Tuesday, February 10, 2015

Mendidik Anak Mendengar Kata


1. Amalkan ayat-ayat Al Quran

Kita semua tahu Al Quran ni suatu mukjizat yang Allah turunkan untuk seluruh alam. Segala isi kandungan Al Quran tu baik. Alangkan alam yang sebesar kita pun tak tahu alam ni besar mana mampu ditadbir dengan Al Quran inikan pula anak kecil kita yang baru nak mengenal dunia. Seluruh isi Al Quran tu panduan buat kita. Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (H.R Imam Malik). Saya mengamalkan beberapa ayat Al Quran untuk Aqeef Afwan dan Aminah.
  • Surah Al Baqarah, ayat 128- Agar anak patuh kepada Allah
  • Surah Ali Imran, ayat 38 – Agar anak menjadi anak yang baik dan mendengar kata
  • Surah Al Furqan, ayat 74 – Agar anak menjadi seseorang yang menyenangkan hati
  • Surah Ibrahim, ayat 40 – Agar anak tetap mengerjakan solat
  • Surah An-Naml, ayat 30-31- Untuk anak yang agak lasak, baca ayat ni dalam keadaan berwudhu, hembuskan di antara 2 lumbar tulang belakang
  • Surah Al-A’laa, ayat 6-8 – Untuk menajamkan ingatan anak, baca ayat ini sesudah solat atau bila-bila nak mengajar anak sesuatu, sambil tangan kita diletakkan di ubun-ubun anak.
 Ayat-ayat Al Quran ni bukan sekadar dibaca untuk anak, tapi sebagai ibu bapa untuk kita renungkan maksudnya, hayati dan beramal seperti yang disebut barulah anak-anak mengikut.

2. Kata-kata yang baik

Berkata-katalah perkara yang baik bila kita minta anak buat sesuatu. Saya selalu cakap pada Aqeef, “Aqeef soleh boy. He wants to go to jannah with mommy and daddy”.  Insya Allah hati anak akan lembut untuk dengar kata kita. Beberapa bulan lepas saya ada menulis status fb tentang perkara ini,



Sebenarnya anak kecil, mereka mempunyai ego dan rasa malu juga. Kalau kita cakap tengking-tengking, marah-marah, atau pukul dia depan orang, dia sibuk nak cover malu, nak balance ego dia sampai dia lupa nak ambil pengajaran kenapa dia dipukul, atau dimarah. Sebab tu kita nak suarakan kemarahan terhadap anak pun perlu ada adab, ada cara. Jangan hentam je.

3. Wujudkan sistem untuk anak

Sejak dalam perut lagi Aqeef dah ada sistem yang saya pandai-pandai reka sendiri. Tapi saya lihat semakin Aqeef membesar, semakin dia faham sistem ni. Saya selalu bacakan buku cerita untuk Aqeef. Bila kadang-kadang Aqeef buat perangai contohnya nak main barang-barang dekat dapur, saya akan cakap “Aqeef you want to listen to ‘Halimah As Saadiah gives milk to prophet? So you should not do this”. Aqeef akan faham dan cepat-cepat tinggalkan ‘kerja luar biasa’ yang dia tengah cuba nak buat dan pergi ambil buku Halimah As Saadiah dia.

4.Jauhi anak ketika sedang marah

Selalunya bila anak kita buat ‘kerja luar biasa’ kita mudah jadi naik angin. Di sinilah selalu terjadi tangan naik, dan di sinilah selalu terjadinya perkara ‘pukul tanpa sedar’, sedar-sedar anak dah tak bergerak. Kajian menunjukkan ibu bapa yang anaknya meninggal dunia atau koma, cedera kerana goncangan otak berlaku ketika ibu bapa dalam keadaan marah sebab anak tidak mahu mendengar kata. Apa yang perlu dilakukan adalah jauhi anak ketika kita sedang marah. Anak kecil kalau dia tak mahu dengar kata, itu maksudnya dia rasa apa yang dia buat tu tak apa. Baru-baru ni saya kena macam ni oleh Aqeef.




Bayangkanlah seberapa disasternya pekerjaan makan butter atas tilam + mandi butter. Memang mula-mula saya marah sangat. Bila sedar diri sedang marah, sayapun terus tinggalkan Aqeef, dan pergi duduk di tangga. Istighfar banyak-banyak. Kenangkan saya pun silap juga sebab letak butter atas meja makan, tempat yang Aqeef boleh capai. Saya tak boleh salahkan dia. Sebab bila butter tu ada atas meja mesti Aqeef fikir tak salah untuk dia main dengan butter tu sebab kalau tak boleh main mesti mommy dah simpan elok-elok. Bila perasaan saya dah reda, saya pergi ke ruang tamu dan tanya, “Aqeef why you do this?” Dia pun geleng-geleng dan cuba nak suap saya butter juga. Saya raikanlah juga makan butter yang dia suap tu sambil kata “Next time don’t do this again, ok”. Aqeef balas “OK mum” dan settle, bangun terus tarik tangan mommy ajak pergi shower -masalah selesai (masalah dengan tanggapan Aqeef bahawa it’s ok to play with butter, masalah kemas ‘tapak pesta butter’ belum selesai, saya kena buat kemudiannya)


4. Melalui substitution

Selalu bila anak nak buat sesuatu yang dia tak boleh buat kita akan halang, halang dan halang sampai anak pun jadi bosan dan memberontak. Kenapa jadi macam tu? Saya pun pernah jadi macam tu. Bila saya fikir dan kaji saya rasa jadi macam tu sebab saya tak tunjukkan dia jalan keluar untuk masalah dia. Saya halang-halang tapi halang pakai mulut je tak bagi solusi. Satu hari tu setelah puas berfikir, Aqeef jumpa extension wayar yang masih on. Jadi saya pun offkan extension tu, cabut segala plug yang bersambung dan bagi pada dia. Saya tengok apa dia nak buat, dia nak try masukkan kepala plug ke lubang extension tu macam yang dia selalu nampak mommy dan daddy buat. Dia try sekali, berjaya dan dia tinggalkan terus extension tu, tak minat nak main dah. Hipotesis saya, dia cuma mahu mencuba. Cara ni juga applied to buku-buku pelajaran saya yang Aqeef nak pinjam. Saya gantikan dengan buku-buku dia sendiri. Bila saya tutup buku saya, nak memasak pulak, dia pun tutuplah juga buku dia. Dia cuma nak tiru apa yang mommy sedang buat.

5. Banyakkan berdoa

Doa seorang ibu kepada anaknya adalah doa yang mustajab. Gunakan kelebihan ni, minta banyak-banyak pada Allah. Tak perlu doa khusus dalam bahasa arab, minta je Allah faham. “Ya Allah bukakanlah pintu kefahaman untuk anakku, Ya Allah fahamkanlah Aqeef Afwan dan Aminah Ulfah akan setiap perkara dan ilmu yang bermanfaat bagi mereka. Ya Allah jadikanlah anakku anak yang mendengar kata”. Sebut nama anak kita dalam doa. Emak saya anaknya 8, setiap kali solat, kelapan-lapan nama dia sebut.

6. Kurangkan makanan kedai, banyakkan memasak sendiri

Bila kita masak sendiri, kita tahu apa yang kita letak. Kita yakin untuk beri anak kita makan dari air tangan kita. Bila nak memasak, mulakan dengan bismillah, cakap pada diri sendiri, semoga anak-anakku sihat dengan makanan ni, boleh belajar, boleh main. Kurangkan makanan kedai, fast food. Pengalaman saya, ayah saya memang tak berapa suka makan di kedai. Sampai saya besar, selalu makan di rumah hasil masakan emak. Bila tanya emak, emak kata kalau bagi anak hasil masakan air tangan emak sendiri ni, anak tu susah nak terpengaruh dengan orang. Bila saya renung dalam diri saya, saya rasa ada betulnya juga. Saya sampai sekarang tak pernah sekali pun makan Big Apple Donut ke, Seoul Garden ke, Tutti Frutti ke dan beberapa lagi kedai yang orang-orang sebaya saya suka pergi zaman ni sebab saya tak minat. Walaupun kawan-kawan kata sedap ke, tengah ‘in’ trend ke, saya tetap tak terpengaruh. Saya tetap nak balik rumah makan masakan emak. Dan saya tak berpeluang kot nak pergi tempat-tempat ni dengan rakan sebaya sebab saya dah kahwin dan saya duduk luar negara.

7. Monolog dengan anak

Kadang-kadang bila saya pergi pasar ke dalam perjalanan tu saya nampak orang bawa anak, automatik saya akan teringat anak-anak saya. Saya akan cepat-cepat baca Al Fatihah perlahan-lahan, dan bisik sendiri “Baik-baik sayang. Elok-elok. Jangan buat perangai, jangan nangis-nangis. Kejap lagi mommy datang”.

Ataupun bila anak saya tengah ‘terlayang’ nak tidur, saya akan gosok-gosok rambut dia dan cakap apa yang saya nak cakap, harapan saya pada dia, cerita betapa saya sayangkan dia, rindukan dia walaupun dia ada depan mata. Antara seorang ibu dan anak ni, taliannya kuat. Bayangkanlah dari satu gamete cell anak kita duduk dalam diri kita jadi baby, keluar ke dunia-bermula dari kita, apa tak kuatnya hubungannya tu. Sebab tu kita monolog pada diri sendiri tu pun jadi doa juga. Banyak-banyak monolog pada diri sendiri, banyak-banyak doa untuk anak, banyak-banyaj jugalah manfaat untuk anak kita.

8. Suapkan anak makanan dengan tangan sendiri

Macam juga point no 6, air tangan kita tu supaya anak dengar kata. Kalau banyak air tangan pembantu rumah, maka cakap pembantu rumahlah yang anak suka ikut. Kalau banyak air tangan pengasuh taska, maka cakap pembantu taskalah yang dia suka dengar.Kalau sebagai ibu kita tak ada pilihan sebab bekerja, pastikan bila kita balik kerja kita ada luangkan masa untuk suap anak makan, tengok apa yang anak gemar makan.Saya pun masih belajar, tapi balik kelas saya akan pastikan saya suapkan Aqeef makan dengan tangan saya sendiri. Saya perhatikan, saya kaji apa yang dia suka makan, apa yang dia tak suka makan. Tabiat makan dia. Macam Aqeef dia jenis mudah jemu dengan makanan yang berulang.Jadi saya akan masak makanan yang berbeza, selang seli supaya dia minat makan. Kalau sekali sekala makan di kedai, saya buang malu ala-ala remaja saya bisik dekat diri sendiri, saya tak boleh ikutkan perasaan keremajaan sangat sebab saya dah ada anak dua, saya akan suapkan anak saya makan guna tangan sendiri.Sudu garfu tolak tepi.

9. Mandikan anak sendiri, biasakan anak seolah-olah berwudhu

Setiap kali mandikan anak, gosokkan air di badannya, di ubun-ubun dan cakap pada dia, “nanti jadi anak soleh ye”. Saya mula mandikan anak sendiri masa Aqeef baru lahir, saya cuci anggota wudhu dia macam kita orang dewasa ambil wudhu. Kalau kita perhati, wudhu tu lengkap atas ke bawah. Bila kita mandikan baby style wudhu, at least kita tak terlepas pandang sesuatu anggota tu. Dah jadi macam sistem. Aqeef pun bila dia makin besar dia tahu ablution (wudhu) sebab saya selalu cakap “mommy take Aqeef for ablution and bath”. Wudhu tu menenangkan hati. Anak kecil pun kalau biasa diwudhukan, mudah dengar kata sebab hati dia tenang, badan dia bersih dan selesa.

10. Hargai anak

Saya selalu tengok hasil kerja Aqeef dan cakap, cantiknya pandai anak mommy. Walaupun kadang-kadang merepek je benda yang dia buat tu. Kalau dia bagi sesuatu pada saya, saya akan cakap terima kasih. Boleh nampak betapa gembiranya muka dia bila kita hargai apa yang dia buat sampai kadang-kadang dia paksa saya suruh tepuk tangan atas kepandaian dia. Jangan sekali kali rendah-rendahkan kebolehan dia atau ungkit kelemahan anak. Ini akan menyebabkan anak putus asa dan rasa rendah diri, menyebabkan anak suka bawa diri dan sukar dengar cakap atau arahan.


Sumber : www.potatomommy.com

Wednesday, February 4, 2015

Panduan Elak Bayi Tersedak Susu

 

Punca Bayi Tersedak Susu

 
✘ Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
 
✘ Injap paru- paru anak yang masih kecil.
 
✘ Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.
 
✘ Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.
 

Cara Memberi Minum Susu Yang Betul

 
✔ Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya.
 
Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
 
Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
 
Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
 
Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
 
Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.
 
Teknik sendawakan bayi
 

Rawatan sendiri jika anak tersedak susu

 
1. Tiarapkan bayi kemudian seperti posisi di dalam gambar, tepuk belakang badan beberapa kali sehingga susu atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
 
 
2. Sekiranya susu atau ada benda lain di dalam mulut bayi tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.
 
 
3. Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
 
 
 
 
 
 
 
 


Monday, February 2, 2015

Petua Menggemukkan Anak Yang Kurus

 
Suplemen untuk kehamilan demi tumbesaran anak dan perkembangan otak anak dari dalam kandungan lagi sangatlah penting untuk diambil oleh ibu mengandung. Begitu juga ketika penyususan. Ibu- ibu menyusu juga perlu mengambil suplemen dan vitamin semasa meyusu demi menyalurkan zat yang terbaik kepada anak melalui susu ibu.
 
Namun apabila anak sudah bercerai susu badan, apa pula suplemen yang harus kita berikan pada anak supaya makanan- makanan ini dapat meransang tumbesaran, menguatkan imun anak dan meransang pembentukan minda yang pintar dan cerdik? Makanan yang diberikan juga harus seimbang mengikut piramid makanan.
 

1- Makanan Sunnah Sebagai Jajan

 
 
Ibu menyediakan 1 bekas besar jajan yang mengandungi kismis, badam, kekacang, kurma, buah tin dan tempe kering buat anak Ibu yang berusia 3thn dan 1 thn. Tidak dinafikan tok dan opah mereka suka memberikan anak Ibu aiskrim dan gula- gula, namun setakat itu sajalah. Di rumah merekan tidak dibenarkan menyentuh makanan ringan lain atau gula- gula.
 

2- Multivitamin

 
 

Bagi Ibu multivitamin adalah sangat penting unuk menyeimbangkan zat yang anak perolehi daripada pemakanan sehariannya. Kadang- kadang anak Ibu hanya berselera makan nasi berlaukkan kicap dan ayam. Sayur ditolak mentah- mentah kecuali lobak merah dan bayam. Jadi pemberian multivitamin membantu Ibu melengkapkan nutrisi anak dengan cara yang mudah.
Segelas susu dicampur dengan sesudu mel shakes adalah sarapan pagi anak- anak Ibu. Ianya juga membantu anak ke tandas dengan mudah tanpa sembelit kerana diperkayakan dengan prebiotik semulajadi iaitu al manna atau acacia gum.
 

3- Minyak Ikan

 
Minyak ikan adalah sangat penting untuk minda anak. Kenapa perlu diberi seawal usia anak- anak 0 hingga 4 tahun? Kerana otak anak semasa fasa ini macam span. Otak seperti span ini menyerap semua input yang anak terima, samada melalui percakapan, permainan serta pemakanan. Jika anda terlepas fasa ini untuk memberikan makanan yang terbaik untuk anak, anda akan merasa sedikit sukar untuk mengajar anak sendiri bila anak sudah mula belajar dan ke sekolah.
 

4- Vitamin C

 
 
Dari kecil lagi jika anak pergi ke klinik untuk merawat demam pastinya doktor akan mencandangkan atau membekalkan vitamin C untuk anak. Sebab apa? Ini kerana vitamin C tidak mampu dihasilkan oleh tubuh secara semulajadi.
Anak perlu mengambil sumber vitamin C ini daripada luar seperti buah- buahan segar dan sayuran. Namun inilah yang susah hendak diberi pada anak. Jadi sebiji vitamin C 100mg setiap hari adalah keperluan untuk memastikan imun anak sentiasa kuat.
 
 
 


Wednesday, January 7, 2015

Kesan Jika Selalu Tampar, Cubit atau Pukul Anak

Kisah realiti yang biasa terjadi dalam kehidupan kita. Kisah ini di ambil daripada luahan hati seorang ibu di facebook.
 
Dalam kekalutan nak mengisi perut
yang menjerit- jerit kelaparan
adik pula menangis memulas-mulas badan
menangisnya macam kena dera
sambil angkat baby michelin yang entah berapa kilo ni
saya senduk nasi panas dalam periuk
sambil nangis adik muntah pada baju saya
Allah….
letak pinggan bawa adik ke sinki
cuci mulut dan bersihkan baju
entah bila kakak datang pada kabinet bawah dapur
bederau darah bila mndengar bunyi kaca mencium lantai
bila saya toleh tutup kaca atas lantai
mujur masih intact tidak pecah
tapi disebabkan terkejut
tindakan reflex pertama saya tadi adalah menjerit pada kakak dan memukul tangannya
mak keluar dari bilik dan menyambung marah bila tengok apa yang berlaku
hati saya sayu bila tengok orang lain marah anak saya
sedangkan time tu hati sendiri dah nak menangis sebab pukul dia.
sambil menyuap nasi ke mulut sambil letak adik yang sudah berhenti nangis 
hati saya sebal, sebak dan bagai tidak boleh bernafas
kakak mak bawak ke bilik untuk ditidurkan
tapi tidak sampai 2 minit kakak keluar
terus saya peluk dia minta maaf
semoga Allah ampunkan saya…………
 
Pertama kali membaca luahan hati di atas, hati Ibu menjadi sebak. Ini kerana jika Ibu berada di tempat dia, entah bagaimana tindakan reflect Ibu, mungkin bukan setakat tampar tangannya, mungkin juga di cubit kulitnya, di marah dengan kata- kata yang tidak sedap didengar. Ya itu tindakan reflect, tindakan yang kita tidak boleh kawal.
 
 
Namun apabila anda baca kesan jika selalu tampar, cubit atau pukul anak dibawah, sudah pasti anda akan mampu mengawal tindakan reflect. Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan degil.
 
Walaupun ibu bapa menganggap ‘pukulan kecil’ itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.
 
“Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak,” jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.
 
Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka. Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak keluaran September/Oktober tahun ini.
Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.
 

Menghukum dengan pukulan

Kaji selidik terbabit turut melaporkan tanggapan ibu bapa tentang kerenah anak-anak mereka dan mengapa mereka memilih untuk menghukum anak dengan pukulan.Berlin juga memilih beberapa pemerhati terlatih untuk melakukan lawatan di rumah responden terbabit bagi merekodkan cara interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 1, 2 dan 3 tahun.
 
 
Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak berusia setahun memberitahu, dalam seminggu mereka pasti akan memukul anak mereka sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan kecil yang dilakukan anak tersebut.
 
Setelah data dikumpul, Berlin mendapat keputusan bahawa kanak-kanak berusia setahun pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali seminggu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun pula tiga kali seminggu.
Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.
 
Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.
 
Dan hasil kajian menunjukkan hukuman ‘secara lisan’ itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka. Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah.
 
Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengadu mereka memiliki anak-anak yang amat cerewet akan terus menghukum anak dengan pukulan sejak anak berusia setahun hinggalah tiga tahun. Tetapi apabila anak yang berusia dua tahun bertindak agresif, si ibu lazimnya mula kurang memukul anak tersebut.
 
“Mungkin anak-anak yang berusia dua tahun sudah menjadi semakin agresif jadi ibu semakin sukar mengawal sekali gus mereka kurang memukul anak tersebut, tapi itu bukanlah fakta yang kami temui sebenarnya.
“Adat memukul anak ketika mereka buat salah memang telah lama dilakukan oleh generasi terdahulu, tetapi keadaan tersebut semakin berkurangan seiring perubahan zaman.
 
“Begitu pun memang masih wujud golongan yang mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya mereka meneruskan tradisi tersebut,” ujar Berlin.

Sering dipukul akan menjadi pemukul

Sementara itu, Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, Elizabeth T. Gershoff, berkata, kajian menunjukkan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan.
 



 
“Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka,” jelas beliau.
 
Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa.
“Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada,” ujar Gershoff.
Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis – HealthDay News.
 
 

Monday, December 22, 2014

Teknik Mengajar Anak Hisap Susu Botol

 
  Ramai ibu2 yang mempunyai masalah untuk melatih anak mereka menghisap susu botol atau menceraikan susu dari susu ibu. Ada juga ibu2 yang telah menggunakan pelbagai cara dan pelbagai jenis botol susu bagi melatih si kecil. Saya juga pernah mengalami situasi ini. Kedua-dua anak saya adalah 'breastfeeding' maka agak susah bila saya hendak meatih mereka ketika sudah sampai masa untuk menceraikan susu badan. Dari semurah2 susu dan botol hingga jenis mahal sudah saya cuba, pelbagai nasihat dan petua dari doktor, rakan dan famili telah saya cuba. Anak pertama saya sangat cerewet tentang pemakanan dan agak susah untuk saya melatih hisap susu botol. Setiap kali saya bagi susu botol dia akan buat gaya nak muntah dan menangis. Tuhan saja tahu bagaimana tekanannya seorang ibu melalui situasi seperti ini. Saya tidak dapat membayangkan jika saya bekerja dan perlu meninggalkan si kecil ada saat itu (bangga pada ibu-ibu yang bekerja di luar sana!!). Mungkin pada ketika itu adalah pengalaman pertama saya maka saya tidak arif dalam menangani situasi. Disini saya ingin kongsikan pengalaman dan tips saya dalam proses melatih si kecil.

 Antara kesilapan yang saya telah lakukan ketika melatih susu botol anak pertama :

 

1. Tidak yakin dan mudah mengalah

2. Terlalu memaksa si kecil
3. Kerap sangat bertukar puting dan susu menyebabkan si kecil bertambah keliru
4. Kurang pengalaman dalam menangani situasi

 Namun ketika anak kedua saya lebih santai dan mudah melatihnya. Ini kerana saya tidak terlalu memaksa dan cemas. Saya ingin kongsikan pengalaman dan tips saya disini, moga ia berkesan dan boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu diluar sana.

 

1. Bagi saya, perkara utama sekali bagaimana cara untuk kita memperkenalkan botol susu kepada si kecil. Pemilihan puting yang  seakan puting ibu@ puting yang lembut amat membantu (cth : Mimijumi botol, Comotomo dll). Pilih puting yang bersaiz kecil untuk mengelakkan bayi tercekik.

 

 

2. Jangan terus bagi dengan beranggapan dia akan hisap terus susu. Ada bayi yang boleh terima terus, dan ada yang perlukan masa. Sebaiknya biar die bermain2 dengan puting dan botol susu tersebut. Dalam proses ni memang ibu kene sabar dengan karenah anak dan susu memang akan meleleh2. Buat sikit jer tengok bagaimana penerimaan dia. Kalau kita terlalu memaksa, nanti apabila tengok kita pegang botol jer die menangis dah. Jadi jangan bagi tekanan pada mereka. Bagi mereka masa, jika ibu tertekan anak akan merasai perasaan si ibu. 



 

3. Perlu latihan berulangkali. Bagi tempoh masa, paling sesuai bila bayi lapar (jangan pula terlalu lapar). Boleh juga setkan masa waktu siang untuk latihan botol susu dan malam breastfeeding. Seeloknya bukan si ibu yang melatih, biar orang lain kerana si kecil boleh mengenal bau susu si ibu. 

 
 
4. Jangan mengalah. Tabahkan hati. Masa bagi tu niat dan katakan yang baik2 dengan si kecil. 



 

5. Boleh juga menggunakan cara ni : ketika si kecil hisap susu, boleh tarik perlahan dan tukar kepada botol. Tarik sedikit supaya bayi akan terpaksa minum. Kemudian biarkan seketika dan ulanginya. Pastikan bayi dipangku agar mengelakkan bayi tersedak susu.



Selamat mencuba! ;)