Friday, October 31, 2014

Ubat batuk & selsema tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 2 tahun

 
Q:  Doktor, anak saya berumur setahun dan sering juga mengalami masalah batuk dan selsema. Adakala berserta demam dan adakala tanpa demam. Biasanya, doktor memberi ubat batuk dan selsema. Baru-baru ini, saya berkunjung ke klinik kesihatan namun diberitahu oleh doktor bahawa ubat batuk dan selsema tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak kurang dari 2 tahun kerana kesan sampingan. Apakah ini benar? (Rozila)
 
A:  Kanak-kanak seringkali mengalami batuk dan selsema, dan ia membawa kebimbangan di kalangan ibubapa. Gejala batuk atau selsema ini bukan sahaja boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak selesa sepanjang hari malah kadang-kadang boleh mengganggu tidur. Ibubapa, dengan niat yang baik, ingin mengubati batuk atau selsema ini. 
 
Sebenarnya, batuk adalah satu tindakbalas badan untuk membantu mengeluarkan kahak daripada saluran pernafasan. Kebiasaannya, batuk dan selsema yang dialami adalah ringan dan kebanyakan kanak-kanak akan sembuh sendiri tanpa rawatan dalam purata tempoh 10 hari. Seseorang kanak-kanak boleh mendapat demam selsema dan batuk sebanyak 3-8 kali setahun, terutamanya mereka yang bersekolah, terdedah kepada jangkitan oleh orang dewasa atau kanak-kanak lain, serta terdedah kepada asap rokok.
 
Untuk bayi dan kanak-kanak yang lebih kecil, perlu diketahui bahawa batuk dan selsema tersebut mungkin adalah gejala kepada penyakit yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru (pneumonia). Sekiranya, keadaan kanak-kanak semakin bertambah teruk atau didapati berterusan lebih lama daripada yang dijangkakan, sila bawa untuk pemeriksaan oleh doctor.
 
Selain daripada jangkitan, gejala batuk juga mungkin disebabkan penyakit yang lain, contohnya penyakit asma. Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa ubat-ubat batuk dan selsema sebenarnya tidak berkesan untuk mengubati gejala-gejala bagi golongan kanak-kanak.
 
Malah lebih merisaukan, telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. Ubat batuk yang mengandungi ubat narkotik, seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.
 
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007. Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun; kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.
 
Rawatan tanpa ubat yang disyorkan adalah:
 
1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.
Nasal saline drops tidak mengandungi bahan ubat dan ia boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ia boleh diberi mengikuti keperluan, pada kebiasaan sebelum penyusuan.
 
2. Teh limau madu yang suam
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
 
3. Pengambilan cecair yang lebih
Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.
 
4. Rehat yang mencukupi
Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.
 
(answered by Dr Yap Hsiao Ling)
 
 


Thursday, October 30, 2014

Beza Cara Papa & Mama

 
Dalam mendidik anak-anak, papa dan mama memainkan peranan masing-masing dalam cara yang berbeza. Biasanya jika papa terkenal dengan karektor garang dan tegas, mama pula lebih kepada pendekatan lembut dan psikologi.
Bagaikan ada faktor ‘chemistry’ antara keduanya, nyata perbezaan cara mendidik itu yang membuatkan peranan papa dan mama saling memerlukan antara satu sama lain dalam menghadapi kerenah dan perilaku anak-anak yang membesar.
 
Biarpun papa terkenal dengan karektor tegas dan garang namun tidak bermakna papa tidak boleh menjalin hubungan yang erat dengan anak-anak. Mari kita perhatikan apakah kebiasaan karektor papa saat mendidik anak-anak.
 
*Papa lebih kepada bentuk fizikal
 
Cara papa membina ikatan erat dengan anak iaitu dengan cara bermain dan bergurau senda. Papa gemar mendukung, menimang dan pelbagai lagi aktiviti lasak dengan anak. Kedengaran seperti kasar tetapi itulah cara papa dan ia amat disukai oleh anak-anak. Semakin anak membesar, semakin banyak aktiviti fizikal papa lakukan bersama anak. Misalnya, bermain bola sepak, laying-layang, berbasikal dan lain-lain.  Sementara, mama lebih terkenal dengan kebolehan memberikan kata-kata pujukan yang membuatkan anak berasa tenang dan bahagia.
 
*Papa lebih cerewet
 
Waktu anak berusia bayi, papa cenderung untuk segera memujuk anak yang sedang menangis. Memujuk dengan kata-kata sayang memang kepakaran papa. Ia seakan tidak mahu si anak berasa sedih. Sementara mama pula lebih kepada sentuhan dan membelai bayi.
 
*Papa hebat mengajar anak berdikari
 
Karektor pemimpin dalam diri seorang papa membuatkan dia gemar mendidik si anak belajar berdikari. Kadang kala cara dan sentuhannya nampak kasar dan kurang kasihan kepada si anak. Hakikatnya papa mahu anak pandai berdikari, bijak mengendalikan emosi dan berani menerima kekalahan. Ketegasan yang ada dalam diri papa membuatkan dia kelihatan sanggup membiarkan si anak menangis kecewa dalam mempelajari sesuatu kebolehan. Namun sebenarnya dia melakukan semua itu supaya anak membesar sebagai anak yang cekal dan berkeyakinan tinggi.
 
 


Wednesday, October 29, 2014

Mengapa Bayi Enggan Menyusu?

 
Adakalanya bayi meragam tidak mahu minum susu ibu. Dia menolak penyusuan walaupun dilakukan pada waktu yang rutin. Mengapa terjadi hal demikian? Sebenarnya bayi yang tidak mahu menyusu badan bukan menolak terus susu ibu, tetapi dia sedang memberitahui anda tentang masalah yang dihadapinya. Jadi, anda perlu menyiasat dan mengenal pasti apakah masalah tersebut.
 
Beberapa sebab bayi biasa menolak penyusuan:
 
 1. Bayi tidak melekap dengan betul dan isi puting payu dara ibu yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Jika berhadapan dengan situasi ini, perbetulkan posisi pelekapan bayi atau dapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan untuk mengatasi masalah ini.
 
 2. Bayi menghadapi masalah sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).
 
 3. Ini merupakan reaksi bayi disebabkan jeritan spontan anda apabila dia menggigit puting payu dara anda.
 
 4. Bayi mempunyai jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu.
 
 5. Bayi dijangkiti selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkannya bernafas semasa menyusu.
 
 6. Jika bayi kerap diberi campuran susu formula dan menyebabkan pengurangan bekalan susu ibu.
 
 7. Terlalu banyak gangguan, bunyi bising atau terhenti ketika menyusu.
 
 8. Rutin bayi terganggu disebabkan berpindah rumah atau ibu kembali bekerja.
 
 9. Bayi berpisah dengan ibu untuk jangkamasa yang lama.
 
Walaupun perlakuan bayi menolak penyusuan ini merungsingkan ibu tetapi ia boleh diatasi dengan kesabaran dan kasih sayang dari ibu sendiri. Pastikan anda tidak berputus asa lalu mengambil keputusan menghentikan penyusuan susu ibu.
 
Semasa proses menyelesaikan masalah ini, ibu hendaklah memerah keluar susu dengan tangan atau pam setiap beberapa jam (sama kerap seperti bayi menyusu dulu). Ini dapat mengelakkan daripada berlaku  masalah mastitis dan mengekalkan bekalan susu yang cukup.
 
Cara menangani masalah ini:
 
 1. Cuba berikan payu dara anda semasa bayi sedang tidur atau semasa dia paling mengantuk. Kebanyakan bayi yang menolak penyusuan susu ibu ketika berjaya akan menyusu semasa mereka mengantuk.
 
 2. Bawa bayi berjumpa doktor untuk mengetahui sama ada bayi mempunyai sebarang penyakit (seperti jangkitan telinga atau jangkitan kandida).
 
 3. Ubah posisi penyusuan anda.
 
 4. Susukan bayi sambil bergerak. Ada bayi lebih suka menyusu apabila dibuai atau dibawa berjalan berbanding disusukan semasa sedang duduk atau berdiri.
 
 5. Carilah bilik yang sunyi untuk menyusukan bayi. Biasanya, bayi yang berusia enam hingga sembilan bulan bertindak untuk menolak penyusuan disebabkan dia terangsang untuk meneroka dunia yang baharu dikenali. Bayi pada usia ini mudah mengalih perhatian kepada perkara lain dan selalunya lebih suka untuk "hisap main-main" di payu dara ibu dan tidak mahu menyusu dengan sempurna. Gunakanlah bilik yang agak gelap, sunyi dan jauh daripada bunyi radio atau televisyen semasa menyusukan bayi anda.
 
 6. Berikan sentuhan kulit dengan kulit yang kerap. Kain atau alat pendukung bayi boleh membantu anda berkedudukan rapat dengan bayi semasa tidak menyusunya.
 
Sebenarnya, tidak mungkin bayi yang berusia di bawah satu tahun yang terdahulunya menyusu dengan baik sudah mahu bercerai susu. Carilah punca dan jalan penyelesaian.
 


Tuesday, October 28, 2014

Petua Sembuhkan Luka Bersalin

 
Luka yang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin memang membuatkan rasa tidak selesa. Tidak sabra rasanya hendak sembuh dan menjalani rutin harian seperti biasa. Selain mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, anda boleh juga mencuba petua tradisional yang dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan ceoat dan selamat diamalkan.
1.       Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahgian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehingga luka sembuh.
2.       Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersaa nasi atau dibuat sup.
3.       Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
4.       Campurkan biji manjakani, ahlia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
5.       Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
 


Saturday, October 25, 2014

Amalan2 Islam semasa Mengandung & Tips didik Anak Pintar

“All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"

- R. Buckminster Fuller -
 
 
Siapa lagi yang berperanan mendidik anak2 kita? Jawapannya bukanlah guru atau ustaz/uztazah semata2, tapi kita sebagai ibu bapa yang memainkan peranan yang paling penting.

Dalam pendidikan dan tumbesaran sihat anak-anak atau dengan kata lain, kita lah boleh menjana kepintaran mereka. Ddan ia harus bermula dari kandungan hingga remaja.

Banyak panduan untuk melahirkan ibu bapa yang cemerlang dan panduan mendidik anak pintar. Malah e book dan kelas2/ seminar turut diadakan.
Mari kita berkongsi antara tips bagi mendidik anak pintar, yang secara umumnya, kita boleh kategori kepada beberapa kumpulan:
 
1. Pendedahan suasana yang sihat ketika dalam kandungan lagi

- antara surah yang boleh diamalkan adalah: Surah Luqman dan surah Al Imram ayat 38
- selain itu, aspek kesihatan
ibu yang sedang mengandung juga amat penting kerana kandungan nutrient ibu antara faktor merangsang tumbesaran sihat janin

2. Rangsangan ketika anak berusia 0-6 tahun

 3. Pengajaran dan Pembelajaran ketika anak bersekolah atau di universiti

Hah. Terlalu umum bukan. Ya kerana mendidik anak bukanlah semudah yang disangka, tapi insya Allah dengan panduan ilmu dan pengalaman orang tua Insya Allah kita boleh Berjaya.

Jom lihat antara tips mudah lain mendapatkan anak yang pintar sihat dalam aspek seharian kita:
1. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting

- Si kecil perlu didedahkan kepada amalam pemakanan sihat
untuk mendapat kehidupan yang aktif dan baik sehingga dia meningkat dewasa.

- Mengamalkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran segar boleh menjadikan kulit tidak kering dan rambut kelihatan segar.

- Gantikan air kordial dengan jus buah segar yang diproses sendiri.

- Melalui cara ini anda dapat mengawal pengambilan kandungan gula dan menggalakkan pengambilan serat bermula sejak anak masih kecil lagi.

2. Penjagaan kebersihan diri, bilik tidur dan ruang sosial kanak2
- Kebersihan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki perlu diberi perhatian.

- Penting untuk mengelakkan berlaku sebarang risiko masalah kulit.
3. Penjagaan sudut emosi dan aspek psikologi anak2 yang sedang membesar
- Kanak-kanak pintar cerdas dikatakan mengalami perkembangan yang tidak sama perkembangan fizikal, di mana intelek, emosi dan sosialnya tidak sekata dan setara dengan usia.

- Inilah sebabnya aspek emosi dan psikologi anak2 amat penting untuk dititik beratkan, bukan sekadar aspek intelek ilmu sahaja.

4. Teladan dari para ilmuan/ cendekiawan Islam

- Semasa mengandung, buat amalan2 islam yang disarankan.

- Latih anak agar berdisiplin dan menepati masa. malah terapkan nilai2 murni Islam dalam aspek seharian.

- Berikan perubahan sedikit demi sedikit. Kemahiran-kemahiran baru perlu dikenalkan secara berperingkat bagi merangsang minda anak untuk terus aktif.

- Makanan2 kesihatan dalam Islam seperti kurma, badam dan madu juga boleh diamalkan.

- Merapatkan diri anak2 dengan solat berjemaah dan keindahan ayat2 al Quran dan panduan hadis.

5. Ini pula antara doa yang boleh kita amalkan: