Showing posts with label pemakanan. Show all posts
Showing posts with label pemakanan. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

Makanan Berisiko Kepada Bayi

 
Semakin membesar si comel, semakin teruja mama menyediakan pelbagai pilihan makanan. Tidak sabar hendak membenarkan bayi comel turut menyertai makan sekeluarga di meja makan. Tetapi awas, biarpun bayi anda semakin membesar, bukan semua jenis makanan dia boleh makan.
 
Jika selama ini anda puas membiasakan bayi dengan makanan pejal dan nampaknya dia tiada masalah mencuba pelbagai rasa yang berbeza namun masih ada beberapa jenis makanan yang dia tidak boleh ambil sebelum menyambut ulang tahun pertamanya.
 
*Sesetengah jenis makanan laut mungkin mengandungi merkuri (raksa) yang boleh menjejaskan sistem saraf bayi yang sedang berkembang. Makanan laut seperti kerang-kerangan mentah juga boleh mengakibatkan risiko keracunan makanan.
 
*Telur mentah atau kurang masak. Pastikan telur yang diberi kepada bayi anda dimasak sempurna sehingga bahagian putih dan kuningnya keras.
 
*Makanan rendah lemak, rendah kalori dan berserat tinggi juga tidak sesuai untuk bayi. Bayi memerlukan makanan yang tinggi kandungan tenaganya.
 
*Kekacang. Jangan beri bayi makan kacang sehinggalah usianya mencapai lima tahun kerana ia boleh menyebabkan bayi tercekik.
 
*Garam. Jangan tambah garam dalam makanan bayi kerana buah pinggang bayi masih belum mampu memprosesnya. Elakkan memberi bayi makanan yang masin, periksa label pada bungkusan makanan yang dibeli.
 
*Gula. Makanan dan minuman manis tidak elok untuk pertumbuhan gigi bayi dan boleh menggalakkan bayi menggemari makanan manis. Elakkan memberi bayi makanan manis seperti puding, aiskrim, biskut atau gula-gula sehingga dia berusia dua tahun ke atas.
 
 

Thursday, August 21, 2014

Pemakanan Kanak-Kanak yang kurang Berat Badan

Pengenalan

Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.
 

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan berat badan?

  • Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
  • Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
  • Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?

  • Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
  • Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.
  • Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:

  • Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
  • Penyakit seperti jangkitan cacing.
  • Tekanan.
  • Senaman yang berlebihan
  • Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
  • Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:

  • Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.
  • Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
  • Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
  • Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.
  • Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.
  • Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
  • Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.

Apakah yang patut anak saya makan?

Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin.
 
 

Berapa banyakkah harus anak saya makan?

  • Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia makan.
  • Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.
  • Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang.
  • Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar.

Bagaimana saya boleh bantu anak saya rasa positif tentang imej dirinya?

  • Perlu diingat bahawa setiap anak adalah unik dan begitu juga bentuk badannya. Kanak-kanak berbeza dari segi saiz, bentuk dan ketinggian. Mereka juga membesar pada kadar berbeza. Walau bagaimanapun, yang penting, anak anda sihat.
  • Jangan timbang anak anda terlalu kerap. Rumah sepatutnya tempat yang selesa dan tidak rasa terasing oleh kanak-kanak. Doktor mungkin mengesyorkan lawatan ke klinik yang kerap untuk memantau perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini untuk memperoleh maklumat mengenai berat badan anak anda. Selain itu, tumpukan perbincangan mengenai berat badan.
  • Berat badan sihat adalah berat yang boleh dikekalkan secara sihat dengan memastikan kanak-kanak cukup zat, aktif dan mempunyai perasaan yang positif terhadap tubuh badan dan saiz mereka.

Contoh menu

 
Hidangan Nasi Tomato (Hidangan 4 orang)
 
Bahan-bahan
  • 90g (1/2 cawan) beras
  • 1 sudu makan marjerin
  • 30ml (2 sudu makan) puri tomato
  • 125ml (1/2 cawan) jus tomato
  • 125ml (1/2 cawan) air
  • 5g (1/2 sudu makan) minyak sayuran
  • 10g (2 ulas) bawang putih, ditumbuk
  • 10g (2 cm) halia, dihancurkan
  • 60g (1 biji) bawang besar, dihiris
  • 100g (2 biji) tomato, dipotong dadu
  • 125g (1/2 cawan) daging yang empuk ( contoh: striploin), dihiris nipis
  • Garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
Cara memasak
  • Di dalam periuk nasi elektrik, tanak beras bersama puri tomato, ¼ jus tomato dan air. Tambah 1 sudu makan marjerin.
  • Sementara itu, tumis bawang putih, halia dan bawang besar dalam kuali berasingan. Masukkan tomato yang dipotong dadu serta baki jus tomato. Tambah hirisan daging dan masak hingga empuk. Tambah lebih air, jika perlu. (Untuk kanak-kanak kecil, gunakan daging cincang atau ayam)
  • Tutup api dan letakkan berasingan.
  • Sendukkan nasi ke dalam acuan jeli berbentuk bulat. Buat satu lekuk di tengah-tengah nasi dan letakkan daging yang telah ditumis ke dalam lekuk tersebut.
  • Telungkupkan nasi tomato berserta daging ke atas pinggan dan hidangkan.

Kandungan nutrisi setiap hidangan

 
Kalori (kkal) : 173.0
Protein (g) : 10.0
Zat Besi (mg) : 3.5
Lemak (g) : 2.0
Kalsium (mg) : 25.01 - 3 Tahun
 
 
 
 


 
 
          
  
      
   


 


 


Thursday, June 26, 2014

Cara Yang Betul Untuk Memberi Bayi Makan



1-      Anak berada dalam keadaan selesa

Pangku bayi anda semasa memberinya makan. Tinggikan sedikit bahagian kepala supaya dia dapat makan dengan lebih selesa. Untuk menjaga kebersihan pakaian bayi, gunakanlah bib.

2-      Makanan yang sesuai

Makanan pertama yang anda perkenalkan kepada bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa. Biasanya pada peringkat permulaan, bayi akan lebih senang menerima bubur nasi kerana tekstur dan rasa yang seakan susu.

3-      Tidak terlalu panas

Makanan bayi tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Cukuplah sekadar suam-suam. Selain itu, jangan suapkan terlalu banyak makanan pada satu-satu masa. Beri anak anda makan sedikit demi sedikit. Cara ini akan memudahkan anak untuk belajar menelan makanan dan dalam masa yang sama belajar makan menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu.

 4-      Bersabar

Pertama kali memberi anak makan memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yang diberi. Mungkin sebab dia belum biasa untuk makan. Jadi, ambillah masa yang secukupnya.

5-      Jaga kebersihan

Pastikan semua peralatan yang digunakan termasuklah makanannya bersih daripada sebarang kekotoran untuk mengelakkan bayi anda sakit perut. Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak berasa serik untuk makan. Ingat, memberi anak makan adalah untuk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan untuk mendapat penyakit.

 6-      Pastikan betul-betul lapar ketika itu

Ramai berpendapat, waktu terbaik untuk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun daripada tidur pada waktu pagi. Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika ini biasanya bayi akan berasa lapar. Agar bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat, beri mereka minum sedikit susu dahulu sebelum meneruskannya dengan memberi makan.

Tambahan:

Masa terbaik untuk memberikan anak makan buat kali pertama ialah pada waktu pagi ataupun tengahari. Anda dinasihatkan agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yang alah terhadap sesetengah jenis makanan. Jika hal ini berlaku pada waktu siang, mudahlah bagi anda untuk membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.



Wednesday, June 25, 2014

Food Feeder Membantu Anak-anak Makan Dengan Lebih Baik


Kajian menunjukkan bahawa air liur bayi yang berumur seawal 3 ke 4 bulan mengandungi enzim yang dapat mencerna karbohidrat. Ini bermaksud bayi pada umur ini sudah boleh menerima makanan pepejal berupa buah-buahan, sayuran, nasi, ikan dan daging.

Risiko Menyuap Makanan Menggunakan Sudu

Tercekik

Namun begitu, memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi bukanlah sesuatu yang mudah. Kebiasaannya ibu bapa akan memberi makan anak kecil mereka menggunakan sudu. Menyuap makanan secara pasif kebiasaannya akan ditolak oleh bayi. Mereka akan mengelak dan merengek menangis menolak suapan daripada ibu mereka. Perkara ini sangat berbahaya kerana cebisan makanan boleh masuk ke dalam saluran pernafasan bayi, boleh menyebabkan mereka tercekik semasa menangis.

Pencemaran

Menyuap makanan menggunakan sudu juga boleh menyebabkan pencemaran silang apabila si ibu meniup makanan panas di atas sudu. Bakteria daripada mulut boleh mencemari makanan bayi.
Risiko tersebut dapat dikurangkan apabila anak kecil menggunakan Food Feeder (‘penyuap makanan’) yang berbentuk seperti teether. Sudu dan mangkuk tidak diperlukan. Sebaliknya anda hanya perlu untuk menyediakan puri makanan bayi seperti biasa dan masukkan ke dalam poket Food Feeder.

Kelebihan Food Feeder

Bayi dapat makan dengan lebih selesa

Bayi lebih mudah untuk makan menggunakan Food Feeder kerana mereka akan menelan puri tersebut dengan cara mengunyah poket Food Feeder seolah-olah seperti menghisap puting botol susu. Mereka pasti lebih aktif mengunyah kerana cara makan yang lebih menepati cara biasa mereka meminum susu.
Bayi anda juga dapat menikmati makanan pepejal pertama mereka dengan selesa dan gembira. Ini mampu menstabilkan emosi mereka dan lebih merapatkan hubungan dengan ibu bapa kerana anda tidak perlu risau dan pening kepala menguruskan kecomotan bayi anda!

Khasiat makanan lebih banyak diserap

Apabila mereka dapat makan dengan selesa, risiko tercekik dapat dikurangkan. Tambahan lagi, air liur yang mengandungi enzim lebih aktif dirembeskan, membolehkan nutrien dalam makanan dapat dicerna dan diserap oleh badan dengan lebih efektif.
Dengan menggunakan Food Feeder, bayi anda berpeluang untuk merasa makanan pepejal di awal usia 3 ke 4 bulan dengan lebih efisien. Dengan itu, mereka dapat menerima lebih banyak vitamin dan mineral daripada buah-buahan dan sayuran untuk tumbesaran.

Membantu perkembangan deria dan otak

Dengan Food Feeder, anak anda cenderung untuk mengutip Food Feeder dan memasukkannya sendiri ke dalam mulut. Walaupun perbuatan ini mudah, tapi sebenarnya ia dapat membantu deria dan kordinasi otot.
Perbuatan mengunyah yang berterusan menggunakan Food Feeder juga boleh meningkatkan aliran oksigen ke otak sekaligus membantu perkembangan neuron, insya Allah menjadikan anak anda lebih pintar!
Apa yang paling penting, dengan Food Feeder anak anda akan makan dengan keinginannya sendiri tanpa perlu dipaksa suap. Bayi gembira, ibu bapa pun bahagia!
Untuk tempahan Food Feeder:
Whatsapp/SMS 012-7095517

Tuesday, June 24, 2014

5 Jenis Makanan Yang Perlu Dijauhkan Dari Kanak-Kanak


Setiap ibubapa menginginkan anak mereka membesar dengan sihat. Salah satu faktor anak-anak membesar dengan sihat adalah pemakanan. Namun, kini terdapat pelbagai jenis makanan yang tidak sihat lebih-lebih lagi jenis makanan segera atau Instant Food / Fast Food
Golongan dewasa tentulah faham yang makanan sihat itu terdiri daripada bahan-bahan segar seperti ayam, ikan, salad dan sayuran hijau. Buah-buahan segar pula digunakan sebagai pencuci mulut atau pembuka selera. Keadaan berlaku sebaliknya kepada kanak-kanak. Mereka menganggap makanan sedemikian sebagai jijk, membosankan, hambar dan lebih teruk ia dianggap sebagai racun !
Keadaan inilah yang menyebabkan kanak-kanak berperang dengan makanan dan isu ini adalah sangat mengecewakan. Namun adalah penting terutamanya ibu bapa menjadi contoh terbaik menggalakkan pemakanan sihat. Yakinlah, bahawa suatu hari nanti, anak anda akan berterima kasih kepada anda kerana menyuapkannya dengan makanan yang sihat.
Saban hari, terlalu banyak makanan yang nampak lazat tetapi pada hakikatnya makanan tersebut mengandungi nilai pemakanan yang kecil berbanding pengawet, gula dan lemak yang digunakan.
Tetapi, bagaimana anda boleh tahu makanan yang boleh dielakkan ?
Untuk membantu anda membuat keputusan, terdapat 5 senarai makanan yang perlu dielakkan tetapi lazim diberi kepada kanak-kanak di Malaysia sama ada bersarapan, makan tengahari, makan malam atau makanan ringan.

1. Bijirin untuk sarapan pagi

Tidak dinafikan, apabila tiba waktu bersarapan, bijirin menjadi salah satu pilihan ibubapa di Malaysia untuk anak-anak bersarapan. Setiap hari kita dimomokkan di televisyen dengan iklan-iklan bijirin yang dimakan bersama susu dan sebagainya. Bijirin sememangnya mensasarkan kanak-kanak kerana golongan itu mudah dipengaruhi. Ditambah pula dengan pembungkusan yang menarik dan berwarna-warni. Hakikatnya, kuantiti gula yang digunakan amatlah melebihi keperluan bagi seorang kanak-kanak.

2.  Daging proses



Ya, daging proses memang cepat untuk disediakan. Cuma keluarkan dari peti sejuk, dinyahbeku kemudian goreng dan siap untuk dimakan. Namun tidak kita perasan bahawa makanan ini sebenarnya ibarat span menyerap minyak masak yang digunakan semasa menggoreng ditambah lagi dengan pengawet digunakan. Ini akan meningkatkan lagi risiko sakit jantung dan lebih teruk lagi kanser. Kesannya tidaklah drastik tetapi jangka masa panjang.

3. Kentang Goreng



Tiada cara lain mengelakkan makanan ini sekiranya memang sudah tersenarai dalam makanan mingguan anak-anak anda. Namun masalah sebenar adalah apabila member anak-anak kentang goreng setiap kali makan. Kentang goreng tidak menyediakan nilai nutrisi kepada anak-anak, sebaliknya kandungan lemak dan garam yang amat tinggi!

4. Pizza



Dibandar, khususnya Kuala Lumpur, makanan segera seperti pizza ini tidak asing lagi. Ibubapa yang penat seharian bekerja memlilih untuk menghubungi pizza dan menunggu ianya sampai di depan rumah. Namun ia sememangnya tidak sihat kerana pengawet disamping lemak dan kalori yang tinggi.

5. Snek Ringan / Keropok



Kebanyakan makanan jenis ini dihasilkan dengan tepung yang diproses kemudian ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik dan minyak yang boleh menyebabkan tahap kolestrol yang tinggi. Oleh hal yang demikian, amatlah tidak digalakkan sama sekali untuk memberi anak-anak anda memakan snek seperti ini
Kesimpulannya, sekiranya anda memahami cadangan sebenar, adalah dijamin anak anda akan berasa dan menikmati hidup yang lebih sihat pada masa akan datang.





Monday, June 23, 2014

Sebab Bayi Muntah Semula Makanan


Bayi anda mengeluar atau memuntahkan semula makanan yang dimakannya, anda jangan bimbang. Sebagai ibubapa anda harus tahu apa puncanya. Masalahnya mungkin berkaitan dengan mulut kerana anak mungkin mempunyai masalah untuk menelan sehingga tidak menyukai makanan tersebut.

Jika ini puncanya, anda tidak perlu bimbang. Masalah sedemikian tidak berlarutan. Biasanya berlaku di peringkat awal bayi mengenal makanan semi pepejal dan pepejal yang anda berikan kepadanya. Jika bayi memuntahkan semula makanan setelah beberapa ketika makan, misalnya setengah jam, ia mungkin disebabkan masalah penghadaman makanan yang anda berikan kepadanya.

Berikut beberapa sebab bayi memuntahkan semula makanannya:

Tidak Boleh Menelan Dengan Baik

Biasanya di peringkat awal bayi mengenal makanan semi pepejal dan pepejal, bayi mungkin tidak mampu untuk menelan dengan baik. Oleh itu, jika anda ingin memperkenalkannya dengan makanan, letakkan di hujung lidahnya, bayi akan menjulurkan lidah untuk menelannya. Namun tidak bermakna makanan itu sudah ditelan sepenuhnya, mungkin ia akan dikeluarkan semula.

Diberi Makan Secara Paksa

Ada ketikanya , bayi kecewa kerana tidak boleh menelan sehingga menangis. JIka anda terus memberinya secara paksaan, mungkin dia akan memuntahkan semula makanannya. Keupayaan bayi untuk menelan makanan akan berlaku secara semulajadi, bergantung kepada keupayaan bayi, biasanya bermula seawal usia 6 bulan.

  Bayi Belum Mampu Menelan Dengan Baik

Bila bayi belum mampu menelan dengan baik makanan semi pepejal dan pepejalnya, ia boleh diatasi dengan cara mencairkan sedikit makanannya itu sehingga mudah menelannya. Contohnya, jika bubur nasi agak ekat, ia boleh dicairkan dengan mengisarkan bubur tersebut dan menambah sedikit sup.
  
Sebaiknya lakukan secara berperingkat-peringkat, misalnya pada permulaan, anda memberikannya denganbubur nasi dikisar selama 2 minit untuk selama 2 minggu, selepas itu dikisar 1 minit, makin lama makin kurang masa anda mengisar makanannya dan akhir sekali dia mula serasi dengan bubur nasi yang hanya disediakan secara merebusnya sahaja, tidak perlu dikisar lagi.

Tak Kenal Dengan Makanannya

Jika bayi tidak kenal atau tidak suka makanannya, sudah tentu dia akan menolak dengan cara memuntahkannya semula kerana sebelum ini makanan yang diterimanya dalam bentuk cairan. Tiba-tiba diberikan makanan lain seperti bubur nasi, sudah tentu ditolak. Jika ini reaksinya, cairkan sedikit makanannya itu. Jangan memaksa bayi makan makanannya kerana ia boleh menyebabkan dia trauma sehingga setiapkali melihat mangkuk makanan dia akan menangis dan takut disuapkan makanan.

Anda harus melatih bayi menerima makanan pepejal, sehingga dia mengenal makanan pepejal. Bila usia menjangkau setahun ke atas, bayi tidak bergantung sepenuhnya kepada susu sebagai sumber makanannya, ia tidak mencukupi. Anda jangan jemu memperkenalkan makanan pepejal, sekali menolak, esok lusa cuba lagi. Jika mencapai usia setahun. Ajak anak duduk bersama ketika anda dan ahli keluarga lain sedang makan di meja makan. Jangan diberikannya makanan kecuali dia meminta. Asalkan tidak pedas, berikan saja. Jangan melarang.

Rasa Yang Berbeza

Ada bayi menolak bubur nasi kerana rasa yang pelbagai. Jangan lupa, sepanjang 6 bulan pertama, bayi hanya kenal rasa manis. Bila diberi bubur nasi rasanya tawar tidak sama dengan rasa susu, dengan sendirinya bayi menolak. Usahakan supaya bayi mengenal rasa, variasikan rasa makanan, misalnya tambahkan glukosa dalam bubur nasinya, atau kicap manis. Kemudaina, perlaha-lahan tukar kepada pelbagai variasi rasa lainnya.

Terlalu Kenyang

Muntah juga mungkin disebabkan bayi terlalu kenyang dengan makanan atau minuman.

Sunday, June 22, 2014

Tips Latih Anak-Anak Berpuasa


✔ Bersahur dan berbuka puasa bersama ahli keluarga di rumah (lagi ramai lagi meriah).

✔ Tanya anak apa juadah yang digemari untuk berbuka puasa.

✔ Ajak anak bersama-sama membantu menghidang juadah berbuka.

✔ Selepas berbuka puasa, amalkan niat berpuasa untuk esok hari bersama keluarga. Anak anda akan berasa lebih seronok.

✔ Si ayah mengejutkan anak bersahur, si ibu menyiapkan juadah bersahur. Kerjasama!

✔ Elakkan anak dari aktif bermain di luar rumah kerana ini mungkin boleh memenatkan mereka.

✔ Jangan benarkan adik-adik yang lebih kecil makan di hadapan anak anda yang berpuasa.

✔ Kurangkan menonton tv yang ada menyiarkan iklan makanan yang boleh menggugat anak anda!

✔ Sediakan sahur yang enak untuk anak-anak.


Tips Mengatasi Anak Tak Mahu Makan


Ramai kanak-kanak suka memilih makanan. Akibatnya, lebih banyak makanan yang ditolak berbanding dengan yang dimakan. Jika itu halnya, adakah kuantiti yang diambil itu mencukupi?
Sebenarnya, kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Harus diingat, kekurangan berat badan tidak bermaksud anak anda kurus. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi bertubuh kecil, namun, mereka bukanlah kurang berat badan. Manakala kanak-kanak yang bertubuh agak besar sejak lahir tidak bermakna mereka cukup zat makanan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak itu tidak melambangkan tahap kesihatannya. Sekiranya anak anda ada banyak tenaga dan tumbesarannya normal, dia sebenarnya sihat meskipun hanya makan sedikit. Tetapi, jika berat badan anak anda tidak naik dan dia seakan tidak sihat, sesuatu perlu dilakukan.
Umumnya, kanak-kanak perlu makan untuk membesar secara normal. Oleh yang demikian, ibu bapa tidak boleh memandang ringan jika tumbesaran anak tidak seperti yang digariskan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses pemberian makanan kepada kanak-kanak berusia antara satu hingga enam tahun sangat mencabar. Namun, demi masa kesihatan dan masa depan anak-anak, ibu bapa perlu bersungguh-sungguh memastikan anak-anak mengambil hanya yang berkhasiat untuk keperluan tenaga dan nutrien anak sepanjang proses tumbesaran. Kekurangan berat badan bagi kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan kerana banyak implikasinya seperti kecerdasan otak terjejas, pertumbuhan fizikal terganggu dan mudah diserang penyakit. Sekiranya hal ini terjadi kepada anak anda, bawalah dia berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah dan mencari jalan mengatasinya.
Jika anak anda enggan makan, berusahalah untuk mencipta suasana makan yang menceriakan. Pada masa yang sama, pelbagaikan menu dan cara sajian makanan untuk mereka. Harus diingat, kepelbagaian makanan yang disajikan perlulah mengutamakan vitamin dan zat agar tumbesaran tubuh dan perkembangan minda kanak-kanak tidak terjejas. Kuantiti makanan yang diambil anak anda biarpun sedikit tetapi mestilah berkhasiat. Ini lebih baik daripada makan banyak tetapi tidak berzat.
Tip Makanan Untuk Anak Kurus :
 Pastikan anak diberi pelbagai makanan mengikut saranan Piramid Pemakanan Malaysia. Jangan beri anak makan makanan yang rendah lemak.
 Makanan tinggi kalori sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal.Beri anak makanan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali sehari.
 Bekalkan anak snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwic dan kekacang setiap kali dia ke sekolah. Rehatkan anak anda daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
 Elakkan memberi anak anda makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.

Panduan Menggalakkan Anak Makan :
 Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan.
 Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yang belum tentu berkhasiat.
 Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan agar anak anda lebih berselera.
 Sekiranya anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa.

Makanan Khas Untuk Anak Kurang Berat Badan :
 Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak.
 Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang.
 Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.
 Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat.
 Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega.
 Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega.

Kenapa Anak Tidak Mahu Makan?
 Bermasalah dengan gigi.
 Bosan dengan makanan yang diberikan.
 Terlalu banyak bermain.
 Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama.
 Tidak berselera untuk makan.
 Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan.


Thursday, June 19, 2014

Resepi Puri Buah-buahan Untuk Bayi 6-8 Bulan

Puri Epal


Tempoh penyediaan: 10 minit
Bahan-bahan:
1. Sebiji epal fuji
2. Air secukupnya
Cara penyediaan:
1. Ambil sepotong buah epal. Cuci, buangkan kulit dan cincang seperti dadu.
2. Kemudian, rebus bersama sedikit air.
3. Biarkan mendidih sehingga buah menjadi lembut.
4. Selepas itu, ambil epal yang telah direbus dan kisar sehingga halus.

Puri blueberi

Tempoh penyediaan: 10 minit
Bahan-bahan:
1. ½ cawan buah blueberi
2. Air secukupnya
Cara penyediaan: 
1. Didihkan air. Tambah blueberi dan biarkan mendidih hingga 15 minit atau lembut.
2. Asingkan air rebusan dan blueberi. Kisar blueberi sehingga menjadi puri.
3. Jika perlu boleh tambahkan lebihan air rebusan ke dalam puri.

Puri kurma


Tempoh penyediaan: 20 minit
Bahan-bahan:
1. Kurma jenis lembut
2. Air secukupnya
Cara penyediaan:
1. Buang biji Kurma dan buang kulit kurma sekali.
2. Steam kurma 15 minit supaya kurma menjadi lebih lembut.
3. Blend kurma sampai halus.

Puri pir

Tempoh penyediaan: 10 minit
Bahan-bahan:
1. 1 biji pir masak
2. Air secukupnya
Cara penyediaan:
1. Kupas kulit buah pir dan potong kecil.
2. Kukus potongan pir selama 10 minit atau sehingga lembut.
3. Kisar potongan pir selama sehingga tiada lagi ketulan.
Nota:
  • Anda digalakkan mencuba dahulu makanan yang disediakan sebelum memberikan kepada bayi anda. Sila pastikan suhu puri tersebut sesuai untuk bayi anda. Jika anda membuat puri yang banyak untuk stok sehari, pastikan tiada perubahan pada rasa dan warna puri tersebut. Hal ini penting untuk keselamatan anak anda.
  • Selain itu, puri yang disediakan boleh diperbaiki dari sudut rasa dan kelikatan yang anda rasakan sesuai. Sebagai contoh, jika anda mahukan puri yang pekat, anda boleh tambah bijirin bayi dan jika anda mahu mencairkannya, anda boleh mencampurkannya dengan susu.

Selamat mencuba! :)