Apa itu Hip Dysplasia:
Menurut Wikipedia:
"Hip Dysplasia is an abnormal formation of the hip socket that, in its more severe form, can eventually cause crippling lameness and painful arthritis of the joints. It is a genetic (polygenic) trait that is affected by environmental factors."
Secara ringkasnya, ianya adalah pembentukan sendi pinggul yang tidak normal dan dalam keadaan yang lebih serius, boleh mengakibatkan arthritis yang amat menyakitkan. Sendi pinggul sepatutnya berada di dalam soket tetapi bagi yang mengalami dysplasia, sendi tersebut tidak betul2 berada di dalam soket. Risiko berlakunya hip dysplasia adalah paling tinggi semasa bayi baru lahir sehingga berumur enam bulan. Selepas enam bulan, tulang dan sendi bayi sudah bertambah kuat dan keras maka risiko hip dysplasia menjadi semakin rendah.
Perbezaan sendi yang normal dan dysplactic serta arthritis
Bahaya Hip Dysplasia
Perlu ditekankan bahawa hip dysplasia ini berlaku semasa bayi dengan keadaan tulang dan sendi yang masih lembut. Ianya bersifat kekal dan akan mengakibatkan arthritis yang teruk apabila bayi itu dewasa kelak. Kedudukan sendi pinggul yang tidak betul akan menyebabkan kesakitan yang teramat apabila bergerak dan berjalan. Ia juga boleh mengakibatkan posture kaki dan peha bayi yang tidak seimbang.
Kaki bayi menjadi tidak setara akibat hip dysplasia
Bagaimana baby carrier (pengendong bayi) mengakibatkan hip dysplasia?
Posisi pinggul yang paling tidak sihat adalah apabila kaki dan peha yang tergantung dan dirapatkan. Posisi yang betul dan selamat ialah bayi harus berada dalam keadaan terkangkang atau "W" di mana lutut harus setara atau lebih tinggi dari punggung.
Bagaimana mengelak hip dysplasia dari berlaku:
Ibu bapa harus memilih baby carrier dan kerusi yang sesuai untuk bayi bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku kepada anak tersayang. Mahal tidak semestinya selamat bukan, pilihlah baby carrier yang selamat, Paling penting, baby carrier tersebut haruslah menyokong peha dan pinggul bayi. Antara pilihan yang selamat ialah:
- Mei Tai
- Soft Structured Carrier (SSC)
- Wrap
- Sling (apabila dipakai dengan betul)
Pemilihan car seat yang sesuai juga penting. Kerusi haruslah luas untuk membolehkan kaki bayi berada dalam posisi "frog leg". Jangan beli car set yang sempit dan mengongkong kaki bayi.
Selain itu, cara memakai ring sling juga haruslah betul utuk mengelak hip dysplasia.
Tanda2 berlakunya Hip Dysplasia
Ibu bapa harus memberikan perhatian kepada tanda2 di bawah atau boleh juga bawa kepada pakar untuk pemeriksaan:
- “Asymmetry - Punggung yang tidak simetri. Berdasarkan gambar di atas kita boleh lihat garisan punggung bayi dan lipatan yang tidak setara atara kiri dan kanan
- Hip Click- Anda akan mendengar sendi pinggul bayi yang berbunyi bila bergerak tetapi ini mungkin juga bukan tanda hip dysplasia.
- Pergerakan kaki yang terhad - Ibu bapa mungkin sukar mengenakan lampin atau seluar kepada bayi kerana kaki bayi yang sukar dibuka
- Kesakitan - Kesakitan jarang berlaku semasa bayi yang mengalami hip dysplasia tetapi akan mula dialami semasa remaja dan dewasa.
- Tempang - Ini biasanya hanya dikesan apabila bayi mula berjalan. Hip dysplasia sebabkan kedudukan pinggul yang tidak sama tinggi dan akibatkan bayi tempang bila berjalan.
Sumber : www.ummitiqah.blogspot.com