Friday, June 27, 2014

AUTUMNZ Passion Double Electric Breast Pump Review


Ada tak mommy2 yang tengah survey breast pump sekarang ni? Mommy nak kami rekemenkan satu breast pump yang memang berbaloi untuk mommy dapatkan? Bukan saja harganya berpatutan tau tapi kualiti pam ni jugak setanding dengan pam import. Ini bukan rekaan, tapi nilah feedback yang kami dapat dari customer. 

Pada mommy yang dah lama usha breast pump ni, tak payah pening kepala lagi nak pikir berbaloi ke tak beli breast pump ni. Lepas baca produk review ni,  mommy boleh buat tempahan laju2 tanpa was-was! :)

 Jom tengok apa bestnya AUTUMNZ PASSION DOUBLE ELECTRIC BREAST PUMP ni!

CIRI-CIRI BEST PAM :

HEAVY DUTY - Pam ni ada 2 MOTOR so memang sangat sesuai untuk penggunaan yang kerap
4 PUMPING MODES - Mommy boleh pilih nak mod pam camana (pam SEBELAH KIRI ATAU KANAN SAJA, DUA2 BELAH SERENTAK atau SELANG-SELI (sebelah release, sebelah pam)
✔ Ada 2-PHASE EXPRESSION - Stimulate & Express mode (suction tak sakit & macam baby hisap)
✔ Ada 9 SUCTION LEVEL
CONVERTIBLE - Mommy boleh convert pam ni jadi manual. PERCUMA CONVERSION KIT!
✔ Guna TOUCN SCREEN SKRIN - The only pam yang guna touch screen. Canggih!
✔ Boleh guna ELEKTRIK ataupun BATERI (4x AA bateri)
SENYAP - Tak ganggu orang kat manapun mommy pam!
✔ Ada ULTRA-SOFT MASSAGE SILICONE SHIELD pada corong pam buatkan suction tak sakit pada nipple
RINGAN - Hanya 500g!
PERCUMA 2X BOTTLE ADAPTOR - Mommy boleh pam masuk ke standard atau wide neck bottle. Takde masalah!
Part senang nak basuh lepas pam
USER FRIENDLY - Senang nak pasang & guna
WARRANTY - 1 tahun

TESTIMONI CUSTOMER :

Jom kita tengok feedback yang kami terima daripada customer tentang pam ni!


Pada asalnya, mommy ni cuma order penutup botol untuk botol Avent anaknya. Tapi, tak lama lepas tu, mommy ni contact kami semula untuk beli AUTUMNZ PASSION sebab masa tengah guna pamnya yang sebelum ni, pam tu bermasalah. Lagipun dah lama mommy ni guna pam yang sebelum ni. Dah 5 tahun since anak mommy ni yang sulung. Sekarang, mommy ni dah masuk anak ketiga :)

Bila barang sampai, mommy ni terus whatsapp kami beritahu barang & excited inform kami yang dia sangat puas hati dengan pam yang dibelinya. Katanya pam ni mudah nak guna, tak sakit & macam pam elektrik Avent (bukan kami kata tau, customer ni yang beritahu..huhu)


Tak lama lepas kami post pasal testimoni mommy ni, ada mommy lain yang bertanya pasal pam ni. Mommy ni berminat jugak nak beli sebab katanya pam yang dia guna masa tu bising. Nak pampun segan. So, kami tanya feedback mommy yang dah guna tadi tentang bunyi pam AUTUMNZ PASSION ni. Ni feedback dia :)

Sebab pam ni memenuhi syarat (tak bising), mommy yang berminat nak beli pam nipun terus meneruskan niatnya. Nak tau, apa feedback mommy ni pulak lepas guna pam ni? Jom tengok sini..


Okay, ni feedback mommy yang kedua tu. Katanya susunya lebih banyak keluar masa pam guna AUTUMNZ PASSION ni berbanding pamnya yang sebelum tu. Dan part yang paling dia suka mestilah sebab pam ni takde bunyi..senyap je! Nak pampun dah tak segan. Nak gunapun senang :)

HARAPAN KAMI :

Hopefully produk review ni sedikit sebanyak boleh tolong mommy buat pilihan untuk mendapatkan pam yang terbaik. Kami faham, mommy perlukan review2 seperti ini supaya membantu mommy membuat pilihan. Bak kata pepatah, "Alah membeli, menang memakai" Betul tak? :)

UNTUK TEMPAHAN :

Untuk pengetahuan mommy, harga pam ni saja di pasaran RM499. Dengan set ni, mommy akan dapat PERCUMA CONVERSION KIT untuk tukarkan pam ni kepada pam manual & BOTTLE ADAPTOR untuk memudahkan mommy pam direct ke dalam storage bottle yang mommy ada. Means, mommy dah tak perlu nak transfer susu lagi lepas ni untuk masuk ke botol lain sebab dengan adaptor ni, mommy boleh guna storage bottle size standard ataupun wide neck.

Untuk tempahan pam ni dari kami, kami akan berikan mommy BONUS ni sebagai tambahan kepada 2x free gift di atas :

4x AUTUMNZ Storage Bottle
3x AUTUMNZ Ice Pack
1x AUTUMNZ Foldaway Cooler Bag
FREE DELIVERY

 Untuk mommy yang berminat, mommy boleh guna salah satu cara ni untuk buat tempahan :

1. Website
3. Whatsapp/SMS 012-7095517







Bahaya Botol SUSU BPA


Apakah BPA?

  • BPA bermaksud Bisphenol A, bahan yang dimasukkan ke dalam semua produk polycarbonate (plastic), seperti botol susu bayi, cawan sippy, mainan bayi dan lain-lain.
  • BPA juga boleh didapati dalam lapisan beberapa tin susu formula bayi. Ia adalah bahan kimia yang popular kerana ia tahan lama dan tahan haba.

Adakah botol susu BPA membahayakan anak anda?

  • Kajian menunjukkan pendedahan jangka panjang botol susu bayi polycarbonate yang mengandungi biphenol-A (BPA) mungkin boleh menjejaskan kesiahatan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak. Ibu bapa sering memanaskan botol pada suhu yang tinggi atau gelombang mikro untuk membasmi kuman. Akan tetapi, bayi anda boleh menelan kuantiti kecil BPA yang dikeluarkan oleh botol polycarbonate jika botol telah dipanaskan pada suhu yang tinggi.
  •  Sesetengah kajian menunjukkan bahawa BPA adalah selamat dalm dos yang disyorkan. Akan tetapi, kebanyakan kajian menunjukkan bahawa BPA meningkatkan risiko kesihatan yang negative kepada manusia walaupun dos yang rendah.

 Bagaimanakah botol susu BPA boleh menjejaskan anak anda?

  • Kajian menunjukkan BPA adalah bahan gangguan hormone yang meniru hormone estrogen. Bahan kimia ini mendorong “palsu” estrogen menjejaskan badan bayi anda dai segi keseimbangan hormone yang diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat. Pendedahan kepada BPA yang tinggi boleh dikaitkan dengan perkembangan system pembiakan bayi lelaki dan permulaan awal baligh bagi bayi perempuan. BPA boleh meningkatkan risiko kanser payudara, ovary atau kanser prostate pada lewat usia. BPA boleh menjadi factor risiko untuk gangguan hiperaktif (ADHD) dan boleh menjejaskan aktiviti kimia otak, walaupun dalam dos yang rendah. Disebabkan berat badan yang rendah, system organ yang tidak matang dan kadar metabolic yang tinggi, kanak-kanak dan bayi lebih senang terjejas kepada kesan negative BPA.

  Bagaimanakah botol susu BPA boleh menjejaskan bayi dalam kandungan?

  • Beberapa kajian menunjukkan pendedahan BPA boleh memberi kesan negative pada system saraf janin. Janin akan terdedah kepada BPA dimana ibu hamil memanaskan makanan dalam bekas polycarbonate atau minuman dari botol air yang dibuat dengan BPA. BPA juga telah dikaitkan boleh meneingkatkan risiko keguguran.

 Apakah langkah-langkah penggunaan dan pemilihan botol susu?

  • Anda dinasihati memilih botol kaca. Kaca tidak mengandungi mana-mana plastic. Jadi ia tidak mempunyai apa-apa bahan kimia yang kontroversi.
  • Menggunakan jag berisi air panas atau pemanas susu botol yang khas untuk memanaskan botol polycarbonate anda.
  • Memilih botol susu BPA FREE walaupun harganya adalah lebih mahal berbanding botol susu mengandungi BPA.
  • Memilih botol susu plastic yang boleh dikitar semula. Kebanyakan produk polycarbonate tidak dikitar semula. Jika botol susu plastic boleh dikitar semula, ia dianggap plastic “selamat”. Terdapat logo kitar semula yang boleh dikesan di bahagian bawah botol, mempunyai segi tiga yang diperbuat daripada tiga anak panah.
  • Perhatikan nombor kitar semula. Elakkan membeli botol susu plastic bertanda “7” atau “PC”, yang mungkin masih mengandungi BPA. Anda harus membeli botol susu bayi yang mempunyai nombor 1, 2, 4 atau 5 di dalam segitiga di bahagian bawah botol yang dikatakan lebih selamat.


Untuk tempahan botol susu BPA FREE:

Whatsapp/SMS 012-7095517


·          



Thursday, June 26, 2014

Cara Yang Betul Untuk Memberi Bayi Makan



1-      Anak berada dalam keadaan selesa

Pangku bayi anda semasa memberinya makan. Tinggikan sedikit bahagian kepala supaya dia dapat makan dengan lebih selesa. Untuk menjaga kebersihan pakaian bayi, gunakanlah bib.

2-      Makanan yang sesuai

Makanan pertama yang anda perkenalkan kepada bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa. Biasanya pada peringkat permulaan, bayi akan lebih senang menerima bubur nasi kerana tekstur dan rasa yang seakan susu.

3-      Tidak terlalu panas

Makanan bayi tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Cukuplah sekadar suam-suam. Selain itu, jangan suapkan terlalu banyak makanan pada satu-satu masa. Beri anak anda makan sedikit demi sedikit. Cara ini akan memudahkan anak untuk belajar menelan makanan dan dalam masa yang sama belajar makan menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu.

 4-      Bersabar

Pertama kali memberi anak makan memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yang diberi. Mungkin sebab dia belum biasa untuk makan. Jadi, ambillah masa yang secukupnya.

5-      Jaga kebersihan

Pastikan semua peralatan yang digunakan termasuklah makanannya bersih daripada sebarang kekotoran untuk mengelakkan bayi anda sakit perut. Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak berasa serik untuk makan. Ingat, memberi anak makan adalah untuk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan untuk mendapat penyakit.

 6-      Pastikan betul-betul lapar ketika itu

Ramai berpendapat, waktu terbaik untuk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun daripada tidur pada waktu pagi. Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika ini biasanya bayi akan berasa lapar. Agar bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat, beri mereka minum sedikit susu dahulu sebelum meneruskannya dengan memberi makan.

Tambahan:

Masa terbaik untuk memberikan anak makan buat kali pertama ialah pada waktu pagi ataupun tengahari. Anda dinasihatkan agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yang alah terhadap sesetengah jenis makanan. Jika hal ini berlaku pada waktu siang, mudahlah bagi anda untuk membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.



Menyusu Badan Di Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan atau lebih senang lagi bulan puasa bagi umat Islam seluruh dunia sudah pun menjelang tiba. Bagi wanita mengandung dan menyusu badan telah diberikan rukhsah atau kelonggaran untuk tidak berpuasa kerana khuatir akan memudaratkan dirinya dan juga bayi.
Ramai ibu-ibu mengandung yang keliru dan bimbang samada mereka dapat menunaikan ibadah berpuasa seperti biasa sambil menyusu badan anak. Banyak persoalan yang timbul di fikiran mereka mengenai hal ini. Antara persoalan yang diajukan ialah:
Adakah berpuasa memberi kesan kepada susu ibu?
Berdasarkan Dr. Swee Lee(perunding pediatrik dan laktasi), berpuasa selama 12 atau 14 jam sehari lansung tidak memberikan kesan kepada kualiti dan jumlah susu badan ibu melainkan jika si ibu mengalami malnutrisi atau ketidakseimbangan makanan yang jarang berlaku di Malaysia.
Ibu juga tidak perlu risau akan masalah kekurangan air semasa berpuasa sambil menyusukan anak kecuali si ibu ada melakukan aktiviti berat yang memerlukan tenaga yang banyak dan menyebabkan kehilangan air yang banyak.
Sebenarnya pengambilan makanan tidak memberi kesan yang besar kepada pengeluaran susu badan. Kuantiti susu yang terhasil sebenarnya bergantung kepada bayi anda.  Apabila bayi menghisap puting ibu, satu deria rasa akan ke otak ibu dan melepaskan dua hormon.
  • Prolaktin- hormon pengeluaran susu.
  • Oksitoksin- hormon yang membolehkan pengaliran susu.
Secara ringkasnya lebih banyak susu yang diperlukan oleh bayi, lebih banyak mereka menyusu dan lebih banyak susu akan dikeluarkan dan dihasilkan.
Adakah berpuasa semasa menyusu badan membahayakan ibu?
Kebiasaannya badan anda atau ibu dapat bertahan jika berpuasa. Walaubagaimanapun, menyusu badan membuatkan diri ibu sangat dahaga. Jika anda ternyahidrat atau kurang air dalam badan, anda akan rasa tidak sihat.
Sebenarnya, anda atau para ibu dapat mengagak bahawa diri sedang ternyahidrat.
 Anda rasa sangat dahaga.
✔ Air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat.
 Anda rasa seperti hendak pitam, lemah dan lesu.
 Anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Jika anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, anda seharusnya berbuka dengan meminum air dan berehat. Jika masih tidak sihat digalakkan untuk segera berjumpa doktor.
Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Jangan hanya sekadar minum sahaja, penting bagi anda untuk mendapatkan nutrien, kalori, dan serat daripada makanan. Disarankan agar anda mempunyai bekalan makanan dan minuman yang mencukupi di malam hari.
Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan bayi saya?
Jawapannya ialah tidak kerana seperti dijelaskan di atas bahawa berpuasa tidak memberi kesan kepada susu badan. Bayi masih memperolehi nutrien yang sama yang terkandung di dalam susu ibu samada ibu berpuasa atau tidak.
Nasihat saya penyusuan badan perlu diteruskan kerana susu ibu mempunyai nutrien yang lengkap dan jangan jadikan Ramadhan sebagai alasan untuk tidak meneruskan penyusuan badan. Keputusan samada hendak berpuasa atau tidak, bergantung kepada diri anda sendiri.

Sumber: keluargabaru.com

Wednesday, June 25, 2014

Mainan Terbaik Untuk Bayi Satu Tahun


Memilih mainan untuk bayi sebenarnya antara faktor yang boleh membantu perkembangan mereka, jika ia dilakukan dengan betul. Bagi bayi, mainan bukanlah sekadar satu bentuk hiburan sahaja.
Seawal usia 1 tahun, mainan mendorong perkembangan dan pembelajaran bayi untuk mengenal dunia. Jadi, mainan yang sesuai dengan umur bayi dan mampu merangsang fungsi kognitif, fizikal dan perkembangan sosial bayi adalah jauh lebih baik daripada mainan yang sekadar memberikan hiburan.

6 Bulan Pertama


 Rattles (Mainan kerincing)
 Rantai dan gegelang plastik
✔ Plush toys yang berbunyi atau mempunyai bahagian bertekstur
Bola, bongkah dan mainan bertekstur
✔ Teething rings (Gegelang gigit) dan Teething toys (Mainan pertumbuhan gigi)
 Cermin yang tidak pecah dan buku kain


6 hingga 12 Bulan


 Alat muzik asas
 Susunan bentuk
 Pop up toys
 Bongkah lembut
✔ Mainan tarik
✔ Mainan tekan yang mengeluarkan bunyi
 Telefon tangan plastik
 Mainan ‘timbunan’ seperti nesting cups dan stacking toys

Tummy time itu penting


Pada 6 bulan pertama kelahiran bayi anda, mainan terbaik adalah yang merangsang perkembangan deria rasa dan pergerakan mereka. Bayi lebih tertarik kepada mainan yang berwarna hitam dan putih atau yang berwarna cerah dan garang. Mainan yang bertekstur pula sesuai apabila bayi anda mula mencapai dan memasukkan barang ke mulut mereka.
Antara pilihan mainan terbaik untuk bayi 6 bulan ke bawah:
Pada usia ini, mainan yang merangsang kordinasi sebab dan akibat, dan juga kordinasi tangan dan mata adalah pilihan yang terbaik. Apa saja yang mempunyai butang, menghasilkan bunyi, boleh dijatuhkan, disusun, dibuka atau ditutup akan menarik minat anak anda. Antaranya:
Semasa bermain dengan bayi anda, adalah sangat penting untuk anda luangkan masa juga untuktummy time. Bayi perlu juga meluangkan masa dengan meniarap bagi menggalakkan perkembangan otot dan untuk mengelakkan bahagian kepala mereka menjadi rata.
Semasa memilih mainan untuk bayi anda, adalah penting untuk diingati bahawa mainan yang elok adalah yang melibatkan interaksi dengan anak anda; bukan mainan untuk ditonton semata-mata. Lebih banyak mainan itu bergerak sendiri, lebih kurang interaksi bayi anda dengan mainan tersebut.
Semasa usia 1 tahun ini bayi anda akan belajar pelbagai kemahiran baru. Bermain dengan mainan yang sesuai dengan usia mereka akan membantu mereka memupuk kemahiran tersebut dan seterusnya membantu anak anda membesar dengan baik.
Sumber: keluargabaru.com
Untuk tempahan mainan:
Website
Facebook
Whatsapp/SMS 012-7095517