Thursday, October 16, 2014

5 Tips Melayan Selera Anak Cerewet Makan

 
Tidak mudah untuk melayan anak yang cerewet. Teritamanya apabila tibanya waktu makan. Pelbagai ragam diberikan. Sesekali tentu anda pernah berasa kecewa jika anak tersayang enggan makan makanan yang dihidangkan.
Sudah banyak peluh dikeluarkan tetapi si dia tetap cerewet. Meamng mencabar sekiraya kita mempunyai anak yang cerewet dan memilih makanan ini.
Sebenarnya dalam menangani situasi begini, anda tidak boleh keterlaluan mamaksa atau memarahinya kerana ia hanya akan membuatkan anak anda terus menolak makanan tersebut. Bertenang, bersabar dan menjadi kreatif boleh membantu si anak bertukar fikiran untuk mencuba makanan yang dihidang. Di sini dikongsikan tips untuk mengatasinya.
Kanak-kanak tahu berapa banyak makanan ang diperlukan oleh tubuh badan mereka untuk terus membesar dan sihat, jadi sebagai ibu sediakan pelbagai jenis menu sihat tanpa rasa jemu untuk hidangan sekeluarga. Jadi semua orang akan seronok menikmati masa makan.
·         Sediakan pelbagai menu makanan setiap kali masa makan. Bersabar semasa melayan kerenah anak sebelum dia bersedia untuk mencubanya. Setiap kali anda perkenalkan hidangan baru, hidangkan seperti biasa di atas meja makan dan jangan terlalu menekankan tentang menu baur itu. Sekiranya anda terus menghidangnya di dalam pinggan anak, dibimbangi dia berasa tertekan. Sebaliknya jika dia lihat ahli keluarga makan dengan selamba beberapa kali, tentu dia juga terbuka hati untuk mencuba makanan tersebut.
·         Hidangkan dalam saiz yang kecil. Mereka hanya makan separuh daripada saiz orang dewasa. Contohnya, setengah cawan bijirin atau yogurt, dua keeping daging, empat sudu besar sayur dan sepotong roti.
·         Jangan beri mereka terlalu banyak ilihan. Contohnya, jika anda berkata “Sekarang waktu makan malam. Adik nak makan apa?? Anak anda mungkin akan memilih makanan yang hanya dia makan sahaja. Sebaliknya anda berkata, “Ok ni hidangan makan malam kita.” Jadi dia perlu memilih makanan yang dihidang sahaja.
·         Sesekali libatkan anak anda dalam proses penyediaan makanan. Ia termasuk membeli-belah dan penyediaan makanan. Tentu sahaja dia berasa lebih teruja untuk mencuba makanan tersebut.
·         Sentiasa mencari jalan bagaimana untuk memastikan anak anda mendapat makanan yang berkhasiat dan dia seronok memakannya. Misalnya, letakkan sedikit tuna atau kepingan daging di atas roti bakar keju dan daging atau tofu dalam sos spagetinya.
 

3 Perkara Jangan Lakukan!

·         Elakkan memberi tekanan pada dirinya. Jangan terlalu mendesak anak anda untuk menghabiskan apa yang ada dalam pinggannya dia sudah tidak mahu.
·         Elakkan memberi rasuah. Ya, elakkan dengan merasuah anak anda untuk makan dengan memberi ganjaran seperti gula-gula atau apa sahaja. Ini akan menyebabkan anak anda mengambil kesempatan di kemudian hari. Cara terbaik adalah dengan emberi bahagian yang sedikit kepada dirinya untuk makan. Serta berikan peluang kepada dirinya untuk meminta tambahan makanan.
·         Usah terlalu risau. Jangan berasa bersalah jika anak anda tiadk menyukai atau tidak menghabiskan sesuatu. Selalu letakkan di minda bahawa anak anda tidak akan berlapar melainka dirinya sakit. Jadi elakkan diri daripada terlalu risau.
 


Tuesday, October 14, 2014

Kebaikan Merangkak

 
" Cepat betul anak saya berjalan. Dia tak merangkak pun, terus berjalan. "

Begitulah kata seorang ibu kepada saya suatu ketika dulu. Namun adakah ia petanda yang baik jika anak tidak merangkak. Ianya sangat subjektif. Mungkin ada yang tidak merangkak semasa bayi, namun dia membesar normal seperti anak-anak yang lain. Sebelum membuat andaian, apa kata kita baca sebuah kajian yang telah dibuat di Amerika. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, 75% daripadanya tidak matang sistem STNR - Symmetric Tonic Neck Reflex.

Amat menakjubkan.
Rupanya Allah telah aturkan sebaik-baiknya perjalanan hidup serta perkembangan seorang manusia. Daripada ia lahir, kemudian belajar berguling, belajar merangkak, dud
uk dengan sokongan, duduk tanpa sokongan, bertatih, berjalan dan terus berlari.

Saya ingin fokus kepada peringkat merangkak. Subhanallah, merangkak bukan sekadar merangkak. Allah jadikan merangkak itu sebagai satu peringkat menguatkan otot-otot leher, bahu, tangan dan kaki.

Saya akan cerita lanjut lagi. Kepada anak yang berumur 4 hingga 6 tahun, masih relevan lagi untuk mereka bermain sambil merangkak untuk menguatkan otot-otot mereka. Di mana otot-otot ini bukan sahaja menguatkan skil motor kasar, namun merangkak juga dikaitkan dengan kemahiran menulis dan membaca kerana ia akan menguatkan juga skil motor halus.

Menakjubkan.
Jadi jangan SKIP merangkak. Biar mereka teroka dunia mereka.

Berbalik kepada STNR.
Apakah kaitannya dengan merangkak?
 
Sistem STNR membantu keupayaan seseorang itu menggerakkan bahagian atas dan bawah badannya. Sistem ini biasanya akan matang di antara usia 9 hingga ke 12 bulan. Apabila seorang bayi itu dapat mengawal kepala, tangan dan kakinya dengan baik, maka STNR anak tersebut telah matang.
 
Bagaimanakah STNR ini dapat dicapai dengan baik apabila tangan dan kaki bergerak secara bergilir selama 6 bulan. Jika STNR tidak berfungsi dengan baik maka perkara-perkara berikut akan berlaku kepada anak:
 
1- Koordinasi mata yang lemah

2- Kelemahan dalam meniru sesuatu tugas atau kelakuan
 
3- Kelemahan dalam meniru atau menulis semula apa yang dilihat di papan tulis apabila sudah masuk ke alam persekolahan
 
4- Tidak dapat fokus dengan baik.
 
Secara mudahnya, merangkak sangat memberi manfaat kepada bayi kerana:
 
1- Ia menguatkan otot-otot leher, tangan dan kaki.

2- Pergerakan yang berulang-ulang kali akan merangsang neuron dan membenarkan otak mengawal bahagian kognitif di mana ianya sangat bagus untuk penumpuan dan memori.

3- Ia akan melatih koordinasi mata seorang bayi itu - di mana koordinasi mata sangat penting di masa hadapannya supaya dia mudah membaca dan menulis.
 
4- Merangkak juga dapat membangunkan penglihatan binokularnya kerana semasa merangkak seorang bayi akan melatih penglihatannya melihat jauh manakah jarak di sekelilingnya.
 
5- Apabila merangkak, ia mengerakkan kedua-dua kaki dan tangannya dan ini akan menguatkan lagi otak kiri dan kanannya.

Subhanallah!
Biarkan anak anda merangkak.
Biar dia teroka dunianya.
 
 


Monday, October 13, 2014

Anak Kerap Terhantuk Kepala

 

Soalan:

Anak saya berusia tiga tahun dan kerap terjatuh, tersembam  serta mengalami hentakan kuat di kepala. Kadang kala sehingga timbul benjol di kepalanya. Biasanya saya akan tuam kepala anak dengan tuala panas untuk mengurangkan benjolan tersebut. Apa yang merisaukan saya adalah kesan daripada hantukan yang kuat di masa akan datang.
 

Jawapan:

Apabila anak terjatuh dan mengalami hentakan di kepala, semua ibu bapa akan berasa risau. Tetapi tidak semua hentakan mesti disusuli dengan pendarahan. Kesan kepada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak serius namun tetap dibimbangi.
 
Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka tersebut besar dan melibatkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan yang serius. Sekiranya terdapat luka pada kulit selepas hentakan ialah dengan mengenakan tekanan pada luka menggunakan kain yang bersih.
 
Jika pendarahan tidak berhenti atau luka agak besar, terus bawa ke klinik atau hospital berhampiran sambil terus menekan luka tersebut. Selain daripada luka ada juga kecederaan kepada kulit kepala yang disusuli dengan benjol sahaja.
Benjol boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pendarahan di bawah kulit dim ana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ini bermakna pendarahan tersebut di luar otak dan tidak akan menghimpit otak kerana dihalang oleh tengkorak.
 
Namun mangsa masih perlu diberi perhatian jika dia menunjukkan simptom-simptom yang menandakan pendarahan otak. Rawatan segera perlu diberikan. Benjol yang disebabkan oleh pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga dua minggu.
 
Cold compress atau tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan tersebut reda. Hot compress atau tuaman panas boleh mengurangkan sakit tetapi harus disusuli dengan tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak.
 
Kecederaan kepada tengkorak dan otak mempunyai kesan yang lebih serius berbanding kecedaraan kepada kulit sahaja dan keduanya boleh berlaku tanpa apa-apa kesan kepada kulit. Ini bermakna jika ada hentakan kepala dan dari segi luarannya mangsa tidak ada luka atau benjol atau apa-apa tanda kecederaan ia tidak bermaksud tidak ada pendarahan atau kesan kepada otak.
 
Kesan hentakan kepada tengkorak yang serius adalah keretakan kepada tengkorak. Apabila ada keretakan kepada tengkorak ia bermaksud hentakan yang sangat kuat dan ada risiko kesan serius kepada saraf dan otak. Ia juga akan menyebabkan otak terdedah kepada risiko jangkitan kerana kuman boleh masuk melalui retak di tengkorak ke otak.
 
Selain daripada keretakan tengkorak, kecederaan ke otak boleh berlaku dengan pendarahan dalaman otak. Bergantung kepada di mana hentakan berlaku, pendarahan dalaman otak boleh berlaku di mana-mana di dalam otak.
 
 

Anak Sering Kembung Perut

 

Soalan:

Bayi saya baharu berusia tiga bulan dan kerap menangis. Ada yang memberitahu bayi saya mengalami kembung perut. Bagaimanakah cara yang betul untuk menghilangkan masalah kembung? Jika menggunakan kaedah urutan, di bahagian manakah harus dilakukkan urutan itu?
 

Jawapan:

Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berusia kurang daripada enam bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen (usus, perut, hati, limpa, pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
Antara punca masalah kembung perut adalah:
  1. Cara menyusu dengan botol (jika bayi menyusu susu formula) yang tidak betul iaitu terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai (terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan perut kembung. Bayi mesti disendawakan selepas menyusu.
       b.  Bayi terlalu kerap menangis, terlalu aktif kerana rangsangan berlebihan pada hari tertentu turut menyebabkan masalah kembung perut.
 
       c.  Penghadaman susu yang kurang sesuai menghasilkan banyak gas.
Kaedah urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut dan teknik urutan seperti infant massaging boleh membantu melegakan bayi dan dia kembali selesa.
 
Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normal walaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan dan ada cara untuk mengatasinya. Masalah ini sepatutnya akan hilang apabila bayi semakin membesar. Namun, jika masalah kembung perut disebabkan oleh penyakit yang serius, jangan berlengah untuk membawa bayi berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
 
 


Thursday, October 2, 2014

Tips Atasi Bengkak Susu

 
Antara masalah utama yang sering terjadi dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi adalah payu dara bengkak. Walaupun sakit tetapi jangan risau kerana ia adalah petunjuk positif iaitu ibu sedang menghasilkan sus untuk bayi.
Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormon susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Biasanya ibu yang mengalami bengkak susu, akan segera mengepam payu dara. Tetapi hakikatnya ia bukanlah jalan penyelesaian terbaik.
 
Bahkan ia mungkin membuatkan saluran susu tersumbat hingga susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja mampu menghilangkan masalah bengkak susu. Ada beberapa tip lain yang boleh diamalkan oleh para ibu jika mengalami bengkak susu.
 
1. Sentiasa memakai coli menyusu yang memberi sokongan termasuk pada waktu malam. Pastikan ia padan dan tidak terlalu ketat.
 
  2. Susukan bayi dengan kerap iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua belah payu dara pada setiap penyusuan. Namun pastikan sebelah yang pertama telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan payu dara sebelah lagi. Pada sesi penyusuan berikutnya, mulakan dengan payu dara yang terakhir dihisap.
  
3. Aerola yang keras menyukarkan pelekapan bayi dengan betul. Oleh itu perah dengan tangan atau pam susu sehingga aerola menjadi lembut.
  
4. Tuam payu dara dengan tuala hangat atau mandi dengan air suam sebelum memerah turut membantu melembutkan aerola dan melancarkan pengeluaran susu.
  
5. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang dihisap perlahan-lahan. Ia membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan melegakan ketegangan pada payu dara.
 
6. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan. Ia tidak akan memburukkan keadaan.
 
7. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting. Lakukan berulang kali dan pengaliran susu akan kembali lancar.