1. Amalkan ayat-ayat Al Quran
Kita semua tahu Al Quran ni suatu mukjizat yang Allah turunkan untuk seluruh alam. Segala isi kandungan Al Quran tu baik. Alangkan alam yang sebesar kita pun tak tahu alam ni besar mana mampu ditadbir dengan Al Quran inikan pula anak kecil kita yang baru nak mengenal dunia. Seluruh isi Al Quran tu panduan buat kita. Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (H.R Imam Malik). Saya mengamalkan beberapa ayat Al Quran untuk Aqeef Afwan dan Aminah.
- Surah Al Baqarah, ayat 128- Agar anak patuh kepada Allah
- Surah Ali Imran, ayat 38 – Agar anak menjadi anak yang baik dan mendengar kata
- Surah Al Furqan, ayat 74 – Agar anak menjadi seseorang yang menyenangkan hati
- Surah Ibrahim, ayat 40 – Agar anak tetap mengerjakan solat
- Surah An-Naml, ayat 30-31- Untuk anak yang agak lasak, baca ayat ni dalam keadaan berwudhu, hembuskan di antara 2 lumbar tulang belakang
- Surah Al-A’laa, ayat 6-8 – Untuk menajamkan ingatan anak, baca ayat ini sesudah solat atau bila-bila nak mengajar anak sesuatu, sambil tangan kita diletakkan di ubun-ubun anak.
Ayat-ayat Al Quran ni bukan sekadar dibaca untuk anak, tapi sebagai ibu bapa untuk kita renungkan maksudnya, hayati dan beramal seperti yang disebut barulah anak-anak mengikut.
2. Kata-kata yang baik
Berkata-katalah perkara yang baik bila kita minta anak buat sesuatu. Saya selalu cakap pada Aqeef, “Aqeef soleh boy. He wants to go to jannah with mommy and daddy”. Insya Allah hati anak akan lembut untuk dengar kata kita. Beberapa bulan lepas saya ada menulis status fb tentang perkara ini,
Sebenarnya anak kecil, mereka mempunyai ego dan rasa malu juga. Kalau kita cakap tengking-tengking, marah-marah, atau pukul dia depan orang, dia sibuk nak cover malu, nak balance ego dia sampai dia lupa nak ambil pengajaran kenapa dia dipukul, atau dimarah. Sebab tu kita nak suarakan kemarahan terhadap anak pun perlu ada adab, ada cara. Jangan hentam je.
3. Wujudkan sistem untuk anak
Sejak dalam perut lagi Aqeef dah ada sistem yang saya pandai-pandai reka sendiri. Tapi saya lihat semakin Aqeef membesar, semakin dia faham sistem ni. Saya selalu bacakan buku cerita untuk Aqeef. Bila kadang-kadang Aqeef buat perangai contohnya nak main barang-barang dekat dapur, saya akan cakap “Aqeef you want to listen to ‘Halimah As Saadiah gives milk to prophet? So you should not do this”. Aqeef akan faham dan cepat-cepat tinggalkan ‘kerja luar biasa’ yang dia tengah cuba nak buat dan pergi ambil buku Halimah As Saadiah dia.
4.Jauhi anak ketika sedang marah
Selalunya bila anak kita buat ‘kerja luar biasa’ kita mudah jadi naik angin. Di sinilah selalu terjadi tangan naik, dan di sinilah selalu terjadinya perkara ‘pukul tanpa sedar’, sedar-sedar anak dah tak bergerak. Kajian menunjukkan ibu bapa yang anaknya meninggal dunia atau koma, cedera kerana goncangan otak berlaku ketika ibu bapa dalam keadaan marah sebab anak tidak mahu mendengar kata. Apa yang perlu dilakukan adalah jauhi anak ketika kita sedang marah. Anak kecil kalau dia tak mahu dengar kata, itu maksudnya dia rasa apa yang dia buat tu tak apa. Baru-baru ni saya kena macam ni oleh Aqeef.
Bayangkanlah seberapa disasternya pekerjaan makan butter atas tilam + mandi butter. Memang mula-mula saya marah sangat. Bila sedar diri sedang marah, sayapun terus tinggalkan Aqeef, dan pergi duduk di tangga. Istighfar banyak-banyak. Kenangkan saya pun silap juga sebab letak butter atas meja makan, tempat yang Aqeef boleh capai. Saya tak boleh salahkan dia. Sebab bila butter tu ada atas meja mesti Aqeef fikir tak salah untuk dia main dengan butter tu sebab kalau tak boleh main mesti mommy dah simpan elok-elok. Bila perasaan saya dah reda, saya pergi ke ruang tamu dan tanya, “Aqeef why you do this?” Dia pun geleng-geleng dan cuba nak suap saya butter juga. Saya raikanlah juga makan butter yang dia suap tu sambil kata “Next time don’t do this again, ok”. Aqeef balas “OK mum” dan settle, bangun terus tarik tangan mommy ajak pergi shower -masalah selesai (masalah dengan tanggapan Aqeef bahawa it’s ok to play with butter, masalah kemas ‘tapak pesta butter’ belum selesai, saya kena buat kemudiannya)
4. Melalui substitution
Selalu bila anak nak buat sesuatu yang dia tak boleh buat kita akan halang, halang dan halang sampai anak pun jadi bosan dan memberontak. Kenapa jadi macam tu? Saya pun pernah jadi macam tu. Bila saya fikir dan kaji saya rasa jadi macam tu sebab saya tak tunjukkan dia jalan keluar untuk masalah dia. Saya halang-halang tapi halang pakai mulut je tak bagi solusi. Satu hari tu setelah puas berfikir, Aqeef jumpa extension wayar yang masih on. Jadi saya pun offkan extension tu, cabut segala plug yang bersambung dan bagi pada dia. Saya tengok apa dia nak buat, dia nak try masukkan kepala plug ke lubang extension tu macam yang dia selalu nampak mommy dan daddy buat. Dia try sekali, berjaya dan dia tinggalkan terus extension tu, tak minat nak main dah. Hipotesis saya, dia cuma mahu mencuba. Cara ni juga applied to buku-buku pelajaran saya yang Aqeef nak pinjam. Saya gantikan dengan buku-buku dia sendiri. Bila saya tutup buku saya, nak memasak pulak, dia pun tutuplah juga buku dia. Dia cuma nak tiru apa yang mommy sedang buat.
5. Banyakkan berdoa
Doa seorang ibu kepada anaknya adalah doa yang mustajab. Gunakan kelebihan ni, minta banyak-banyak pada Allah. Tak perlu doa khusus dalam bahasa arab, minta je Allah faham. “Ya Allah bukakanlah pintu kefahaman untuk anakku, Ya Allah fahamkanlah Aqeef Afwan dan Aminah Ulfah akan setiap perkara dan ilmu yang bermanfaat bagi mereka. Ya Allah jadikanlah anakku anak yang mendengar kata”. Sebut nama anak kita dalam doa. Emak saya anaknya 8, setiap kali solat, kelapan-lapan nama dia sebut.
6. Kurangkan makanan kedai, banyakkan memasak sendiri
Bila kita masak sendiri, kita tahu apa yang kita letak. Kita yakin untuk beri anak kita makan dari air tangan kita. Bila nak memasak, mulakan dengan bismillah, cakap pada diri sendiri, semoga anak-anakku sihat dengan makanan ni, boleh belajar, boleh main. Kurangkan makanan kedai, fast food. Pengalaman saya, ayah saya memang tak berapa suka makan di kedai. Sampai saya besar, selalu makan di rumah hasil masakan emak. Bila tanya emak, emak kata kalau bagi anak hasil masakan air tangan emak sendiri ni, anak tu susah nak terpengaruh dengan orang. Bila saya renung dalam diri saya, saya rasa ada betulnya juga. Saya sampai sekarang tak pernah sekali pun makan Big Apple Donut ke, Seoul Garden ke, Tutti Frutti ke dan beberapa lagi kedai yang orang-orang sebaya saya suka pergi zaman ni sebab saya tak minat. Walaupun kawan-kawan kata sedap ke, tengah ‘in’ trend ke, saya tetap tak terpengaruh. Saya tetap nak balik rumah makan masakan emak. Dan saya tak berpeluang kot nak pergi tempat-tempat ni dengan rakan sebaya sebab saya dah kahwin dan saya duduk luar negara.
7. Monolog dengan anak
Kadang-kadang bila saya pergi pasar ke dalam perjalanan tu saya nampak orang bawa anak, automatik saya akan teringat anak-anak saya. Saya akan cepat-cepat baca Al Fatihah perlahan-lahan, dan bisik sendiri “Baik-baik sayang. Elok-elok. Jangan buat perangai, jangan nangis-nangis. Kejap lagi mommy datang”.
Ataupun bila anak saya tengah ‘terlayang’ nak tidur, saya akan gosok-gosok rambut dia dan cakap apa yang saya nak cakap, harapan saya pada dia, cerita betapa saya sayangkan dia, rindukan dia walaupun dia ada depan mata. Antara seorang ibu dan anak ni, taliannya kuat. Bayangkanlah dari satu gamete cell anak kita duduk dalam diri kita jadi baby, keluar ke dunia-bermula dari kita, apa tak kuatnya hubungannya tu. Sebab tu kita monolog pada diri sendiri tu pun jadi doa juga. Banyak-banyak monolog pada diri sendiri, banyak-banyak doa untuk anak, banyak-banyaj jugalah manfaat untuk anak kita.
8. Suapkan anak makanan dengan tangan sendiri
Macam juga point no 6, air tangan kita tu supaya anak dengar kata. Kalau banyak air tangan pembantu rumah, maka cakap pembantu rumahlah yang anak suka ikut. Kalau banyak air tangan pengasuh taska, maka cakap pembantu taskalah yang dia suka dengar.Kalau sebagai ibu kita tak ada pilihan sebab bekerja, pastikan bila kita balik kerja kita ada luangkan masa untuk suap anak makan, tengok apa yang anak gemar makan.Saya pun masih belajar, tapi balik kelas saya akan pastikan saya suapkan Aqeef makan dengan tangan saya sendiri. Saya perhatikan, saya kaji apa yang dia suka makan, apa yang dia tak suka makan. Tabiat makan dia. Macam Aqeef dia jenis mudah jemu dengan makanan yang berulang.Jadi saya akan masak makanan yang berbeza, selang seli supaya dia minat makan. Kalau sekali sekala makan di kedai, saya buang malu ala-ala remaja saya bisik dekat diri sendiri, saya tak boleh ikutkan perasaan keremajaan sangat sebab saya dah ada anak dua, saya akan suapkan anak saya makan guna tangan sendiri.Sudu garfu tolak tepi.
9. Mandikan anak sendiri, biasakan anak seolah-olah berwudhu
Setiap kali mandikan anak, gosokkan air di badannya, di ubun-ubun dan cakap pada dia, “nanti jadi anak soleh ye”. Saya mula mandikan anak sendiri masa Aqeef baru lahir, saya cuci anggota wudhu dia macam kita orang dewasa ambil wudhu. Kalau kita perhati, wudhu tu lengkap atas ke bawah. Bila kita mandikan baby style wudhu, at least kita tak terlepas pandang sesuatu anggota tu. Dah jadi macam sistem. Aqeef pun bila dia makin besar dia tahu ablution (wudhu) sebab saya selalu cakap “mommy take Aqeef for ablution and bath”. Wudhu tu menenangkan hati. Anak kecil pun kalau biasa diwudhukan, mudah dengar kata sebab hati dia tenang, badan dia bersih dan selesa.
10. Hargai anak
Saya selalu tengok hasil kerja Aqeef dan cakap, cantiknya pandai anak mommy. Walaupun kadang-kadang merepek je benda yang dia buat tu. Kalau dia bagi sesuatu pada saya, saya akan cakap terima kasih. Boleh nampak betapa gembiranya muka dia bila kita hargai apa yang dia buat sampai kadang-kadang dia paksa saya suruh tepuk tangan atas kepandaian dia. Jangan sekali kali rendah-rendahkan kebolehan dia atau ungkit kelemahan anak. Ini akan menyebabkan anak putus asa dan rasa rendah diri, menyebabkan anak suka bawa diri dan sukar dengar cakap atau arahan.
Sumber : www.potatomommy.com