila dikatakan bayi sudah ‘turun.’
 
Istilah ‘turun’ tersebut merujuk kepada keadaan di mana bila kepala bayi sudah bergerak masuk ke dalam rongga pelvis ibu. Biarpun kepala bayi masuk ke dalam rongga pelvis berlaku di akhir kehamilan iaitu ketika ibu hampir hendak bersalin tetapi ia juga bergantung kepada banyak perkara.  Ada juga situasi dimana kepala bayi sudah turun awal, tetapi ibu masih belum bersalin lagi.
 
Setiap kelahiran bayi itu adalah berbeza maka setiap bayi juga turun pada masa yang berbeza menjelang akhir kehamilan. Apabila saatnya tiba, bayi akan bergerak ke bawah kerana bahagian bawah rahim sudah mengembang.  Kepala bayi atau punggungnya (jika bayi berkedudukan songsang), akan berada rendah dalam rongga pelvis ibu.
 
Bila ibu mengalami keadaan tersebut, tiba-tiba ibu berasa seperti ringan dan mudah bernafas. Namun tekana bayi ke atas pundi kencing di bawah membuatkan anda semakin kerap ke tandas. Ibu yang hamil pertama kali mungkin melalui proses bayi turun pada minggu ke-36, bagaimanapun ada bayi hanya mula turun apabila proses kelahiran bermula.
 
Berikut adalah beberapa perkara yang memainkan peranan dalam menentukan bila bayi anda turun:
 
*Bayi berada dalam posisi posterior, iaitu dia membelakangkan belakang anda. Dalam posisi ini, sukar bagi bayi untuk turun dan proses kelahiran juga boleh menjadi sukar.
 
*Bayi mempunyai banyak ruang untuk bergerak. Ini boleh berlaku jika terdapat banyak cecair amnion atau anda pernah mempunyai bayi sebelum ini. Bayi anda mungkin berbaring merentasi perut anda (melintang) atau pada satu sudut (serong). Dalam posisi-posisi ini, dia kemungkinan besar tidak turun sebelum proses kelahiran bermula.
 
*Bentuk pelvis anda, posisi plasenta, atau kehadiran ketumbuhan tidak berbahaya (fibroid). Kesemua ini boleh memberi kesan sama ada dan bila bayi anda turun.
 
*Bayi anda besar. Dalam kes ini, bayi mungkin tidak turun sehingga kontraksi bermula.
 
*Ibu  hamil kembar dua atau lebih.
 
 


Thursday, August 14, 2014

Bagaimana Air Ketuban Pecah




Air Ketuban Pecah Ketika Mengandung - Apakah Ia?
 
 Pemecahan pundi amnion diikuti dengan terpancutnya air. Memberi isyarat bahawa bayi anda bersedia untuk dilahirkan.

Air Ketuban Pecah Ketika Mengandung - Apakah Puncanya?

 Tiada siapa yang tahu dengan pasti apakah yang meransang kimia tubuh untuk memulakan reaksi ini, tetapi pakar-pakar menyatakan kepada beberapa sebab yang rumit termasuk isyarat otak daripada janin.(Sedia atau tidak, saya datang mak!)

Apa yang perlu anda tahu?

 Jangan terlalu bimbang jika anda mengalami air ketuban pecah ketika anda berada dalam masa melahirkan. Hanya sebilangan kecil mengalami ketuban pecah sebelum mereka berada dalam bilik bersalin. Jika air ketuban anda tidak pecah semasa berada di khlayak ramai, ia mungkin tidak datang sebagai "banjir memalukan" tetapi meleleh perlahan, cecair yang tidak berwarna atau berbau (jika cecair berwarna kekuningan dan berbau ammonia ia mungkin air kencing). Telefon doktor anda atau segera ke hospital tetapi harus diingat proses bersalin tidak akan berlaku serta-merta dan ia mungkin bermula selama 12 hingga 24 jam (anda tidak akan kehabisan cecair amnion dalam masa yang sama - badan anda terus menghasilkannya sehingga saat kelahiran). Dan jika kontaksi anda tidak bermula dengan sendirinya dalam masa 24 jam, doktor anda mungkin akan mendorong anda untuk memulakan proses bersalin.

Apa yang anda boleh lakukan tentangnya?
  • Doktor anda mungkin telah memberi anda satu set arahan untuk anda ikuti apabila air ketuban anda pecah. Patuhinya. Jika anda tidak ingat arahan, atau ada keraguan tentangnya, telefon doktor tidak kira siang atau malam.
  • Jika anda diarahkan untuk menunggu pengecutan dalam tempoh 12 jam akan datang atau lebih anda perlu menjaga diri dan bayi anda daripada jangkitan kerana perlindungan telah pecah. Gunakan pad maxi, bukannya tampons, untuk mengekalkan cecair amnion daripada membasahi pakaian anda, dan jaga kawasan faraj anda supaya sentiasa bersih. Apabila anda ke bilik air, berhati-hati terutamanya ketika mengelap dari depan ke belakang. 
  • Panggil doktor anda dengan segera jika cecair yang keluar kelihatan hijau atau coklat yang mungkin bermakna bayi anda ada "bowel movement" dalam rahim.
  • Pundi omnion jarang pecah sebelum 37 minggu kehamilan anda, tapi panggil segera doktor anda jika anda fikir anda mengalaminya.
  • Jika anda sesuatu dalam faraj anda, atau melihat mana-mana bahagian tali pusat pada pembukaan faraj, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
 
Sumber: kesihatanibumengandung.blogspot.com

Monday, August 11, 2014

Makanan Ibu Mengandung Menurut Islam


Pemakanan yang betul sangat penting untuk memastikan perkembangan janin di dalam kandungan. Janin di dalam kandungan bergantung sepenuhnya kepada ibu mereka untuk bekalan makanan berkhasiat.

Wanita hamil digalakkan tidak mengikut perasaan makan tanpa memikirkan kebaikan atau keburukan jenis makanan yang diambil. Penting untuk memastikan makanan yang diambil memenuhi semua keperluan tenaga, protein, vitamin dan garam mineral.

Digalakkan bagi wanita hamil makan makanan semulajadi dengan tahap minimum jika ia sudah diproses. Hal ini untuk memastikan tiada bahan sintetik yang berlebihan di dalam tubuh yang mengakibatkan kelemahan sistem tubuh seterusnya tidak dapat berjalan dengan baik.

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah saw, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr. Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung dari Segi Perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam Rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat Rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ Rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Manakala hasil kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usu besar. Selain itu, membantu merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut. Ini adalah antara kajian sains yang telah dibuat berdasarkan perincian kelebihan buah kurma tersebut.

 Konsep bersalin alami ini tidak dijamin Berjaya sekiranya ibu tidak mengawal pemakanannya semasa mengandung. Semasa mengandung, ibu tidak digalakkan makan gula putih dan produk yang mengandungi garam halus (vaccum salt, iodinized salt), susu tepung ibu hamil dan bahan yang dibuat dari gandum (kecuali tepung atta atau gandum asli). Pemakanan secara semulajadi ini penting dalam memastikan pembentukan salur darah uri dan tumbesaan anak kerana ia berkait rapa dengan kejadian darah tinggi dan kencing manis semasa hamil, juga pengeluaran susu selepas anak dilahirkan (do not delayed milk production).

Sekiranya terpaksa keluar makan dan makanannya meragukan, ambil sesudu kecil madu asli (tidak guna sudu besi) sebelum keluar rumah atau dalam 15 minit sebelum makan makanan tersebut. Kalau keadaan yang terpaksa, mintalah perlindungan Allah swt kerana Allahlah yang paling mengetahui keadaan kita dan dalam keadaan terpaksa, janganlah kita mengambil lebih dari yang perlu.

Ingatlah Allah swt itu sangat mengetahui apa yang kamu sembunyikan dalam hati-hati kamu. Selalulah bertaubat sekiranyan kita insan yang suka mengikut hawa nafsu dalam kehidupan seharian kita. Selalulah memilih untuk merendah diri dengan sesiapa sahaja.

Islam ini sangat indah dan sangat selari dengan fitrah baik dalam diri manusia. Kemodenan hari ini adalah tidak seimbang dan menyebabkan manusia berada dalam keadaan tekanan yang melampau dan mencetuskan pelbagai konflik dalaman yang akhirnya menyebabkan manusia menjadi lemah jiwa dan mencetuskan pelbagai konflik dalaman yang akhirnya menyebabkan manusia menjadi lemah jiwa dan lemah fizikal akibat penyakit.

“Ya Allah, berkatilah usaha aku. Peliharalah anakku selama dia dalam kandunganku Ya Allah. Sihatkan dia Ya Allah. Engkaulah yang menyembuhkan. Tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu Ya Allah”

Sumber: www.siraplimau.com

Tuesday, July 1, 2014

Panduan Berpuasa Ketika Hamil



Jika tahap kesihatan baik, berpuasa ketika mengandung adalah saat yang disyukuri oleh ramai ibu  hamil. Inilah masanya untuk mereka berpuasa penuh di bulan Ramadhan kerana tiada kedatangan darah haid.
Bagaimanapun bukan semua wanita hamil mampu berpuasa penuh atas sebab mereka mempunyai tahap kesihatan yang tidak mengizinkan. Berikut adalah golongan yang tidak dibenarkan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan:
 Wanita yang ada sejarah kontraksi pramatang (sebelum minggu ke-36 kehamilan).
 Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi tidak terkawal.
 Melalui kehamilan yang sukar seperti menjalani prosedur IVF dan seumpamanya untuk mengandung.
 Kandungan atau diri sendiri mempunyai komplikasi kencing manis.
✔ Mereka yang pernah mengalami pendarahan (terutama pada usia kandungan 12 minggu ke atas).
 Mempunyai sejarah keguguran atau mahu gugur.
✔ Muntah berlebihan.
 Cirit-birit yang teruk.
 ✔ Kerap keletihan sepanjang mengandung.
 Mengalami masalah anemia.
 ✔ Perlu sentiasa berehat di atas katil (bed-rest).
Sekiranya anda sihat untuk berpuasa, jangan ambil mudah soal pemakanan terutama ketika berbuka puasa dan bersahur. Pastikan anda mengambil cecair antara satu setengah liter hingga dua liter sehari. Ia boleh diminum semasa berbuka, sela masa antara waktu berbuka dan sahur serta ketika sahur.
Semasa berbuka puasa, jangan makan dengan cepat. Mulakan dengan memakan kurma diikuti mengambil jus buah-buahan dan makan makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks. Dengan itu, anda akan mendapat tenaga untuk tempoh yang lama.
Sekiranya ibu hamil menghidap penyakit darah tinggi, anda perlu tahu tahap tekanan darah. Jika ia di paras garis sempadan, anda boleh berpuasa. Namun, dapatkan pemeriksaan kesihatan doktor. Jika tekanan darah tinggi sukar dikawal, pengambilan ubat memainkan peranan. Jika keadaan mendesak, ibu dinasihatkan berpuasa selang hari.
Bagi ibu yang menghidap kencing manis, sekiranya paras glukosa dalam tubuh tidak dikawal dengan sebaiknya, ia boleh menyebabkan bayi lemas dalam kandungan. Ibu yang perlu mengambil insulin setiap hari tidak boleh berpuasa sama sekali.
Bagaimanapun sekiranya kencing manis yang dihidapi hanya memerlukan ibu menjaga diet pemakanan, maka dibolehkan berpuasa dengan pemantauan doktor.
Petanda bahaya ibu perlu berbuka puasa :
  Tiba-tiba mengalami pendarahan walaupun hanya sedikit sahaja.
 Kontraksi pramatang iaitu empat kali atau lebih dalam masa sejam. Biasanya disebabkan oleh penyahidratan.
 Terlalu letih.
  Mengalami pening.
✔ Sakit kepala yang teruk.
 ✔ Bayi dalam kandungan kurang bergerak.
  Hyperglacemia akibat kekurangan gula.
 Penglihatan mengalami kekaburan.

Sumber: pama.karangkraf.com

Saturday, June 21, 2014

Cara Hilangkan Kaki Bengkak Ketika Mengandung


Kenapa Kaki Bengkak Ketika Hamil?

Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.



Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:

* Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan.
 
* Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.

* Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.

* Rendam kaki dalam air sejuk.

* Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.

* Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.

 * Minum air secukupnya. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki.

* Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.

* Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.

* Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.

* Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.

* Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food. Pengambilan suplemen/vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang seimbang demi memastikan ibu terus sihat dan bayi yang dikandung membesar dengan baik.

Berhati-hati


Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami:

* muka atau keliling mata bengkak.
* tekanan darah tinggi.
* kencing kotor.
* sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.

Friday, June 20, 2014

6 Tanda Ibu Hampir Bersalin


Pada hujung kehamilan, kebanyakan bakal mama mula berasa gentar kerana hari melahirkan bayi semakin menghampiri. Biarpun tidak sabar hendak menatap wajah comel yang dinanti, jauh di sudut hati tetap rasa berdebar.
Tidak kira sama ada ini pengalaman pertama atau pengalaman yang seterusnya, perasaan takut tetap sama. Tetapi sudah tentu bakal mama yang baru pertama kali lagi kuat debarannya. Bagi ibu yang berpengalaman, pasti sahaja sudah sedia maklum apa tanda-tanda yang menunjukkan masa bersalin semakin hampir.
Untuk bakal mama yang baru pertama kali, jom semak tanda-tanda berikut supaya anda lebih bersedia menghadapi saat-saat mendebarkan tersebut.
1. Ngilu di bahagian ari-ari
Semakin anda hampir hendak bersalin, rasa ngilu dan pedih di bahagian ari-ari akan kerap terasa. Bakal mama juga lebih kerap membuang air kecil mahu pun besar, sakit perut serta buang angin. Ini disebabkan tekanan kepala bayi yang sudah turun ke bawah laluan tulang pelvik.
2. Sakit tulang belakang
Kesakitan di pinggul dan tulang belakang semakin kuat dirasakan. Ini kerana di akhir kehamilan, berlaku pergerakan pada janin yang akan menekan tulang belakang ibu.
3. Keluar lendir berdarah
Ada sesetengah bakal mama akan mengalami keluarnya lendir bercampur darah sebagai tanda hendak bersalin. Ia berlaku disebabkan pintu rahim dalam proses pembukaan. Jika anda mengalami tanda ini, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan saiz bukaan pintu rahim.
4. Keluar air ketuban
Tidak semua bakal mama mengalami situasi ini. Bagi yang mengalami pecah air ketuban dari vagina iaitu air jernih yang mengalir sedikit atau deras, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan segera. Biasanya tidak lama kemudian ibu akan bersalin.
5. Kontraksi rahim
Jika memang sudah sampai masanya, anda akan mengalami sakit kontraksi yang beturutan bermula sejam sekali sehingga  lima minit sekali dan menjadi semakin kerap. Bagaimanapun adakalanya sesetengah ibu akan mengalami kontraksi palsu. Jadi, ibu perlu kenal mana satu sakit kontraksi yang betul.
6. Bukaan pintu rahim
Semakin mendekati saat melahirkan, tanda yang paling jelas sekali adalah proses pembukaan rahim. Inilah kemuncak momen indah sebelum bergelar ibu. Walaupun sakit kontraksi iaitu proses pintu rahim terbuka dari 1 hingga 10 cm ini adalah kesakitan yang paling sakit  namun ia satu nikmat kelegaan saat kepala bayi mula keluar dari pintu rahim ibu.