Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

Waktu Paling Tepat Minum Air Putih dan Manfaatnya


Air putih memiliki peranan yang sangat penting, salah satunya sebagai penetralisir racun yang mengendap pada tubuh kita.Tapi tahukah Anda, ternyata ada waktu yang paling tepat minum air putih agar badan tetap fit dan fresh. Minum air putih akan sangat bermanfaat pada waktu-waktu berikut: 


# Setelah Bangun Tidur - Minumlah setidaknya 2 gelas air putih saat baru bangun dari tidur, karena waktu ini bermanfaat untuk membantu organ-organ tubuh internal agar lebih aktif.

# 30 Menit Sebelum Makan – Minumlah segelas air putih pada waktu ini karena dapat bermanfaat membantu pencernaan & ginjal bekerja lebih optimal.

# 20-30 menit Setelah makan – Segelas air putih 20-30 menit setelah makan akan memperlancar proses pencernaan makanan.jika sobat setelah makan ingin minum air putih cukup satu sampai dua teguk dulu sebagai pernghilang rasa haus.

# Sebelum Mandi – Minumlah segelas air putih karena bermanfaat untuk menurunkan tekanan darah

# Sebelum Tidur – Minumlah segelas air putih pada waktu ini karena sangat bermanfaat untuk menghindari stroke atau serangan jantung.


Monday, September 29, 2014

5 Petua Cegah Bayi Jaundis

 
 
Bayi baru lahir memang tidak pernah terlepas daripada dihidapi jaundis atau demam kuning, Apa yang membezakannya adalah tahap bacaan darah bayi tersebut. Jika terlalu tinggi maka perlu mendapatkan rawatan fototerapi di hospital.
Walaupun jaundis adalah masalah normal dalam kalangan bayi baharu lahir namun jika terlalu tinggi ia boleh mengundang bahaya. Harapnya tahap jaundis bayi kita hanya peringkat normal dan boleh hilang selepas tempoh dua minggu. Kata orang ada petua yang boleh diamalkan oleh ibu ketika hamil bagi mencegah bayi dihidapi jaundis teruk.
  1. Amalkan minum susu kambing dua cawan sehari semasa sarapan dan sebelum tidur. 
  1. Makan buah delima atau minum pati delima sekurang-kurangnya 500 ml sehari. 
  1. Amalkan makan tiga sudu madu tanpa air atau minum air dicampur lima sudu madu setiap hari. 
  1. Amalkan makan buah kurma sebagai sarapan. 
  1. Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Air kelapa dikatakan baik untuk bayi selain dapat mengelakkan penyakit jaundis.
 
 



Thursday, August 21, 2014

Fahami Penyakit Bronkitis

Ramai kanak-kanak pada hari ini kerap mendapat jangkitan penyakit bronkitis. Bronkitis merupakan radang pada lapisan saluran udara yang menuju ke paru-paru. Jangkitan ini mungkin disusuli  jangkitan selesema, demam atau sakit kerongkong.
 
Kanak-kanak yang mendapat serangan ini mungkin tidak akan berasa begitu sakit, tetapi dia mungkin mengalami kesukaran untuk tidur jika batuknya cenderung bertambah buruk pada waktu malam.  Antara gejalanya adalah:
 
*Batuk bergemerencing.
 
*Termengah-mengah sedikit.
 
*Suhu agak tinggi.
 
*Hidung berair.
 

Apa yang boleh dilakukan?

  1. Bantu anak anda melegakan pernafasan termengah-mengahnya dan membersihkan paru-parunya semasa suatu serangan batuk. Baringkannya secara meniarap di atas riba anda dan tepuk belakangnya.
  1. Ambil suhu anak anda dan jika suhunya tinggi, beri ubat parasetamol dan minum banyak air.
  1. Tinggikan bantal anak anda ketika dia dalam posisi berbaring dan tidur.
  1. Sebelum anak anda sihat, biarkan dia berada di dalam rumah, di dalam bilik yang hangat tetapi tidak terlalu panas dan sesak.
 
Dapatkan pertolongan kecemasan dengan segera sekiranya anak anda menunjukkan sebarang tanda kecemasan.