Showing posts with label kebahagiaan rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label kebahagiaan rumahtangga. Show all posts

Friday, August 29, 2014

Tip Agar Disayangi Suami

 
Sebagai isteri, tentu sahaja kita mahu menjadi orang yang paling disayangi dan dicintai oleh suami. Cinta dan kasih sayang perlu dibajai sentiasa agar ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Sudah tentu ia memerlukan usaha dan inisiatif daripada pihak isteri sendiri.
 
Isteri perlu bijak menarik perhatian suami supaya diri terus menjadi fokus utama biarpun suami sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Gunakan tip berikut sebagai senjata ampuh anda bergelar isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumah tangga.
  1. Sentiasa pastikan diri berhias sepanjang masa bersama suami
Seorang isteri hendaknya berhias untuk suaminya kerana setiap kali isteri berhias untuk suami ia akan lebih membuatkan suami rasa cinta kepadanya. Bahkan salah satu cirri isteri yang baik adalah yang menyenangkan suami ketika dipandang. Ia termasuk hal menjaga kebersihan badan, menyikat rambut, memakai wangian, memakai pakaian yang menarik dan lain-lain lagi.
 
  1. Pandai bergurau senda dengan suami
Suami pasti bahagia apabila mempunyai isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda dan sering tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.
 
  1. Sentiasa mendahulukan suami, menghormati pandangannya
Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteri. Dalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu. Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan.
 
  1. Minta izin
Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa.
 
  1. Bersikap sederhana
Jadilah isteri yang bersikap sederhana dalam apa jua perkara. Jangan keterlaluan meminta itu dan ini kepada suami apatah lagi jika melebihi kemampuan suami.
 
  1. Memanjakan suami
Suami amat suka dimanjai oleh orang yang dia cintai. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai. Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.
 
  1. Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan
Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.
 
  1. Hormat hak peribadi suami
Jangan terlalu busybody seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan ssebagainya.
 
  1. Jangan sesekali membanding-bandingkan suami anda dengan lelaki lain
Lelaki paling rasa tercabar sekiranya isteri gemar membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ye!
 
  1. Sentiasa menjaga maruah suami
Tidak kira di mana anda berada atau dengan siapa anda bersama pastikan maruah suami sentiasa terpelihara.
 
  1. Menyokong suami
Tidak kira di waktu susah atau senangnya. Memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.
 
  1. Mencintai suami sepenuh hati
 
 

Saturday, August 9, 2014

Pesan Ustaz Pada Suami Yang Curang


Untuk suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini:


Suami: Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk.

Ustaz: Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri.

Suami: Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya.

Ustaz: Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu.

Suami: Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya.

Ustaz: Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu?

Suami: Tapi ustaz..

Ustaz: Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalu bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya keran kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu. Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak-anakmu.


Sumber: www.siraplimau.com