Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

Bagi Yang Suka Marah-Marah Pada Anak

 
Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik…
1.       Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
2.       Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
3.       Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?
4.       Masih ingat teori ini?
·         Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelahan?
·         Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?
Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat utuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.
Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.
Itulah keajaiban ciptaan Allah pada system badan manusia.
Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita, perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?
Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, Tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?
Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?
 Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?
 
 
Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.
 
Sumber: www.mamapeduli.info.com
 


Tuesday, August 26, 2014

Pendidikan Seks: Apa Yang Anda Perlu Jawab

Hari ini mari kita berbincang mengenai pendidikan seks untuk anak-anak. Bagaimana cara menangani anak-anak yang bercakap mengenai the bird and the bees mereka.
Saya selalu dihujani dengan soalan-soalan berkaitan topik ini.

Anak Kecil

Ada ibu bapa yang bimbang bila mendapati anak kecil mereka yang masih berusia tiga ke lima tahun bercerita mengenai bahagian sulit mereka, dan mungkin berada di dalam bilik seorang diri, mereka cuba melihat badan sendiri.
Jangan sesekali anda tersalah sangka merasakan anak anda suka seks atau terkejut dengan perlakuan anak anda. Pada usia tiga tahun dank e atas, seorang anak kecil mua berinat untuk mengetahui mengenai bentuk badan mereka dengan lebih mendalam. Mereka akan bertanya banyak soalan yang berkait dengan kegunaan setiap bahagian badan.
Mereka juga akan mula ertanya mengapa dirinya tidak sama dengan ibu atau ayah atau adik-adiknya. Gunakanlan masa ini untuk menerangkan seikhlas dan semudah yang boleh sambal memasukkan nilai-nilai yang positif. Jangan sesekali menakut-nakutkan anak-anak anda.
Selepas usia ini, mungkin dia tidak lagi berminat untuk bertanya buat seketika. Namun, bila anak anda sudah hamper baligh, bagi anak perempuan dalam usia Sembilan ke 15 tahun, dia akan bertanya kembali mengenai pendidikan seks ini. Mungkin kerana sudah besar dan sudah tahu malu, anak anda akan melakukannya cara sembunyi-sembunyi.

Anak Remaja

Tenangkan hati anda jika terjumpa buku atau laman seb yang anak anda lihat menunjukkan dia berminat dengan topik ini.
Apa yang patut anda buat bila anak remaja atau hamper remaja anda mendekati topik ini menerusi laman web atau majalah-majalah?
 

Pertama, anda perlu tahu ini adalah naluri seorang individu yang menjangkau umur baligh atau menjadi dewasa pastinya mempunyai perasaan sukakan jantina lain. Perasaan ini memang akan wujud pada usia ini.
Ini adalah mekanisme yang Allah letakkan dalam manusia untuk kemandirian manusia. Tidak ada salahnya perasaan itu, apa yang salah ialah apa yang dia lakukan dengan perasaan itu.
Jika anda ternampak anak anda telah melihat majalah atau membuat lukisan yang berkaitan dengan isu seks ini, maka jangan terus panic dan menuduh anak anda dengan nama-nama yang tidak baik. Dekati anak anda.
Mungkin pengalaman saya boleh membantu anda semua yang berhadapan dengan perkara ini.
Pernah suatu hari saya mendapati anak saya sedang melihat gambar yang tidak baik. Nampak muka dia pucat bila saya terjumpa dirinya dalam keadaan itu. Saya terus duduk di sebelahnya dan bertanya apa yang dia sedang lihat.
Denagn malu-malu anak saya memberitahu apa yang dia lihat dan baca. Sya terus pegang tangannya dan ucap tahniah kepadanya kerana dia sudah ada perasaan kematangan diri.
Saya memberitahunya bahawa perasaan itu sememangnya akan wujud bila sampai masanya. Oleh itu, saya memberitahunya bagaimana dia boleh menangani perasaan itu dan apa yang dia boleh buat untuk mengatasi keinginan untuk melepaskan perasaan itu dengan cara yang baik. Saya juga memberitahu kesan buruk akibat melihat gambar sebegitu.
Saya tutup perkongsian dengannya lalu mencium pipinya dan mengatakan, yang dia sekarang sedang menjadi seorang yang dewasa dan seharusnya dia perlu mendekati Allah dan sekiranya ada apa-apa yang perlu ditanyakan, dia perlu bertanya dengan saya untuk mendapatkan penjelasan yang baik. Dan sesekali saya tidak akan merendah-rendahkan dirinya.
 Keadaan itu menjadi satu pengalaman yang indah bagi saya dan dia.
Sebenarnya, apabila anak-anak sudah sampai ke usia ini, biar dia rapat dengan kita dan bertanya dengan kita soalan-soalan yang perlu jawapan yang baik.
Jangan kita marah dan menyebabkan dia bertanya dengan kawan-kawan yang sama-sama tak tah dan yang menakutkan, akan mengajak pula naka kita untuk sama-sama mengetahuinya dengan cara melakukannya.
Yang penting, jangan memberi penjelasan kepada anak-anak kita bahawa seks itu kotor. Seks bukan kotor malah ia adalah ibadah bila dilakukan melalui lunas yang diredhai Allah.
Apabila kita memarahi anak-anak remaja dengan melihat atau membaca sesuatu yang sepertinya hanya akan menyebabkan anda hilang peluang untuk memberi panduan kepada mereka mengenai perkara yang sangat penting ini.
Topis pendidikan seks untuk anak-anak ini perlu ditangani dengan bijak.
 
 


Sunday, July 6, 2014

Kerana Isterimu Amat Berharga


Alam perkahwinan dikatakan hanyalah indah diawal usia ikatan ini terjalin. Dikala itu perhubungan suami isteri begitu erat, mesra dan romantik. Terasa kehidupan berkeluarga begitu indah sekali. Hari-hari dilalui bersama penuh dengan kasih-sayang.
Namun, kemesraan dan romantik itu hilang seiring dengan waktu yang berlalu. Perhubungan semakin hari menjadi semakin dingin dek kerana tanggungjawab dan usia yang kian bertambah. Ramai dikalangan pasangan suami isteri yang menjadikan kelahiran anak sebagai asbab musabab kepada masalah ini. Ya, ini mungkin betul. Tapi, jangan diletakkan punca masalah sepenuhnya kepada bayi yang tidak berdosa itu. Mereka sebenarnya penyeri kepada rumah tangga, bukan yang merenggangkan hubungan suami isteri.
Persoalannya, mengapa ini berlaku? Orang dahulu lagi ramai anak sampai berbelas-belas pun ada, mereka perlu cari nafkah juga. Tapi kenapa mereka masih mesra dan erat serta romantik walaupun usia sudah menjengah senja? Tapi ibu bapa hari ini kebanyakannya menjadi sebaliknya.
Jawapannya? Mudah dan ringkas namun susah untuk dipraktikkan. LUANGKAN MASAMU. Bukan perlu pergi bercuti setiap bulan. Bukan juga perlu bersama selalu atau berbual 24 jam. Tapi, dengan menggunakan masa yang amat terhad dengan sebaiknya. Bagaimana? Mari kita lihat satu persatu.

Tolong ringankan beban mereka

Perkara ini telah ditunjukkan oleh junjungan besar kita Rasulullah SAW. Baginda amat gemar menolong isteri-isteri baginda dalam hal rumahtangga. Hal ini amat meninggalkan kesan kepada isteri kita. Biarpun kita hanya menolong sedikit sahaja, tetapi mereka akan merasakan bahawa kita memahami susah payah mereka dan kita mencuba menolong mereka walaupun sedikit. Jika anda terlalu malas, walaupun tidak menolong isteri anda. Sekurang-kurangnya temanilah isteri semasa mereka melakukan kerja dengan berborak dengan mereka.

 Kejutan

Siapa yang tidak suka kepada kejutan? Semua orang suka bukan? Tapi kenapa ramai yang tak dapat untuk membuat kejutan untuk pasangan? Kerana kita memikirkan perkara yang terlalu susah. Kejutan tak semestinya candle light dinner atau hadiah cincin yang beribu-ribu. Cukup sekadar bunga atau surat yang mengandungi ucapan serta kata-kata yang ikhlas buat pasangan. Pasangan anda pasti akan cukup menghargainya.

Bermesra sebelum ke tempat kerja

Sebelum ke tempat kerja, biasakanlah diri memeluk isteri, mengucup dahi pasangan serta mengucapkan kata cinta walaupun seringkas ‘I love you’. Biarpun proses ini amat pendek, namun jarang dilakukan oleh pasangan. Anda perlu cuba melakukannya, kerana ia meninggalkan kesan yang amat hebat dalam hubungan suami isteri.

Senantiasa bertanya khabar

Suami, ingat isteri amat suka diambil berat perihal diri mereka. Biasakan diri anda bertanya khabar dan keadaan mereka semasa anda tidak ada bersama. Tidak semestinya perlu telefon dan bercakap berjam-jam. Cukuplah sekadar mesej tanda ingatan anda kepada isteri tersayang. Anda hanya perlu luangkan masa selama beberapa minit untuk menaip mesej, tapi ketahuilah ia amat bermakna kepada isteri dan meninggalkan kesan bertahun-tahun dalam perhubungan anda.

Isteri itu amat berharga

Langit tak selalunya cerah. Terkadang, mungkin hujan petir darang menimpa. Moganya perkongsian tips ini dapat membantu hubungan sepasang suami isteri agar kembali bergemerlapan walau kadang hujan melanda. Dalam mencari duit, jangan lupa sentuhan-sentuhan ajaib untuk pasangan tersayang. Ingat, ‘Duit mungkin berharga, tapi si dia amat berharga’.
Sumber: keluargabaru.com